Semasa ke sekolah untuk bermesyuarat ( MESYUARAT MAJLIS TADBIR ) saya terserempak dengan seorang murid 4TV yg mengambil mata pelajaran sains pertanian. Azamri. Saya bertanya kenapa dia datang ke pejabat sekolah dalam cuti ni. Dengan wajah selambanya dia menjawab .
" Saya nk bertukar ke sekolah lain "
Mmm.. nampaknya semakin berkuranglah bilangan pelajar saya. Sebelum ni Akmal hakim juga akan berpindah sekolah kerana urusan keluarga. Bagi Azamri saya tahu sebabnya kenapa nak bertukar sekolah, tapi biarlah saya simpan rahsia itu kalau boleh dikatakan rahsia.
Semenjak menjadi guru yang veteren ni, saya layan murid2 saya tidak terlalu keras tapi tetap tegas. Telah lama saya tinggalkan sikap terlalu garang dan terlalu cepat memarahi pelajar jika mereka berbuat salah. Kini saya lebih kepada pendekatan "memujuk". Saya perhatikan murid pun tidak berapa tertekan dan mereka agak rapat dengan guru. Tetapi saya pastikan mereka tidak "terlebih" dan naik kepala. Selalu juga saya selitkan sedikit motivasi tentang pengorbanan ibu bapa semasa P dan P. Saya juga berkongsi pengalaman tentang masa remaja saya yg lahir dlm keluarga "miskin" dan ini rupanya memberi kesan dlm hati mereka. Saya buktikan kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya. Hasilnya saya dapati murid2 memang rapat dengan saya dan apa yg saya suruh mereka akan ikut. Buktinya projek fertigasi saya berjalan lancar tanpa saya bersusah payah kerana adanya tenaga pelajar yg sukarela memberikan komitmen . Saya mempercayai mereka, memberi peransang dan melorongkan mereka kearah semangat bekerjasama . Kini mereka boleh menjaga tanaman fertigasi tanpa ada saya bersama. Segala aktiviti dibuat dan dilaporkan kepada saya dengan sistematik.
Azamri salah seorang dari mereka. Beliau sudi datang masa cuti untuk menguruskan kebun fertigasi. Namun, dia terjerumus juga ke masalah disiplin. Berhadapan hukuman disiplin membuatkan dia membuat keputusan bertukar sekolah. Saya menyerahkan fail kerja kursus sains pertanian kepadanya untuk diserahkan kepada guru sekolah barunya. Semasa melangkah keluar pejabat dia sempat senyum dan menganggukkan kepala kepada saya... Dalam hati saya, saya tetap positif bahawa sekiranya dia masih di SMK Pelagat, saya rasa dia masih boleh diubah.
Tak apalah muridku. Di mana saja kamu belajar sekiranya kamu mematuhi disiplin sekolah, menjaga hubungan baik dengan guru2, memberi fokus kepada pelajaran, InsyaAllah kamu akan berjaya. Tapi jika kamu tersilap langkah lagi.... kamu boleh sambung sendiri ayat cikgu itu..
Selamat belajar di sekolah baru untuk Azamri.. Muka kesian kamu itu tetap cikgu ingat..
Tak Ada Ilmu tapi Mahu Berkata2
-
Ringkas kata, orang2 yang tidak ada ilmu tentang enjin kereta tetapi mahu
juga berkata-kata atau mengajar tentang enjin kereta, maka ilmunya itu atas
...
2 Dari Kacamata Orang lain:
Salam, apa khabar? Lama sudah tidak singgah.
Saya percaya murid2 Cikgu sudah tahu membuat keputusan untuk diri masing-masing. Cuma, guru perlu sentiasa memandu mereka.
terima kasih mantan. Pelajar tkn 4 mmg ada krisis identiti.. guru perlu mempunyai kekuatan yg tinggi untuk "tackel" mereka. Mereka byk "relax" sebab takde peperiksaan awam... Kesilapan mereka ialah naik tkn 5 baru nak bersungguh..
Post a Comment