Sunday, May 8, 2011 | By: WR

AZWA LAILA

Jumaat lepas saya dan Cikgu Nik Marhaini melawat anak cikgu Roslinah yg terlantar di wad HUSM. Sudah seminggu di situ. Kami juga mengambil peluang menziarahi anak murid saya AZWA LAILA dari tingkatan 3S2 yg mengidap Demam kepialu.

Azwa adalah seorang yg periang dan selalu mencuit hati saya. Tatkala saya MARAH dia pandai mengambil hati saya. " Saya sayang sgt kat cikgu" Itu lah kata2 yg selalu dia ucapkan bila saya naik angin. Apa lagi, perasaan marah mula menurun dan suasana jadi gembira semula...

Entah mengapa bila 2 hari dia tak datang ke sekolah, saya rasa lain. Apabila bertanya pd kawan2, mereka saja2 kata laila malas.... kemudian dia hadir ke sekolah.. Saya mengambil peluang iniuntuk bertanya dan dia cuma senyum. Dia tidak selincah dulu, hanya mendiamkan diri dan senyum saja.. Dia jadi pasif..

Esoknya dia tak hadir sekolah lagi.... HERAN sy dibuatnya. Minggu seterusnyabaru lah rakan2nya memberitahu dia demam yg sgt kuat dan telah dihantar ke HUSM.. Kemudian ada lagi berita yg mengatakan beliau tidak sedarkan diri..... Terkejut saya dibuatnya.. rupanya dia demam berlarutan... mungkin menyangka demam biasa jadidia dtg jg ke sekolah.. apabila berlarutan dandia semakin lemah barulah di bawa ke hospital...

Semasa saya melawat... dia masih di wad ICU tetapi dia sudah sedarkan diri... Saya gembira. Tetapi apabila saya mendekatinya.... naluri keibuan saya terus membuat saya menangis.. saya tak dpt mengawalnya.. mengingatkan kelincahannya dlm kelas hati saya luluh melihat dia terlantar tak bermaya.. seluruh badan penuh wayar2.. dan dia masih menggunakan bekalan oksigen... dia belum bermaya utk bercakap... dia memegang tangan saya.. melihat saya menangis.. dia mengambil buku nota di atas badannya dan mencari2 pen... saya membantunya memberikan pen.. dan dia menulis...

" Jangan menangis cikgu.... saya tak mahu lihat cikgu menangis.. "

Saya hanya menganggukkan kepala... dan gagahkan juga memberi semangat kpdnya... supaya dia bersabar dan cepat sembuh spy boleh ke sekolah semula.... Peperiksaan pertengahan tahun akan bermula 3 mingu lagi.....

CIKGU DOAKAN AZWA LAILA CEPAT SEMBUH ...... DAN CERIA SEMULA... Maafkan cikgu yg lemah ini kerana menangis didepan laila...



2 Dari Kacamata Orang lain:

yusofsipan said...

wan,
terharu jugak sy membaca kisah anak murid cikgu tu, mudah2an segera sembuhnya, amin!

lama dah sy tak menjengah ke mari, dah semakin cantik blog ini ye.....

Selamat menyambut hari guru yg bakal menjelang, moga sentiasa dlm keberkatan Ilahi!

WR said...

Terima kasih cikgu sop. Selamat hari Guru juga utk cikgu.

Related Posts with Thumbnails