Ini lah wajah 12 orang anak muridku yg telah menyentuh perasaanku dek kejayaan mereka mencipta sejarah tersendiri apabila muncul terbaik dalam negeri Terengganu dalam mata pelajaran SAINS PERTANIAN dalam SPM 2010.
12 jejaka ini ialah pelajar 5EP iaitu kelas yg berada dalam ranking ke 3 bagi pelajar tingkatan 5 sekolah kami [ Sekolah harian biasa] yg agak tersohor juga masalah disiplinnya. Kesemua mereka semasa di tingkatan 4 adalah sama sperti pelajar lelaki lain yg tidak lari dari sifat “MALAS” kalau diberi kerja rumah, dan diperiksa hari berikutnya memang la ada perasaan marah. Memang tak siap! Begitu juga kalau diberi latihan, cikgu yg beri latihan dan ckgu jugalah yg menjawabnya untuk merEka. Seperkara lagi, tahap pencapaian mereka di tingkatan 4 adalah sama saja.... Saya langsung tidak dapat mengecam siapa antara mereka yg lebih baik dan boleh diharap untuk mendapat A. Pencapaian mereka sederhana. Kalau lulus pun paling tinggi 50 diikuti yg lain2.. dengan markah 40. Tapi satu perkara yg menyejukkan hati saya ialah, mereka TIDAK mempunyai sifat “nakal” dan tidak pernah member masalah pada saya. Kalau pun saya agak terluka dengan sikap pemalas mereka, dan sedikit meninggikan suara mereka akan diam saja...
Bila naik ting 5, masih juga sama, prestasi meraka agak sekata saja. Selepas peperiksaan percubaan dan menghadiri Kem Peringkat negeri baru lah saya dapat mengenalpasti siapa yg agak kedepan. Ada 3 pelajar yg saya agak dapat mencapai tahap A. Pernah saya memberitahu rakan saya Puan Robiah YG mengajar ERT,
“ Anak murid saya sekata saja pencapaian mereka.... Saya mungkin dapat semua B ... atau kalau nasib baik semua A “
Setiap kali kelas, saya selalu member kata2 semangat utk mereka. Kejayaan pelajar tahun lepas 6 org mendapat A sering saya jadikan cabaran utk mereka. Saya kata.... Saya nak semua 12 org dapat A. Saya juga selalu bertanya seorang demi seorang berapa target mereka dan saya amat bangga mereka dengan tegas mengatakan
“ Saya nak A cikgu”
Termasuklah yg paling lemah sekali pun berazam nk A juga.. Setiap kali terjumpa mereka di kantin, ditangga sekolah atau di luar bilik darjah saya akan bertanya soalan sains pertanian.
“ Ridzal, bgtau ckgu formula nk kira PSRDL, NPM..... ect... “ Kadang2 soalan ni buat mereka tergelak sendiri kerana setiap kali bersua mesti cikgu akan bertanya...
Peperiksaan bg mata pelajaran sains pertanian jatuh pd hari isnin 13 disember. Pada 10 hb, 11 hb dan 12hb disember murid2 saya masih datang ke kelas tambahan bermula 8 pagi hingga 1 ptg kecuali jumaat balik awal sebab nk solat jumaat. Pada hari terakhir sempat pula kami bergambar kenang-kenangan di depan bengkel yg baru siap.
Esoknya masa peperiksaan, saya ada mesyuarat bersama pengurusan sekolah dan tidak dapat bersama mereka di dewan peperiksaa. Selepas habis peperiksaan saya menyuruh mereka memulangkan buku2 yg dipinjam dan menghantar ke bengkel sendiri kerana saya masih bermesyuarat. Selepas bengkel dikunci mereka memulangkan kunci dan saya pun terus balik tanpa masuk ke bengkel. Sehingga lah penggal persekolahan dibuka semula pada tahun 2011, saya masuk ke bengkel dan agak terkejut dgn satu tulisan besar di papan hitam yg ditulis oleh pelajar 2010.
“ TERIMA KASIH UTK CIKGU RUSNAH DAN KAMI SEMUA [12 ORANG] BERJANJI UNTUK DAPATKAN “A” DALAM SAINS PERTANIAN”
Saya tersentak seketika.... sebak pun ada... mereka berjanji dan mereka telah tunaikan walaupun ada 2 org yg terbabas... 10/12 sudah buat saya terlalu bangga...
Dan.. pada hari penyampaian result tempoh hari.. rasanya saya lah guru yg paling gembira.. kerana ini adalah kali kedua berturut2 kejayaan ini dikecapi... tahniah anak muridku... 2010 tetap dalam kenangan... dan kenangan itu rasanya paling manis sepanjang 27 tahun cikgu mengajar....
Seorang Isteri, Ibu & Guru
dari KACAMATA seorang PESARA
Anda Pelawat Ke...
Iklan
Yg Pernah DiTulis..
My Blog List
-
-
Silap Mata Daun Bertukar Jadi Duit - Ada orang kongsi sebuah video menunjukkan seorang hamba Allah memasukkan daun2 ke dalam sebuah baldi. Kemudian daun2 itu digaul2 disertai bacaan2 tert...
-
SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2024 - Cuepacs 26/12/2023 *KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM* *PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]* *(No Pendaftaran : 195)* *SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKA...
-
6.1 Electrolysis of Lead (II) bromide ( science KSSM F5) - Electrolysis ProcessDuring the electrolysis process,• positively charged ions (cations) move to the cathode (negative electrode)• negatively charged ions ...
-
Siaran langsung keputusan JDT vs Kashima Antlers 5 Mac 2019 - Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 5 Mac 2019 jam 07:51 PM Saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) kini bermula sambil menyaksikan wakil Malaysia i...
-
Pelancaran Program Sekolah Penyayang dan Mentor Mentee 2019 - Program Sekolah Penyayang dan Mentor Mentee 2019 telah dilancarkan olen Pn Hjh Azizah binti Omar, Pengetua SMKTK pada pagi Ahad, 17hb Januari 2019. ...
-
-
Panduan untuk ibu bapa... - Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa yang anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM dll: 1. Jangan benarkan anak-anak mengg...
-
Pemarkahan kertas 2 soalan 1 - Pemarkahan kertas 2 soalan 1 Bila menjawab soalan 1 , murid harus berhati dengan istilah yang digunakan dan juga markah yang telah ditetapkan. Soalan 1...
-
Tidak Berzikir Secara Berjemaah dan Berqunut Dianggap Wahabi ??? - Ketika itu, Disember 1988, pengalaman pertama kali menjejakkan kaki atas salji winter di Bumi Uncle Sam. Macam-macam culture shock yang aku depani. Rare. ...
-
Assalamu'alaikum... - Muzik dan lagu adalah suatu wadah pendidikan dan hiburan yang boleh digunakan untuk membantu anak-anak dan muda-mudi kita dalam memahami pengajaran Islam...
-
Cara Menjadi Telemarketer yang Efektif - Penjualan asuransi bisa menjadi profesi yang paling menguntungkan . menyediakan dengan menggunakannya sebagai pendapatan yang sangat baik potensi , kemam...
-
Jasa Bonda Buat Ibuku Tersayang - *Jasa Bonda** Buat Ibuku Tersayang* Bonda… *Dirimu mengandungkan daku 9 bulan 10 hariLahirku disambut penuh syukurMemenuhi keperluanku seadanyaTan...
-
SEKOLAHKU rUMAHKU - Slm semua... sejak minggu kedua januari hingga akhir februari aku berkampung di sek...setiap hari kerana ada latihan hoki untuk persediaan peringkat daer...
-
-
Kebahagiaan - Sudah begitu lama ruangan ini sepi. Entah dari mana datangnya keinginan untuk menukil sedikit tinta yang kesepian.Saya terbaca secebis perkongsian tentang ...
-
-
-
TSUNAMI - Tsunami atau ombak besar telah melanda negara Jepun. Sesungguhnya Maha Besar KuasaMu Ya Allah...hanya sedikit gegaran telah menghasilkan ombak yang amat be...
-
Sejuk Perut Ibu Mengandung... - *Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...* *Assalamu'alaikum W.B.T...* Wahai sahabat2ku sekalian, marilah kita memanjatkan rasa syukur...
-
Cuti cuti - Bagi mereka yang berkemampuan, sempena akhir tahun dan menjelangnya tahun baru, sungguh ramai yang bercuti bersama keluarga. Namun bagi mereka yang sekadar...
-
Jawapan Objektif ChemQuest 2010 - Kepada pelajar ASiS, Sila download jawapan objektif di sini - 2010 ChemQuest Paper-1. Kalau jawapan yang rasa tak betul, highlightkan. Kita akan bincang d...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anak2ku.. Kamu adalah kekuatanku. Jagalah agamamu walau di mana kamu berada
Rujukan
- MARKAHKO
- splg
- KUIS
- e filing
- Laman Web Resmi Ke IPTA
- portal rasmi kementerian pelajaran
- KKT MARA Pasir Mas
- IAB
- UPIM
- SPA
- IKM
- Perisian
- nutp
- YM for the web
- Buat Blog
- calligrafi
- SMS Muzafar Shah
- SMK Raja Abdullah
- SMK Seri Mahkota
- SMT Dungun
- Bank Soalan SPM
- Bank Soalan SPM2
- Bank Soalan SPM3
- PPD Besut
- ppd kulai
trafik
Blog Politik
Search
Text Widgets
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa S
emakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa S
emakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Labels
- aktiviti sekolah (13)
- BANJIR (5)
- cuti (8)
- hari guru (3)
- hari jadi (2)
- hari raya (3)
- kem kecemerlangan (6)
- kematian (6)
- kenangan lalu (4)
- keputusan SPM (2)
- kereta (3)
- kerja kursus (2)
- kesihatan (3)
- Kursus (3)
- mesyuarat (4)
- pendidikan (7)
- peperiksaan (7)
- perhimpunan ahad (4)
- peribadi (9)
- perkahwinan (1)
- puasa (2)
- sukan (3)
InsyaAllah
JANJI 12 JEJAKA SPN...
FERTIGASI MUSIM KE 2 [2011]
Selepas Kursus Fertigasi yg baru lalu, saya bersama pelajar 4TV dan 5TV telah memulakan projek kedua dengan menanam MUSK MELON pula. Kalau sebelumnya TIMUN JEPUN , kini MUSK MELON lebih membuat pelajar teruja.
Banyak pengalaman yg dikutip pd tahun lepas memudahkan pengurusan kali kedua ini.
1. Pada kali ini, kami lebih berkeyakinan dan proses menyemai menghasilkan anak benih yg lebih baik dari tahun lepas. Tahun lepas kami menghasilkan anak pokok yg "panjang" kerana sedikit kesilapan "terlalu lama di kurung di tempat gelap...." Kini anak benih lebih kuat dan sehat.
2. kami amat berjaga-jaga tentang pembajaan kerana pada tahun lepas kesilapan teknikal membuatkan pertumbuhan pokok TIMUN JEPUN agak terbantut pada permulaannya. Kini pemerhatian menunjukkan pembesaran agak cepat...
3. Dengan sedikit kemahiran yg ada berbekalkan tunjukajar En Shahmin dr GM Peladang, pelajar saya dengan kreatifnya telah menambah bilangan polibeg . Ini bermakna menambah paip sisi pengairan titisan. Dengan kemudahan terhad akhirnya dapat juga kami menambah sebanyak 50 beg lagi.. Kalau dulu kami cuma menanam 100 anak pokok kini bilangannya menjadi 150.... Lagi satu kami terpaksa menggunakan beg plastik hitam bagi menggantikan beg plastik putih yg telah koyak...
Walaubagaimana pun sedikit kelemahan kali ini telah dikenalpasti... tapi ianya hanya kesulitan kecil yg boleh diperbaiki... Saya mengalami masalah "pekerja" Niat di hati saya ingin melepaskan tanggungjawab kepada pelajar tingkatan 4 memandangkan pelajar tkn 5 akan menghadapi SPM.. namun saya sukar mencari pelajar yg sanggup bekerja seperti tahun lepas.. Akhirnya saya terpaksa menggunakan juga khidmat pelajar tahun lepas... Terima kasih Nik Ismail, Ahmad Zharif dan Fariz kerana masih sanggup menjadi pekerja setia Projek Fertigasi. kepada pelajar tkn 4, ayuh kita bangun dan jadikan projek kali ini sebaik mungkin...
CINTA KE DUA....
Bercakap tentang cinta, ramai orang mengatakan cinta pertama itu adalah cinta sejati. Namun ramai juga yg jatuh cinta berkali-kali. Semasa bercinta kita hanya nampak kebaikan pada diri seseorang sahaja, namun bila dah lama bersama akan lahirlah ciri-ciri yg tidak diingini.. Selepas itu mungkin akan mencari cinta baru pula....
Sejak di Universiti lagi saya sudah memasang angan2 untuk bercinta dengan HONDA. Bila mula bekerja, cinta saya terhadap HONDA bertambah subur kerana melihat seorang guru yg selalu ke sekolah memandu Honda City. Tiap2 hari saya memikirkan bila la nk milikinya... Akhirnya setelah 2 buah kereta proton saya miliki, baru lah saya memilikinya.. Tetapi begitulah manusia, bila dah dapat baru lah tahu baik buruknya. Honda terlalu besar untuk saya... Memandunya di jalan raya memanglah memuaskann hati saya, namun bila tiba BAB PARKING.... aduh saya amat2 membenci HONDA.. beberapa kali muncungnya tercalar kerana saya tak dapat menjangka kedudukannya.. Bila keluar ke bandar dalam kesesakan jalanraya, saya menjadi terlalu stress.. beberapa kali saya ke Jerteh dan pulang tanpa dapat meletakkan kereta di tempat parking... BIla anak bertanya mak ke mana, saya hanya menjawab
" makan angin di Jerteh "
Akhirnya, saya mula jatuh cinta dengan Viva Elite... ya.. kereta yg sangat sesuai untuk saya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Tentang Diriku
- WR
- Lahir di Kelantan Darul Naim. Telah bertugas dan menetap di Terengganu Darul Iman selama 31 tahun..