Pada 8 November ( semalam ) sepatutnya guru-guru SMK Pelagat mengadakan jamuan akhir tahun bertempat di Restoren Cheing Mai Kota Bharu. Malangnya hujan dan banjir menyebabkan majlis dibatalkan. Apa yang sedikit "kecoh" ialah pembatalan diberitahu lewat. Pada hari tersebut semua guru perempuan melaramm habis.. baju cantik2 khusus utk jamuan dipakai... malang sekali jamuan tak jadi.... melenting gak la mereka.. hehhehee.
Padahal pembatalan dibuat pd hari Jumaat lagi. Pihak yg bertanggungjawab tidak mengambil inisiatif utk memaklumkan kpd guru-guru... Baju tu takkan nak dipakai kali kedua... :P Dah basi kata mereka...
Hadiah berupa hamper pulak dah siap diatur.....
Bila tarikh diubah ke 15 November ramai ygkomplen kerana pd tarikh tersebut ramai guru tiada di sekolah kerana urusan pemeriksaan kertas PMR. Alahai kenapa la nak buat jauh2.. buat kat sekolah kan senang....
Berhati2 Tumpangkan Orang2 ke Kapalmu
-
Berhati2 menumpangkan orang ke kapalmu, kerana ada orang yang akan sanggup
menenggelamkan atau membakar seluruh kapal hanya kerana dia tidak dapat
men...
5 Dari Kacamata Orang lain:
sekolah mana? well, tak pernah dgr lak nama sekolah ni...anyway biasa la end og the year jamuan kat luar. our scholl will be hving one on the 16th...kat mana saja pun, asal meriah.enjoy urself.
sekolah saya mmg la nama pun tak glamour... SMK PELAGAT. Dulu kalau saya pi kursus selalu depa kata nama sekolah saya tu sekolah men. Palagiat...
SMK PELAGAT,
BESUT
TERENGGANU
wan
ada satu cerita..kisah penjual belon, dia masuk kg ke kg jula belom pelbagai warna...satu hari semua budak budak membeli belon dia, sebab penjual belon ni baik hati, beli satu dapat satu...tapi ada seorang budak memandang marah dan tidak membeli belonnya..setelah budak budak lain tak ada..dia pun tanya, kenapa macam marah jer, tak ada duit ke? kalau tak ada ambiklah...belon mana mana, jemput penjual belon tu kepada budak itu,pak cik tak adil.. kenapa? sebab pakcik tak jual belon warna hitam...mentang mentang saya ni hitam...pada pak cik hitam tu hina ke?
ohh...gitu...dia begini anakku...bukan warna belon yg penting...tapi, angin dalam belon tu...kalau banyak angin nya maka naiklah belon tu ke atas...kalau takada angin, belon tu tak akan ceria dan tak dapat naik keatas...begitu jugak kau wahai anakku...bukan warna kulit kau tapi ilmu dalam dada kau perlu di isi sebanyaknya, baru kau kan keatas dan dapat berdiri sama tinggi dgn orang lain...begitu jugak sekolah wan...bukan sekolah tapi apa yang diisi dalam sekolah tu yang penting wan...
amboi panjang ler pulak...selamt berjamuan akir wan..makan bagi banyak sikit wan...
hahahahha! nk tergelak la kembara, tapi ceritakembara ni penuh pengajaran berguna. Dalam maknanya tu.. mekasih laa
tentang nama sekolah tu mmg dah ramai yg suruh tukar..
Ala, boleh guna lagi baju tu, sekurang-kurangnya wak berkubang dlm air banjir tu.
Post a Comment