Wednesday, December 31, 2008 | By: WR

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH DAERAH BESUT

Sekolah saya sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah program untuk pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah-sekolah daerah Besut. Program motivasi itu pada asalnya akan dirasmikan oleh Dato` Seri Idris Jusoh. Tetapi beliau sekarang berada di China.


Seramai 20 orang pelajar dari setiap buah sekolah di Daerah Besut hadir menjadikan jumlahnya 160 orang peserta kesemuanya. Penganjur adalah Polis daerah Besut dengan kerjasama PPD Besut. Kami hanya menyediakan tempat manakala pengurusan program adalah kelolaan Polis.
9.00 am
Program dimulakan dengan Ceramah Motivasi oleh Penceramah Khas dari Maktab Sultan Mizan. Subhanallah! Saya amat mengkagumi cara beliau menyampaikan ceramah. menarik dan bernas.. sepanjang ceramah beliau, tidak sesaat pun saya leka mendengarnya. Beliau tidak menggunakanbantuan komputer. Hanya bermodalkan air liur, tetapi kesannya amat baik sekali. Sepanjang ceramah tidak pernah pun saya menguap!

Kemudian berhenti rehat dan minum pagi disediakan.

11.30 am
Penceramah kedua mengambil tempat. Saya tidak sempat mengikutinya kerana terpaksa membuat sedikit analisa PMR 2008 kerana esok akan dibentangkan dalam Mesyuarat JKS kali pertama. Sibuk betul minggun ini.

Program disusuli dengan jamuan tengahari dan solat zohor berjemaah. Ia berakhir pada 3.30pm.

6 Dari Kacamata Orang lain:

CikguSepajo said...

Selamat Tahub baru 2009. Tahniah kerana telah mengorak langkah awal. Semoga beroleh kejayaan.

WR said...

terima kasih cikgusepajo. Awal2 lg pelajar diberi motivasi. Mudah mudahan semangat belajar berterusan....

kembara kelana said...

selamat melangkah ke tahun 2009..cikgu. semoga mencapai matlamat tahun ini...mengenai ceramah..ada juga faktor bakat dan anugerah dalam diri penceramah itu..tak semua orang dapat berceramah dgn baik..walaupun sama level ilmunya

mantan said...

Waruna,
Bagus tu!

Al-Manar said...

Cik Gu

Secara kebetulan saya tiba disini dan ternampak posting Ptogram Motivasi Pelajar. Sejauh mana program ini memberi kesan? Saya tertanya tanya kerana tidak pernah menghadiri program ini selain mendengar nasihat guru dalam kelas.Ingin mendengar pandangan secara jujur.

WR said...

program tuh sebelum cuti, jadi ianya memberi kesedaran sebelum buka sekolah. Pelajar sekolah sy yang terlibat 20 orang sahaja. dari pemerhatian saya, yg 20 orang ni ok la. Awal2 sekolah dah buat mcm2 persediaan. Nampak lebih advance dari pelajar lain. Tapi program motivasi ni tak boleh b erhenti setakat itu saja.. perlu berterusan. Kena susul dgn motivasi lain2 jugak.

Related Posts with Thumbnails