Saya sudah mencerap guru pelatih UPSI Cik Maizura Ariffin untuk kali kedua. Kali pertama P&P berlaku dalam kelas. Kali kedua pula dijalankan di makmal untuk tajuk Keperluan cahaya bagi proses fotosintesis. Saya sangat berpuas hati dengan guru pelatih ini.
Berikut ialah kekuatan Cik Maizura :
Mempunyai suara yang lantang dan jelas.
Mempunyai keyakinan yang tinggi, tidak gugup jika berlaku sedikit kesilapan.
Membuat persediaan yang baik sebelum mengajar. ( banyak membaca )
Menguasai isi pembelajaran.
Mempunyai personaliti seorang guru yang baik.
Walau bagaimanapun ada sedikit perkara yang perlu diberi perhatian. Mungkin kerana terlalu ghairah mengajar sekali sekala nampak tak “licin” proses P&P kerana penerangan semasa mengajar dah arahan untuk membuat nota bercampur aduk. Pelajar agak keliru. Namur itu hanyalah kesilapan kecil yang tidak nampak sangat kecacatannya.
3 Dari Kacamata Orang lain:
Kak Waruna,
Nampaknya UPSI pun dah mula mengeluarkan guru untuk opsyen Sains Pertanian ya? Kalau dulu hanya UPM lah satu2nya U yg ada course pendidikan Sains Pertanian. Bagus lah, ini menunjukkan bahawa subjek SP masih lagi dipandang lah...
yer Chun guru pelatih ni ambik diploma sains pertanian. harap m/pel s.pertanian tak MATI
Salam... Cikgu waruna, Saya mengenali guru pelatih tersebut. Sampaikan salam saya kepada cik Maizura. Dia merupakan rakan sekelas sya semasa d upsi....
Post a Comment