Friday, March 25, 2011 | By: WR

JANJI 12 JEJAKA SPN...

Ini lah wajah 12 orang anak muridku yg telah menyentuh perasaanku dek kejayaan mereka mencipta sejarah tersendiri apabila muncul terbaik dalam negeri Terengganu dalam mata pelajaran SAINS PERTANIAN dalam SPM 2010.

12 jejaka ini ialah pelajar 5EP iaitu kelas yg berada dalam
ranking ke 3 bagi pelajar tingkatan 5 sekolah kami [ Sekolah harian biasa] yg agak tersohor juga masalah disiplinnya. Kesemua mereka semasa di tingkatan 4 adalah sama sperti pelajar lelaki lain yg tidak lari dari sifat “MALAS” kalau diberi kerja rumah, dan diperiksa hari berikutnya memang la ada perasaan marah. Memang tak siap! Begitu juga kalau diberi latihan, cikgu yg beri latihan dan ckgu jugalah yg menjawabnya untuk merEka. Seperkara lagi, tahap pencapaian mereka di tingkatan 4 adalah sama saja.... Saya langsung tidak dapat mengecam siapa antara mereka yg lebih baik dan boleh diharap untuk mendapat A. Pencapaian mereka sederhana. Kalau lulus pun paling tinggi 50 diikuti yg lain2.. dengan markah 40. Tapi satu perkara yg menyejukkan hati saya ialah, mereka TIDAK mempunyai sifat “nakal” dan tidak pernah member masalah pada saya. Kalau pun saya agak terluka dengan sikap pemalas mereka, dan sedikit meninggikan suara mereka akan diam saja...
Bila naik ting 5, masih juga sama, prestasi meraka agak sekata saja. Selepas peperiksaan percubaan dan menghadiri Kem Peringkat negeri baru lah saya dapat mengenalpasti siapa yg agak kedepan. Ada 3 pelajar yg saya agak dapat mencapai tahap A. Pernah saya memberitahu rakan saya Puan Robiah YG mengajar ERT,
“ Anak murid saya sekata saja pencapaian mereka.... Saya mungkin dapat semua B ... atau kalau nasib baik semua A “
Setiap kali kelas, saya selalu member kata2 semangat utk mereka. Kejayaan pelajar tahun lepas 6 org mendapat A sering saya jadikan cabaran utk mereka. Saya kata.... Saya nak semua 12 org dapat A. Saya juga selalu bertanya seorang demi seorang berapa target mereka dan saya amat bangga mereka dengan tegas mengatakan
“ Saya nak A cikgu”
Termasuklah yg paling lemah sekali pun berazam nk A juga.. Setiap kali terjumpa mereka di kantin, ditangga sekolah atau di luar bilik darjah saya akan bertanya soalan sains pertanian.
“ Ridzal, bgtau ckgu formula nk kira PSRDL, NPM..... ect... “ Kadang2 soalan ni buat mereka tergelak sendiri kerana setiap kali bersua mesti cikgu akan bertanya...
Peperiksaan bg mata pelajaran sains pertanian jatuh pd hari isnin 13 disember. Pada 10 hb, 11 hb dan 12hb disember murid2 saya masih datang ke kelas tambahan bermula 8 pagi hingga 1 ptg kecuali jumaat balik awal sebab nk solat jumaat. Pada hari terakhir sempat pula kami bergambar kenang-kenangan di depan bengkel yg baru siap.
Esoknya masa peperiksaan, saya ada mesyuarat bersama pengurusan sekolah dan tidak dapat bersama mereka di dewan peperiksaa. Selepas habis peperiksaan saya menyuruh mereka memulangkan buku2 yg dipinjam dan menghantar ke bengkel sendiri kerana saya masih bermesyuarat. Selepas bengkel dikunci mereka memulangkan kunci dan saya pun terus balik tanpa masuk ke bengkel. Sehingga lah penggal persekolahan dibuka semula pada tahun 2011, saya masuk ke bengkel dan agak terkejut dgn satu tulisan besar di papan hitam yg ditulis oleh pelajar 2010.

“ TERIMA KASIH UTK CIKGU RUSNAH DAN KAMI SEMUA [12 ORANG] BERJANJI UNTUK DAPATKAN “A” DALAM SAINS PERTANIAN”

Saya tersentak seketika.... sebak pun ada... mereka berjanji dan mereka telah tunaikan walaupun ada 2 org yg terbabas... 10/12 sudah buat saya terlalu bangga...
Dan.. pada hari penyampaian result tempoh hari.. rasanya saya lah guru yg paling gembira.. kerana ini adalah kali kedua berturut2 kejayaan ini dikecapi... tahniah anak muridku... 2010 tetap dalam kenangan... dan kenangan itu rasanya paling manis sepanjang 27 tahun cikgu mengajar....

1 Dari Kacamata Orang lain:

nba-Nur said...

Salam. Terima kasih Kak Rusnah atas kata2 pujian di blog Nur. Kalau ada widget yg menarik, silalah ambil. Tahniah di atas kejayaan dalam SPM 2010, usaha gigih akak akhirnya berbayar.. Bertuah akak dapat anak2 murid yg pandai mengambil hati gurunya.. Semoga akak dapat meneruskan kecemerlangan pada tahun2 yg akan datang.

Related Posts with Thumbnails