Sunday, February 1, 2009 | By: WR

BUBUR ASYURA DI BULAN SAFAR

Setelah dua kali tertunda, akhirnya majlis bubur asyura dijalankan juga walaupun sekarang dah masuk bulan Safar. Oleh kerana perancangan telah dibuat, walaupun lewat, pengetua nak juga adakan majlis itu.
Pagi2 lagi seawal 7.00am, pelajar sudah menghidupkan api. Kayu api yang dibeli khas untuk memasak. Gas tidak digunakan.




Pelajar sibuk menguruskan bahan-bahan untuk pasukan masing-masing. Setiap kawah bubur asyura diwakili oleh badan beruniform.

Pelajar begitu seronok mengutip pengamalan membuat bubur asyura.


Akhirnya bubur asyura dipersembahkan dalam pelbagai bentuk untuk pengadilan oleh barisan pengurusan sekolah.






Bubur asyura yang siap dibungkus dan sedia diagihkan kepada semua pelajar yang hadir..

6 Dari Kacamata Orang lain:

Anonymous said...

cikgu waruna
tahniah atas usaha menjayakan majlis asyura di sekolah...tapi sedihlah dngar alunan biola ni...mcm dihiris sembilu...maklumla i ni penyedih orgnya he he

WR said...

serisuryati, kita perempuan memang cepat tersentuh.....

Puteri Azizul said...

Cg Waruna
Bagusla kalau buat Assyura ada pertandingan, murid akan bergotong royong untuk buat yang terbaik, SM memang boleh buat tapi kalai SK murid kecil tak mampu nak buat...........

Anonymous said...

cikgu wan, saya suka la makan bubur asyura, nyam nyam... tapi tak bape suka yg pekat la!

WR said...

Cikgu yusof ;
Memang ramai suka bubur asyura yang masih cair. kalau dekat kelate dipanggil "syura lembek" Dulu masa kecik2 saya selalula bawak daun pisang untuk ditadah di kawah yang belum masak.Ada sesetengahnya bawa tempurung kelapa (yg telah dibersihkan)

Cikgu Chun said...

Saya masih ingat lagi semasa sekolah dulu, tiap2 tahun mesti buat bubur Assyura. Then, semua tingkatan akan terlibat dan mempunyai jadual untuk menjaga api masing2. Biasanya pihak sekolah akan pergi meminjam kawah (kuali besar) daripada surau dan masjid2 yang berhampiran. Memang seronok, tapi sekarang ni kat sekolah saya kerja tak pernah buat pun. Ada sekali tu pernah buat bubur lambuk je.

Related Posts with Thumbnails