Tuesday, March 30, 2010 | By: WR

HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SERTA MESYUARAT AGONG PIBG KE 18

Petang tadi telah pun berlangsung Hari Ucapan dan penyampaian hadiah serta mesyuarat agong PIBG ke 18 SMK Pelagat. Walaupun waktu sebenar berubah dari pagi ke petang, tetapi sambutan ibubapa amat menggalakkan. Dewan terbuka penuh dengan hadirin dan terpaksa pula menambah kerusi di kali lima bangunan dewan. Syabas ibubapa.....Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua.... antara lain memaklumkan kepada hadirin kejayaan sekolah dalam PMR dan SPM 2009.....
Seterusnya ucapan penuh bersemangat daripada YDP PIBG.... yang inginkan kejyaaan sekolah di "war-war" kan ....


Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan nasyid sekolah yang menyampaikan 2 buah lagu nasihat.....



Ucapan perasmian daripada PPD Besut - Tn Hj Baharudin Ibrahim.... ingin supaya sesiapa sahaja yang terlibat dengan sekolah supaya jangan pandai bercakap sahaja tetapi mestilah sama-sama berusaha untuk kejayaan sekolah....




Kemuncaknya ialah penyampaian hadiah kecemerlangan kepada pelajar terbaik tingkatan 1,2 dan 4 2009. Anaknda Mohd. Tajudin turut menerima hadiah.... Tidak lupa pelajar terbaik PMR dan SPM 2009

Cenderamata untuk PPD disampaikan oleh YDP



cebderamata untuk YDP disampaikan oleh Tuan pengetua...


Selepas mesyuarat agong PIBG, ada 10 cabutan nombor bertuah..........
Monday, March 29, 2010 | By: WR

MENCERAP GURU PELATIH


( Cikgu Maizura bersama pelajar 4TV dalam makmal - eksperimen keperluan cahayaterhadap fotosintesis)
Saya sudah mencerap guru pelatih UPSI Cik Maizura Ariffin untuk kali kedua. Kali pertama P&P berlaku dalam kelas. Kali kedua pula dijalankan di makmal untuk tajuk Keperluan cahaya bagi proses fotosintesis. Saya sangat berpuas hati dengan guru pelatih ini.

Berikut ialah kekuatan Cik Maizura :

Mempunyai suara yang lantang dan jelas.
Mempunyai keyakinan yang tinggi, tidak gugup jika berlaku sedikit kesilapan.
Membuat persediaan yang baik sebelum mengajar. ( banyak membaca )
Menguasai isi pembelajaran.
Mempunyai personaliti seorang guru yang baik.

Walau bagaimanapun ada sedikit perkara yang perlu diberi perhatian. Mungkin kerana terlalu ghairah mengajar sekali sekala nampak tak “licin” proses P&P kerana penerangan semasa mengajar dah arahan untuk membuat nota bercampur aduk. Pelajar agak keliru. Namur itu hanyalah kesilapan kecil yang tidak nampak sangat kecacatannya.
Sunday, March 28, 2010 | By: WR

PEJABAT BARU & KESIBUKAN AKTIVITI SEKOLAH

Nampaknya pengetua dan GPK telah pun berpindah ke pejabat baru. Pada hari khamis lepas diadakan solat hajat dan sedikit jamuan laksa . Hari ini dengan rasminya pengetua mula berada di pejabat barunya. Agak kekok juga untuk menyesuaikan diri berulang-alik. Tetapi sedikit masa lagi biasa la tu..

Saya dan GKMP Sains matematik tidak akan berpindah kerana bilik GKMP agak kecil. Jadi hanya GKMP Bahasa dan Kemanusiaann yg akan pindah ke pejabat baru.

Lain-lain kakitangan pejabat sedang dalam proses "berpindah". Suasana nampak sedikit kelam kabut.

Dalam pada itu aktiviti sekolah terus berjalan seperti biasa. Yang terdekat ialah Hari Ucapan dan Penyampaian hadiah serta mesyuarat PIBG yang akan berlangsung pada hari Selasa ( 30 Mac ) Masing2 AJK bersiap sedia untuk melicinkan majlis tersebut. Dari jemputan ibubapa hinggalah senarai pelajar yang menerima hadiah... Esok akan diadakan raptai untuk majlis tersebut....
Sunday, March 21, 2010 | By: WR

"SPISIS" YANG HAMPIR PUPUS....

Hari ini ahad pertama selepas cuti. Pasukan projek SPM menganjurkan majlis penyampaian hadiah untuk 10 pelajar terbaik SPM dalam peperiksaan OTI yang baru lalu.

Sebagaimana selalu... pelajar perempuan menguasai tahta pelajar terbaik.. inilah trend sekarang. Pelajar perempuan dilihat lebih berjaya dan lebih berkemampuan dari pelajar lelaki. Tak heranlah dalam SPM 2009 pelajar perempuan mengunggulinya... Dalam kesepuluh pelajar terbaik itu "terselit" seorang pelajar lelaki ( tempat kesembilan dari kesepuluh) Mohd. Farhan mendapat tepukan kerana satu-satunya "spisis" lelaki yang tersenarai... Ramai yang berkata spisis lelaki yang berjaya hampir nak pupus... :) Maaf kalau saya keterlaluan. Sekadar menyatakan senario sekarang yang sememangnya begitu.. itulah kenyataannya..
Tuesday, March 16, 2010 | By: WR

JURURAWAT PELATIH

Pada 1 mac yg lepas saya menulis tentang guru pelatih yang ditempatkan di sekolah saya. Kali ini saya terserempak pula dengan jururawat pelatih di Hospital Besut. Melihat riak wajah mereka yang masih muda dan teragak2 membuat kerja saya syak mereka ini baru kali pertama membuat praktikal di hospital.. Saya diarahkan oleh HUSM untuk mengambil contoh darah untuk mengenalpasti beberapa perkara bersabit masalah kesihatan saya. Sesampai di bilik mengambil darah mereka inilah menguruskan saya. Mereka perasan pula yg saya ni was-was pada mereka. Apa tidak nya kerut di dahi saya diperhatikan lantas salah seoarng dari mereka bertanya
" makcik takut ke?"
Saya tidak menjawab cuma senyum saja..

Saya perhatikan jururawat pelatih ini memang kurang keyakinan tiapkali dia nak menyucuk jarum ke tangan saya dia berpaling 4-5 kali ke belekang ke arah jururawat senior yang berpakaian serba coklat. Saya tak tahu apa jawatan jururawat senior itu tapi pelatih ini memangggilnya "puan" Kalau dulu tak silap saya sister pakai baju serba biru.. yang coklat ni tak tahu la jawatan apa...

dalam hati berdebar2 juga budak pelatih ni nampak takut2 nak menyucuk ke urat darah saya. Akhirnya 5 kali dicucuk masih tak dapat2 darahnya. Sakitnya boleh la tahan.... selpas kali ke enam jururawat senior berunifom coklat membantu tapi tak dapat juga? Akhirnya dipanggil seorang jururawat lain yang datang. Memang conrfirm la tak dapat diambil lagi kerana dah byk kali sgt dicucuk di situ. Akhirnya jarum berpindah ke lengan kanan saya pula...
Sekali cucuk saja darah telah dapat diambil.. lega rasanya....

Saya nampak perbezaan guru pelatih dan jururawat pelatih amat berbeza. Ye la tugas mereka tak sama. Profosyen sebagai jururawat mendambakan "amali" yang lebih banyak . Manakala guru hanya berinteraksi dengan murid. Kalau mereka boleh bercakap dengan murid dah kira ok la tu, tapi jururawat ni banyak memerlukan "perbuatan" yang kalau silap terus nampak "kegagalan"nya.

Saya sempat menjeling ke lencana yang dipakai oleh jururawat pelatih itu. Mereka ialah pelatih dari Kolej Bistari Setiu. Apa2 pun, semoga mereka akan mendapat latihan yang membolehkan mereka bertugas nanti....
Thursday, March 11, 2010 | By: WR

KEPUTUSAN SPM 2009 - BERKONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA ANAK-ANAK MURID

8.30 pagi saya bersama 2 lagi rakan ke PPD untuk mengmbil result. Kereta pengetua mengekori kami dari belakang. Pengetua memang jenis yang memandu laju akhirnya dia memotong kereta kami.. sesampai di PPD rupanya sudah ramai yang datang, kiranya kami adalah yang peling lewat.. GPK sudah mengambil sampul surat berisi keputusan peperiksaan. Apa lagi kami pun mula "bekerja" tanpa lengah2 lagi..... Perasaan bercampur baur. Nampak gaya keputusan tahun ini lebih memberansangkan...

Walaupun impian untuk mencapai straight A tidak kesampaian namun hati berbunga kerana sekolah kami menang dari segi kualiti. Banyak mata pelajarn bertambah bilangan A dari tahun sebelumnya..

Hasilnya seorang pelajar kami terlepas dari mendapat semua A gara-gara subjek Bahasa Inggeris... 8A dan 1B.. Tahniah kepada Mohd. Asraf Al-Baqri.. JUga kepada Wan Azila wan Azaman yang mendapat 7A 3B, yang lain2 menyusul dengan 6A ( 6 orang ) kejayaan ini mungkin kecil bagi sekolah berjenama tetapi bagi kami ia sungguh besar dan beerti.

sesampai disekolah, semua guru SPM menerpa result, masing2 jelas menunjukkan kepuasan di wajah....Saya sendiri tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira. 6 Orang pelajar saya mendapat gred A dalam mata pelajaran sains pertanian. Jumlah calon semua ialah 16 orang ( 6 / 16) Lebih indah lagi tiada yang dapat D atau E. 100% lulus.. syabas anak2 muridku.... terutama kepada Nur hafifah, Azura, Mohd Faiq, ridwan, Wan Nor Bayani dan Hafizam.... kamu kebanggaan cikgu..

Kelihatan dalam gambar ibu kepada Asraf menerima keputusan SPM daripada pengetua dengan diiringi GPK. Difahamkan Asraf tidak hadir kerana "bekerja"
Monday, March 8, 2010 | By: WR

BILA UMOR MENINGKAT

Apakah yang kita harapkan dalam hidup ini bila umor kita berganjak setahun lagi? Terasa diri semakin tua? Kata orang lihat kepada aktiviti kita. Apakah bila umor menghampiri angka 50 kita masih selesa dengan aktiviti semasa umor 20 han? Lihat saja perubahan fizikal kita. kulit yang telah semakin kurang keanjalannya.... hehhee.. rambut yang telah bertukar warna dan kudrat yang semakin merosot.. kalau dulu berkebun selama 5 jam sehari tidak menjadi masalah besar malah masih boleh melakukan aktiviti lain selepas itu tetapi kini????? menukar pasu bunga 2 biji sahaja kesannya amat terasa. Banyak benar yang telah ditarik balik oleh Yang Maha Esa. Adakah kita masih tidak berfikir?

Lihat sahaja siaran Tv kita juga turut berubah. Kalau dulu masih teruja melihat program hiburan tapi kini kita lebih "nikmat" menonton program bercorak agama seperti TANYALAH USTAZ, BICARA MUFTI DAN AL-KULIAH.

Rupa2nya, kita bergerak seiring dengan umor kita...... terima kasih anakanda atas kiriman ucapan untuk ibumu ini....
Monday, March 1, 2010 | By: WR

GURU PELATIH DARI UPSI

Sekolah kami menerima 4 orang guru pelatih dari UPSI. 3 daripadanya ialah pelatih yg mengajar ERT manakala seorang sains pertanian. Yang istimewanya ialah yang mengajar ERT tu 2 daripadanya ialah lelaki.. Tapi bagi saya perkara ini takde la ganjil sangat kerana sekolah kami telah lama memiliki tenaga pengajar lelaki yang mengajar mata pelajaran yang biasanya didominasikan oleh perempuan.. bagi mata pelajaran katering dan penyajian guru nya ialah seorang lelaki.. lelaki kalau menjadi tukang masak biasanya akan lebih hebat dari perempuan...

Mereka diberikan kelas yang tidak terlibat dengan peperiksaan iaitu tingkatan 1,2 dan 4. bagi mata pelajaran sains pertanian saya sangat berpuas hati kerana pelatih menampkkan kesungguhan di mana beliau telah membuat persediaan terlebih dahulu. Beliau menyediakan buku2 rujukan sendiri. Secara kasar persiapan adalah menggalakkan. Sebagai guru pembimbing saya sangat berpuas hati melihat kesungguhan yang ditunjukkan.

Semoga pelatih2 ini menggunakan pengalaman semasa latihan mengajar ini sebaik mungkin..
Related Posts with Thumbnails