Tuesday, March 16, 2010 | By: WR

JURURAWAT PELATIH

Pada 1 mac yg lepas saya menulis tentang guru pelatih yang ditempatkan di sekolah saya. Kali ini saya terserempak pula dengan jururawat pelatih di Hospital Besut. Melihat riak wajah mereka yang masih muda dan teragak2 membuat kerja saya syak mereka ini baru kali pertama membuat praktikal di hospital.. Saya diarahkan oleh HUSM untuk mengambil contoh darah untuk mengenalpasti beberapa perkara bersabit masalah kesihatan saya. Sesampai di bilik mengambil darah mereka inilah menguruskan saya. Mereka perasan pula yg saya ni was-was pada mereka. Apa tidak nya kerut di dahi saya diperhatikan lantas salah seoarng dari mereka bertanya
" makcik takut ke?"
Saya tidak menjawab cuma senyum saja..

Saya perhatikan jururawat pelatih ini memang kurang keyakinan tiapkali dia nak menyucuk jarum ke tangan saya dia berpaling 4-5 kali ke belekang ke arah jururawat senior yang berpakaian serba coklat. Saya tak tahu apa jawatan jururawat senior itu tapi pelatih ini memangggilnya "puan" Kalau dulu tak silap saya sister pakai baju serba biru.. yang coklat ni tak tahu la jawatan apa...

dalam hati berdebar2 juga budak pelatih ni nampak takut2 nak menyucuk ke urat darah saya. Akhirnya 5 kali dicucuk masih tak dapat2 darahnya. Sakitnya boleh la tahan.... selpas kali ke enam jururawat senior berunifom coklat membantu tapi tak dapat juga? Akhirnya dipanggil seorang jururawat lain yang datang. Memang conrfirm la tak dapat diambil lagi kerana dah byk kali sgt dicucuk di situ. Akhirnya jarum berpindah ke lengan kanan saya pula...
Sekali cucuk saja darah telah dapat diambil.. lega rasanya....

Saya nampak perbezaan guru pelatih dan jururawat pelatih amat berbeza. Ye la tugas mereka tak sama. Profosyen sebagai jururawat mendambakan "amali" yang lebih banyak . Manakala guru hanya berinteraksi dengan murid. Kalau mereka boleh bercakap dengan murid dah kira ok la tu, tapi jururawat ni banyak memerlukan "perbuatan" yang kalau silap terus nampak "kegagalan"nya.

Saya sempat menjeling ke lencana yang dipakai oleh jururawat pelatih itu. Mereka ialah pelatih dari Kolej Bistari Setiu. Apa2 pun, semoga mereka akan mendapat latihan yang membolehkan mereka bertugas nanti....

10 Dari Kacamata Orang lain:

ybs said...

hal2 yg seperti ini yg membuatkan sy fobia nak ke hospital.....huhuhu

zaijb said...

salam tuan umah...

mereka perlu lebih banyak praktikal dan keyakinan....
dan saya sgt setuju ngan tuan umah... mengajar @ belajar tak sama bila kita berdepan dgn situasi yg sebenar...

ybs... haha jgn takut bior sy ambilkan..he...

ybs said...

tumpang lalu tuan rumah....

zaijab,
nak nak nak.....!!!

hehe

ybs said...

sampai tertulis taip zaijb.....sori

WR said...

hehhehe meriah rumah saya dilawati ybs dan zaijb. terima kasih ya.

mantan said...

waruna,
..........buah cempedk di luar pagar...

Anonymous said...

xcmuenyer jrurawat terlatih 2 x bagus...but perlukan mase tuk blajar lg mndalam...

Anonymous said...

nk bg komen ckit...assalammualaikum...sy pown dak kolej jururawat swasta gk...mule2 mang teruk...lme2 orait lah..nk membezakan dak kkm ngan swasta is care study...

Siti said...

salam...
sy pom pelatih jururawat gak..
under KKM..skrg ni sem 5..
mmg la bila first time nk ccuk 2 takot2 tpi bila diberi peluang sy wat yg terbaik...kita belajar dari kesilapan...
harap org rmai faham...kita student bukan saje2 nak sakitkan pesakit..
kita nak pesakit cepat2 semboh...
harap beri kepercayaan pada kami smua...terima kasih

WR said...

kpd semua anak2 jururawat pelatih, teruskan usaha sehingga menjadi jururawat yg mahir. Saya menulis hanya utk berkongsi pengalaman. saya faham kesukaran pelatih baru. pngalaman itu memahirkan kamu semua.

Related Posts with Thumbnails