Tuesday, November 30, 2010 | By: WR

MURIDKU...

Semasa ke sekolah untuk bermesyuarat ( MESYUARAT MAJLIS TADBIR ) saya terserempak dengan seorang murid 4TV yg mengambil mata pelajaran sains pertanian. Azamri. Saya bertanya kenapa dia datang ke pejabat sekolah dalam cuti ni. Dengan wajah selambanya dia menjawab .
" Saya nk bertukar ke sekolah lain "
Mmm.. nampaknya semakin berkuranglah bilangan pelajar saya. Sebelum ni Akmal hakim juga akan berpindah sekolah kerana urusan keluarga. Bagi Azamri saya tahu sebabnya kenapa nak bertukar sekolah, tapi biarlah saya simpan rahsia itu kalau boleh dikatakan rahsia.

Semenjak menjadi guru yang veteren ni, saya layan murid2 saya tidak terlalu keras tapi tetap tegas. Telah lama saya tinggalkan sikap terlalu garang dan terlalu cepat memarahi pelajar jika mereka berbuat salah. Kini saya lebih kepada pendekatan "memujuk". Saya perhatikan murid pun tidak berapa tertekan dan mereka agak rapat dengan guru. Tetapi saya pastikan mereka tidak "terlebih" dan naik kepala. Selalu juga saya selitkan sedikit motivasi tentang pengorbanan ibu bapa semasa P dan P. Saya juga berkongsi pengalaman tentang masa remaja saya yg lahir dlm keluarga "miskin" dan ini rupanya memberi kesan dlm hati mereka. Saya buktikan kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya. Hasilnya saya dapati murid2 memang rapat dengan saya dan apa yg saya suruh mereka akan ikut. Buktinya projek fertigasi saya berjalan lancar tanpa saya bersusah payah kerana adanya tenaga pelajar yg sukarela memberikan komitmen . Saya mempercayai mereka, memberi peransang dan melorongkan mereka kearah semangat bekerjasama . Kini mereka boleh menjaga tanaman fertigasi tanpa ada saya bersama. Segala aktiviti dibuat dan dilaporkan kepada saya dengan sistematik.

Azamri salah seorang dari mereka. Beliau sudi datang masa cuti untuk menguruskan kebun fertigasi. Namun, dia terjerumus juga ke masalah disiplin. Berhadapan hukuman disiplin membuatkan dia membuat keputusan bertukar sekolah. Saya menyerahkan fail kerja kursus sains pertanian kepadanya untuk diserahkan kepada guru sekolah barunya. Semasa melangkah keluar pejabat dia sempat senyum dan menganggukkan kepala kepada saya... Dalam hati saya, saya tetap positif bahawa sekiranya dia masih di SMK Pelagat, saya rasa dia masih boleh diubah.

Tak apalah muridku. Di mana saja kamu belajar sekiranya kamu mematuhi disiplin sekolah, menjaga hubungan baik dengan guru2, memberi fokus kepada pelajaran, InsyaAllah kamu akan berjaya. Tapi jika kamu tersilap langkah lagi.... kamu boleh sambung sendiri ayat cikgu itu..

Selamat belajar di sekolah baru untuk Azamri.. Muka kesian kamu itu tetap cikgu ingat..

Thursday, November 25, 2010 | By: WR

SI HITAM MERAGAM

Si Hitam saya berumur 3 tahun 6 bulan. Sejak saya mem"bela" si hitam , dia tidak pernah meragam. Tapi semalam dia dah mula buat hal.... Semalam adalah hari ke 2 peperiksaan SPM dan saya ingin cepat sampai ke sekolah untuk memberi semangat kepada calon SPM sekolah saya. Kebetulan hari sebelumnya saya membawa balik dokumen2 seperti borang untuk pelajar yang "PELUPA" membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan. Buku bertugas guru juga saya bawa balik dengan harapan pagi2 lagi saya akan berada di dewan terbuka bersama guru bahasa inggeris. malang tak berbau dan saya menjadi serik tak akan membawa balik benda2 penting itu ke rumah lagi... selepas ini adalah menjadi tanggungjawab guru bertugas untuk mengambil dan menyimpan barang2 penting itu di pejabat sekolah selepas peperiksaan tamat.

Berbalik kepada si hitam, apabila membuka pintunya saya terus memulas kunci untuk memulakan injin.. alamak saya terkejut dan panik seketika. Si Hitam seolah2 tidak mahu bangun dari tidur.. beberapa kali saya mengejutkannya namun hitam tetap tak mahu membuka mata.. Saya terus menelefon suami yang sudah pun bertolak ke Ladang ayamnya. Kesian pula dia terpksa berpatah balik untuk melihat keadaan hitam..

Setelah suami sampai di rumah dia mencuba untuk membangunkan hitam namun sama saja.. hitam DEMAM dan tak mahu bangun... rasa macam nak menangis je.. suami saya meneka hitam "kehabisan bateri". Saya mencari idea dan akhirnya menelefon pembantu makmal yg bertugas di dewan peperiksaan untuk mengambil barang yg ada pada saya . Saya juga menumpang beliau ke sekolah... mujur lah masih sempat untuk mengumpulkan pelajar dan ketua pelajar sempat memimpin bacaan doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan...

Kemudian saya ada mesyuarat Majlis Tadbir sehingga lah pukul 2.30 petang. Selepas mesyuarat saya menelefon suami bertanyakan khbar Hitam. Benar jangkaan suami, bateri hitam di cas semula dan HItam dan kebah dari demam...

Monday, November 22, 2010 | By: WR

IMPIAN TERLAKSANA....

Akhirnya kami dapat juga bilik untuk dijadikan bengkel sains pertanian. LOkasinya ialah kelas 4LN 2010. Sejak semalam saya bersama beberapa pelajar 4TV yang begitu setia dan komited telah membersihkan bilik itu dan memunggah barang2 sains pertanian ke bengkel ini. Pintu dan tingkap telah dipasang jeriji. Nik Ismail, Fariz, Zharif, Akmal Hakim dan Azamri bekerja keras untuk merealisasikan impian kami... Kelak kami akan menjalankan eksperimen dan amali pertanian di bilik ini.. tidak lagi seperti dulu terpaksa menumpang di makmal sains, bilik ERT atau makmal katering. Inilah lebih kurang rupa makmal kami...
Papan Tanda Di Depan Pintu Masuk ini ialah hasil tangan Fariz dan Nik Ismail.....




Ini pula sudut untuk menyimpan fail kerja kursus....

Di bawah ini pula Mail dan Zharif sedang menguruskan papan panel untuk menggantung sudip tangan dan serampang tangan.



Setelah penat bekerja ...... masing2 ber"posing" la pulak.... dan dibawah ini ialah anak sedara Fariz yang ikut serta ...









TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA ANAKNDA FARIZ, ISMAIL DAN ZHARIF..... tanpa kalian bengkel ini tidak akan berjaya disiapkan.. Selama 3 hari berturut-turut kalian meluangkan masa bersama cikgu untuk merealisasikan impian kita....

SYABAS ANAK MURIDKU.....

Sunday, November 14, 2010 | By: WR

GOUT , DOKTOR GILA_GILA dan SHOPPING.

Hari ini saya ada temujanji di klinik O&G . Saya membawa bersama keputusan ujian darah yang dibuat di hospital Besut tempoh hari. Saya memang tahu byk ujian darah itu menunjukkan keputusan yang tidak berapa baik untuk kesihatan saya terutamanya uric acid yang agak tinggi.
Walaupun hari ini di sekolah ada mesyuarat guru, saya memintapelepasan daripada pengetua untuk tidak hadir mesyuarat itu kerana temujanji saya pada pukul 2.00 petang. Jadi mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 12.00 tengahari itu tidak sempat saya hadiri.
Oleh kerana kesihatan suami saya yang belum memuaskan saya terpaksa memandu sendiri ke KOta Bharu ( Hospital Universiti Kubang Kerian ) Anak bongsu saya turut menemani. Sesampai di HUSM kami bertiga terlbih dahulu mencari SURAU yang telah berubah tempatnya. HUSM sudah banyak berubah sejak 6 bulan yang lalu. Terkial2 saya mencari parking akhirnya dapat juga.Hari ini saya bernasibbaik kerana saya sampai awal tepat pada pukul 2 petang dan suami menolong saya mendaftar kerana saya ke surau untuk menunaikan solat zohor.
Selesai solat zohor saya terus ke klinik dan suami saya memberikan nombor pendaftaran. Rupanya saya patient pertama yang dpanggil ke bilik doktor. Di situ saya dilayan oleh seorang doktor perempuan yang baik. Dia mengesahkan saya ada GOUT. Saya dah agak dah.. setelah menasihati saya tentang beberapa perkara terutama pemakanan, tiba2 seorang doktor lelaki masuk dan saya agak sedikit terganggu melihat gelagat doktor lelaki yang agak GILA-GILA. Doktor perempuan bertanya kepadanya apa ubat yang sesuai untuk saya tetapi jawapannya amat menghampakan saya.. " Dont ask me.. i dont know!" Kemudian dia membebel entah apa2... bersama seorang doktor pelatih. Meluat saya melihatnya. Kalau dulu saya rasa profesion doktor amat saya hormati kerana ilmunya yang amat luas tentang penyakit dan doktor sepatutnya serius bila bersama pesakit. Tetapi doktor ini sedikit GILA-GILA .. payah saya nak hormati dia.
Akhrnya saya diberi borang untuk sekali lagi membuat ujian darah untuk dikaji pada 6 bulan akan datang. Sekiranya uric acid dan kolestrol masih tinggi mungkin saya akan diberi ubat untuk kolestrol pula......
nampak gaya udang dan ketam kegemaran saya terpaksa saya lupakan ...

Oleh kerana saya siap awal , anak mengajak saya membeli belah di KB MALL. Alamak jalan sesak pula. Akhirnya sampai ke sana dalam pukul 5petang. Setelah siap solat asar di KBMALL kami bertolak pulang dalam pukul 6.30 petang. Agak menghairankan jalan di KB masih sesak waktu itu. Akibatnya kami terpaksa berhenti untuk menunaikan solat maghrib di mesjid MELOR. Semasa memandu kaki saya mula sakit... tapi saya menyembunyikannya dari pengetahuan suami takut pula dia risau saya memandu waktu malam dalam keadaan sakit. Saya memang tidak suka memandu waktu malam tambah2 penglihatan saya agak tidak baik sekarang. Akhirnya dalam kesakitan kaki itu sampai juga dirumah dalam pukul 8.30 malam.. kepenatan tapi tak dapat nak tidur awal memikirnya penyakit yang dihidapi...

Saturday, November 6, 2010 | By: WR

KAWAN SEKOLAH DULU..

Hari ini dalam inbox facebook saya ada satu mesej dari seseorang. Dia bertanyakan samada saya pernah belajar di TIJB. Saya ingat2 lupa..... Katanya satu kelas sejak tingkatan 4. Semua nama2 kawan baik saya di tulis satu persatu.. lama2 ingatan saya kian jelas dan saya amat gembira berjumpa rakan sekelas.... Beliau ialah Rahmah Abdullah... setelah hampir 30 tahun.... dan darinya juga saya ditemukan dengan seorang lagi kawan yg memang saya ingat kerana pernah bertemu semasa kursus di JB dulu. Nor Asikin yahya...

Rakan2 dari satu negeri iaitu Normah salleh, Tuan ROhana dulu2 memang berhubung tapi kini terputus pula.. kalau jumpa mesti riuh... Masih teringat suka duka tinggal di asrama. Dulu selalu kami pelajar dari Kelantan di persalahkan bila keputusan BM merosot. Kata seorang pelajar dari Johor ini kerana kami rakyat Kelantan suka bercakap dalam dialek Kelantan. Tapi dakwaan itu tidak tepat bila saya selalu mendapat markah tertinggi dalam BM. Cikgu BM saya En. Khamsani selalu puji BM saya bagus... sehingga ditulis dalam sijil berhenti sekolah saya yang saya berbakat dalam penulisan sastera kreatif.. Ini kerana saya selalu menulis karangan berbentuk cerpen. Salah satu cerpen yg saya tulis dimasukkan dalam majalah sekolah... Pernah beliau bertanya samada cerpen itu saya tulis sendiri atau saya tiru dari mana2... mungkin beliau tidak percaya yg saya memang berbakat menulis cerpen.. hahahhaa ... tak apa lah saya ANGKAT BAKUL pun... memang dulu saya suka sgt membaca novel. Sejak dis ekolah rendah kerana sepupu saya seorang perpustakawan dan membawa balik byk buku2 dan novel..

Related Posts with Thumbnails