Tuesday, September 7, 2010 | By: WR

BANDAR JERTEH

Setiap kali hari cuti perayaan, bandar Jerteh jadi terlalu "kecil". Macam sardin dlm tin! Saya hanya keluar ke bandar Jerteh kalau TERLALU TERDESAK sahaja. Kalau saja2 nak keluar memang saya tak akan buat. 2 hari lepas saya ke bank . Saya bertolak pukul 10am dari rumah. Bandar Jerteh hanya 10 minit dari rumah saya. Masuk je bandar, dereten kereta yang di letak di kanan kiri jalan dan juga kereta dijalan raya membuatkan saya kecut perut. Bukan saya tak biasa memandu. Saya sudah memandu selama 26 tahun. Tetapi kesesakan yang teramat sgt itu membuatkan saya berfikir dua kali. Berpusing2 3x masih tak dapat mencari "parking lot" Akhirnya saya senyum sendiri dan pulang ke rumah semula.. Esoknya saya keluar pukul 8.30 pagi. Itu pun tak ada petak kosong!! Akhirnya saya terjumpa satu petak di depan PEJABAT POS dan saya berjalan kaki ke bank...

2 Dari Kacamata Orang lain:

IMANSHAH said...

Salam kak, samalah dengan pekan Tumpat ni, dah sesak bebenor, polis berkawal dah

WR said...

oo dah balik kelate ke imanshah? akak balik raya nti laa

Related Posts with Thumbnails