Sunday, January 15, 2012 | By: WR

PAPA BY PAUL ANKA


Semasa dlm perjalanan ke sekolah pagi tadi saya cuba membuka stesen radio IKIM seperti selalu. Dalam masa 30 minit perjalanan ke sekolah, sambil memandu saya akan mendengar radio IKIM. Selepas mula mendengar radio IKIM saya memang tidak memilih stesen lain lagi. Tapi pagi tadi stesen radio IKIM TIDAK dapat keudara dalam kereta saya. Apa sebabnya saya pun tak tahu...
Jadi saya pun mula menekan stesen radio lain. Tiba2 saja dari stesen Traxx fm kedengaran lagu ini..... PAPA oleh Paul Anka... aduh.. hati saya cukup tersentuh... senikatanya amat memilukan.. dulu2 saya memang peminat Paul Anka.. tapi skrg dah tgl semua itu dan hanya minat ceramah2 macam ceramah ustaz Azhar saja... tapi layan la pulak yg ini...
Friday, January 13, 2012 | By: WR

BERTUAH DAN HEBATNYA WARDINA


"Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia."

Disaat selebriti lain ( bukan semua ) berbangga mempamerkan "aset" sndiri.. Wardina begitu bertuah mempunyai suami yg begitu "ketat" menjaga kehormatan isteri.

Ya ALLAH kurniakan aku anak yg mempunyai jiwa seperi suami isteri ini...

Saturday, January 7, 2012 | By: WR

VIVAku DIREMPUH

Pukul 6.45 petang semalam saya dan anak bongsu bertolak dari rumah emak di Machang untuk pulang ke Jerteh. Saya memandu perlahan saja dlm 60km/jam. Sampai di Kg Bukit Tiu simpang ke Bukit Bakar tiba2 sebuah kereta proton saga ABR 5797 muncul dan merempuh kereta saya. Saya hanya sempat mengelak sedikit dan muncung keretanya merodok pintu belakang kereta saya. Dentuman itu mengejutkan saya dan kereta saya tersasar namun mujurla saya dapat mengawal dan memberhentikan kereta di tepi jalan. DIa ( seorang askar ) juga turut berhenti dan orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu mengerumuni kami. Turun saja dari kereta saya terus bertanya dia
" Kenapa la adik ni bawa kereta mcm ni?"
Dia memandang tajam ke arah saya dan menjawab
" Saya tak nampak! "

Aduh jawapan yang tak dapat saya nilaikan apa2.. saya terdiam. Mujurlah orang ramai mententeramkan saya dan ada pakcik2 yg terus membantu saya. Memang salah dia sebab saya dari jalan lurus dan dia dtg dari simpang. Sepatutnya dia memberhentikan kreta dan memandang kiri kanan sebelum keluar dari simpang. Tak payah saya jelaskan semua saksi menuding jari ke arah dia.

"jom kita ke balai" Tiba2 dia bersuara. Saya tak tahu apa nk buat. Tangan terketar2 menyalin no keretanya dan saya menyuruh anak saya menelefon suami kerana telefon saya sndiri sudah kehabisan bateri. Namun sempat juga saya menelefon abang di kampung yg belum jauh dr tmpat kejadian.

Kami ke Balai Polis Macang. Dalam perjalanan abang dan adik saya kelihatan menyusul dengan motornya.


Wednesday, January 4, 2012 | By: WR

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN DI 2012

3 jan 2012 ( Selasa ) adalah hari pertama persekolahan tahun ini. Saya memang bersiap awal maklumlah nak tunjukkan teladan di hari pertama sekolah dibuka. Namun, cuaca amat buruk sekali. Hujan tanpa henti dan langit gelap gelita. Saya jadi risau nak lalu ikut jalan biasa ke sekolah kerana pada gelombang pertama banjir dulu jalan Kg Lampu dan Kg Nangka dinaiki air dan tidak dapat dilalui kenderaan.... Lalu saya mengambil jalan alternatif melalui Kg Raja....

Saya bertolak dari rumah pukul 7 am.. suasana sangat gelap seperti jam 8 malam.. dan bila malam.. saya selalunya tidak dpt memandu dengan baik. Namun saya ggahi jua.... Jalan agak sesak dengan hujan lebat menyebabkan saya sampai ke sekolah pada jam 7.35 am. Selalunya saya hanya mengambil masa hanya 20- 25 minit sahaja. Sepanjang perjalanan semua kenderaan memasang lampu apa tidaknya suasana amat gelap dan saya memandu dlm debaran. Bila sampai di Pengkalan Nyireh, barulah cuaca cerah dan di Kuala Besut rupa2nya TIDAK HUJAN.. anehnya...

Mujurlah punch card belum MERAH.... bergegas ke Dewan As-shafie untuk perhimpuanan hari pertama.
Related Posts with Thumbnails