Friday, January 28, 2011 | By: WR

HUJAN & TAHUN BARU CINA

Entah kenapa kedua-dua benda ni seolah-olah ada kaitan. Selepas banjir yang baru lalu cuaca dah kira ok. Setiap hari di sekolah dah boleh buat perhimpunan. Tetapi 4-5 hari kebelakangan ini, hujan asyik turun je.... Kata orang2 tua, bila nak tahun baru cina memang hujan turun. Apakah kebetulan atau sememangnya begitu? BUkan saja untuk tahun ini tetapi sejak kecik2 lagi semasa saya di bangku sekolah rendah, keadaan ini berlaku... tak kira tahun baru cina jatuh pada musim kemarau, hujan akan turun walau setitik atau sedetik... kenapa ya..?

Hujan kali ini agak berlainan sedikit kerana diikuti angin kencang.. kalau tak disepit kain di ampaian berterbangan. Pintu rumah juga berdentum dentam kalau tak "disendal". Cuaca pun sejuk..

Tahun baru cina kali ini, sekolah saya tak mengambil cuti. kami bercuti pada rabu dan khamis saja. Warga pendidik dis ebelah Kelantan pula dengar khabarnya cuti seminggu penuh. Jenuh la menggantinya setiap kali sabtu.

Bila bercerita pasal raya cina, tak dapat tidak buah limau mandarin akan menjadi topik hangat. Untuk tahun ni awal2 saya dah dapat 2 kotak limau mandarin yang harum lagi manis... Tokeh tempat anak saya bekerja sementara menunggu result STPM keluar bag hadiah..


3 Dari Kacamata Orang lain:

Mawiey said...

Kebetulan je tu cikgu...
sebab raye cina mmg dalam musim tengkujuh lg..hehe

WR said...

amboi smart mawie dengan kot nya. memang kebetulan Mawi, tapi ckgu pelik memikirkan tiap2 tahun asyik kebetulan je. malah sejak ckgu kecik2 lagi mak ayah asyik katakalau raya cina mesti ujan..

Mawiey said...

emmm...xde la plak sy t'pkir bnd tu ckgu...hehe..
tp apa2 pn.ad hikmah disebalik 2 cikgu..hihi
we juz wait n c je la ckgu...insyaAllah...

Related Posts with Thumbnails