Wednesday, July 25, 2012 | By: WR

PERNAHKAN ANDA SEMISKIN SAYA...


Pernahkah anda menjadi seperti saya? tiada satu sen pun dalam purse saya pada hari ini. Petang semalam  saya menelefon sahabat untuk menukar wang kertas baru untuk hari raya. Oleh kerana beliau telah bersekolah jauh dr saya, maka saya mengirimkan wang melalui seorang kwn yg lain yg tinggal berdekatan rumah saya. Saya memberikan beliau wang RM300 yg diambil dari dalam purse..... Kemudian saya menyuruh anak saya membeli kuih2 untuk berbuka kerana saya tak sempat membuat kuih. Saya tidak pernah membeli lauk pauk untuk berbuka tetapi kuih ni saya beli sebab taksempat nk buat sendiri.. Saya membuka purse dan terkejut hanya ada RM13 di dalamnya. Semasa memberi wang RM300 tadi saya lgsung tak perasan duit saya dah kurang.....Selepas memberikan wang RM10 tadi, saya menyimpan wang RM3 yg ada dlm purse semula... Dalam hati saya berkata "kalaulah apa2 terjadi mcm mn lah saya nk buat" Oleh kerana hari sudah malam dan saya bertarawih hingga jam 10.30pm saya tak larat nk keluar mengambil wang di mesin atm. Tunggulah pagi esok sebelum ke sekolah saya akan ke bank. Dalam berkira2, anak saya pulang dari tarawih di mesjid lain dan meminta wang untuk mengisi minyak motornya. Motornya kehabisan minyak. Esok nk ke sekolah pula... Apa nk buat? saya mengorek purse dan wang RM3 saya hulurkan pd anak saya yg bergegas ke stesen minyak mengisi minyak motornya..

saya memandang purse yg tidak berisi lagi dengan sedikit resah..... gawat kalau kecemasan, kat mn la nk cari duit... dalam pada itu saya buat mcm biasa.. bangun sahur dan solat subuh. Seawal 6.40 saya turun dr rumah untuk ke bank. Selalunya saya turun jam 7am dan akan sampai ke sekolah dlm 7.30am.

sampai di bank, saya disapa seorang wanita yg rasanya mempunyai niat yg sama iaitu "mencucuk" kad atm unutuk mengambil wang.... " Mesin out of service" Aduhai semua 4-4 mesin out of service!!! GILA... saya masuk ke kereta. Alamak!! kereta saya juga kehabisan minyak mcm motor anak saya.. cuma ada satu bar yg berkelip2 menandakan minyak hampir habis.... pening saya memikirkannya.....kenapalah mesin rosak pd masa yg salah???masa juga dah lewat.. saya buntu.....

3 Dari Kacamata Orang lain:

Granny Hani said...

Pernah..kadang siap tadah tangan minta sedekah dari hubby lagi.

yusofsipan said...

pernah kesemua rumah isteri Nabi SAW tiada makanan langsung.....huhu

WR said...

hani dan ybs : sebenarnya crita saya belum habis.. lepas tu saya teringat saya ada juga smpanan di BIMB, terus saya ke bank tu dan keluarkan wang.. boleh la isi minyak dan ke sekolah lewat skit.....

Related Posts with Thumbnails