Terlebih dahulu saya ingin menghulurkan salam tahun baru kepada semua. Begitu cepat masa berlalu. Anak bongsu saya sudah berusia 15 tahun... dan 6 tahun lagi saya akan pencen di usia 56 tahun. Saya tidak memilih bersara pada 58 tahun. Di usia 50 saya sebenarnya masih bersemangat dan meletakkan target 100% A ( bukan 100% lulus) utk mata pelajaran KHB yg saya ajar pada tahun ini. Sudah 2 tahun saya terkeluar dari team PMR semata2 untuk menumpukan pada team SPM. Memang betul saya dapat fokus dan pencapaian pelajar SPM amat menggalakkan. Tapi tahun ini seperti sebelumnya saya akan menjadi guru yang terlibat dengan kedua2 team PMR dan SPM lagi . Perkara ini bukan asing bagi saya sejak sekian lama.
Mungkin sasaran saya itu ( 100% pelajar mendapat A dalam KHB pk ) terlalu tinggi tapi itulah apa yg saya idamkan. Saya masih tidak mahu mengalah dengan tenaga muda yang tentunya mempunyai stamina yg lebih "berkuasa" . Mungkin mengajar di dua team PMR dan SPM menuntut masa yg lebih kerana kedua2nya memerlukan kelas tambahan dan penyediaan bahan mengajar yang lebih. namun inilah yg akan saya hadapi dan lalui. Selepas ini sekalipun impian ini tercapai atau tidak, saya telah memberi kata putus tidak akan terlibat dengan team PMR lagi. Bagi anak2 muridku 5TV, 3S1 dan 3S2 , awas, jangan ada perkataan MALAS dalam kamus diri kamu sekiranya kamu ingin mencapai kejayaan
6 tahun lagi bukan masa yg panjang. Justeru saya telah mempersiapkan diri menghadapinya dari sekarang. Banyak pro dan kontra tentang kehidupan selepas bersara. Bagi saya sendiri saat itu merupakan saat yg sgt2 saya nantikan. Tetapi seperti yg saya jelaskan pada awal entri ini, semangat saya untuk mendidik belum pernah pudar. Ramai jugak rakan2 guru mengatakan saat2 akhir kerjaya sebelum pencen merupakan masa untuk "releks". itu bergantung pada diri individu itu sendiri. Banyak yg saya ingin lakukan pada masa itu sekiranya umur panjang. Biarlah setakat ini menjadi rahsia . Sampai waktu nanti akan saya paparkan jua.
DARI KACAMATA SAYA : kehidupan selepas pencen lebih bahagia dan bermakna..
Tidak Belajar, Memang Akan Terasa Sudah Ok
-
Tidak berguru, tidak belajar, tidak mengamal dan tidak mendalami keempat2
tiang agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah) atau mana2 satu tiang,
m...
2 Dari Kacamata Orang lain:
Salam Cikgu. Tahniah atas sasaran dan niat yang baik bagi seorang guru pada tahun 2011 ini. Namun, janganlah dikira, bila, akan tibanya saat bersara itu. Kata Dr Ibrahim Bajunid, hanya manusia mengira-ngira, saat bila ia akan bersara, tetapi kepada makhluk tuhan yang lain, tidak ada erti bersara. Semoga cikgu sentiasa dirahmati Allah.
terima kasih ckgu chehassan. saya berkira2 sekadar merancang apa yg akan dilakukan bila tiba saat itu. takda la nanti taktahu nk buat apa2 bila dah pencen.
Post a Comment