Pukul 6.45 petang semalam saya dan anak bongsu bertolak dari rumah emak di Machang untuk pulang ke Jerteh. Saya memandu perlahan saja dlm 60km/jam. Sampai di Kg Bukit Tiu simpang ke Bukit Bakar tiba2 sebuah kereta proton saga ABR 5797 muncul dan merempuh kereta saya. Saya hanya sempat mengelak sedikit dan muncung keretanya merodok pintu belakang kereta saya. Dentuman itu mengejutkan saya dan kereta saya tersasar namun mujurla saya dapat mengawal dan memberhentikan kereta di tepi jalan. DIa ( seorang askar ) juga turut berhenti dan orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu mengerumuni kami. Turun saja dari kereta saya terus bertanya dia
" Kenapa la adik ni bawa kereta mcm ni?"
Dia memandang tajam ke arah saya dan menjawab
" Saya tak nampak! "
Aduh jawapan yang tak dapat saya nilaikan apa2.. saya terdiam. Mujurlah orang ramai mententeramkan saya dan ada pakcik2 yg terus membantu saya. Memang salah dia sebab saya dari jalan lurus dan dia dtg dari simpang. Sepatutnya dia memberhentikan kreta dan memandang kiri kanan sebelum keluar dari simpang. Tak payah saya jelaskan semua saksi menuding jari ke arah dia.
"jom kita ke balai" Tiba2 dia bersuara. Saya tak tahu apa nk buat. Tangan terketar2 menyalin no keretanya dan saya menyuruh anak saya menelefon suami kerana telefon saya sndiri sudah kehabisan bateri. Namun sempat juga saya menelefon abang di kampung yg belum jauh dr tmpat kejadian.
2 Dari Kacamata Orang lain:
sama la kite..smlm sy balik keje kete kene langgar dari blkg.dia yg slah sbb laju xsempat brek. pastu terus leh pecut camtu je..teruk btl.langsung xde adab. mujur kete cuma ada kesan cikit je.
"makcik" bernasib baik sebab yg rempuh tu sudi berbincang dan sanggup membayar kos membaikinya..
Post a Comment