Thursday, February 26, 2009 | By: WR

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA

Hari ini warga SMK Pgt mendapat khbar gembira tentang pencapaian atlet2 kami yang turut menyertai Kejohanan Olahraga Peringkat daerah Besut 2009. Kemungkinan menduduki tangga teratas dari segi pungutan mata. Dan yang paling membuat pengetua tersenyum lebar, seorang atlet kami telah dinobatkan sebagai Olahragawan kategori Lelaki 18 iaitu Mohd. Khairul Azhar. SYABAS!!
Wednesday, February 18, 2009 | By: WR

KEJOHANAN OLAHRAGA 2009 (HARI KE DUA)

Kuda Padi yang didatangkan khas oleg GPK penyeri perbarisan rumah sukan.

Tetamu dari PPD Besut Pn Hjh Wan Norlela datang untuk merasmikan majlis ini..













tahun ini sambutan lebih meriah, setiap rumah cukup kreatif... tak sempat la pulak nak ambil gambar khemah yang dihias dengan pelbagai gaya...Tapi sayang... ia dicemari dengan sedikit insiden kurang enak..... ada yang terlebih emosi bila pasukan rumahnya tidak terpilih sebagai pemenang acara pertandingan perbarisan. tak ada semangat kesukanan...
pemenang perbarisan : RUmah Dato Bahaman
tempat kedua : Mat Kilau
tempat ke tiga : Tok Janggut
tempat ke empat : Mat Salleh







Tuesday, February 17, 2009 | By: WR

KEJOHAHAN OLAHRAGA 2009

Hari ini bermula Kejohanan Olahraga peringkat sekolah. Cuaca panas terik. Padang sekolah telah dihias seadanya dua hari yang lepas lagi.


Saya ambil gambar ini dari jarak jauh, tak larat rasa nya nak ke tengah padang, cuaca terlalu panas... budak-budak kalau dah minat, tak kira cuaca, semangat kuat..
Sambil itu penyampaian hadiah sebahagian acara telah diadakan.... acara padang dan balapan
Guru-guru pula sibuk menghias khemah rumah masing-masing, Esok PPD akan datang merasmikannya. Pelajar juga telah bersiap sedia dengan raptai perbarisan kerana esok upacara itu akan dipertandingkan....



Monday, February 16, 2009 | By: WR

FERTIGASI DAN HIDROPONIK

Ini menanam kaedah fertigasi... tanaman ditanam dalam polibeg dan pengairan diberi secara bersepadu dengan baja melalui kaedah titisan. Nutrien dialirkan ke pokok melalui paip poli dari tangki ke pangkal pokok dalam polibeg.

ini kaedah hidropinik takung yang pernah saya buat di sekolah. Hidroponik takung senang saja.. larutan nutrien diletak dalam takung dan benih sayuran disemai dalam bakul kecil di mana bila besar akarnya mencecah nutrien tersebut. kalau hidroponik NFT kompleks sikit..



Antara OpsMe dan Osme

Saya berkira-kira samada untuk menulis tentang tajuk ini atau tidak. Ianya sangat melucukan bagi saya, namun saya takut guru yang "terlibat" membacanya dan berkecik hati. Dia saya anggap adik dan rakan sejawatan.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh beliau semasa kami menghadiri kursus ikan keli tempoh hari. baru hari ini saya tergerak untuk menulisnya... sebelum menulis pun saya sudah tersenyum simpul dan gelihati...

Cikgu H, masih muda, ceria dan berkebolehan. Dia baru berpindah ke daerah Besut ini. tapi saya sudah lama mengenalinya melalui kursus dan mesyuarat mata pelajaran di peringkat JPNT. Dia memulakan cerita..

"kak, saya kena ngajar sains la kat sekolah baru ni" Dia memulakan cerita dengan penuh mesra.
" Saya tak tahu apa pun mata pelajaran ni, tak pernah mengajar sains sejak bertugas sebagai guru" Saya diam je mendengar penuh minat. Saya pernah mengajar sains dan menghadiri kursus eTeMs.

"pulak tu saya kena mengajar sains ting 1 kelas yang cerdik" sambung beliau lagi.
"nak jadikan cerita GPK jumpa saya dan beritahu ada pemantauan untuk guru yg mengajar sains dari JPN "
"GPK kata pegawai dari JPNT nak observe saya. Dia suruh saya mengajar kaedah Osme"
" Saya tidak berapa jelas tentang kaedah tu.. tapi buat2 tahu la...., dalam diam saya tertanya2 apa kaedah osme tuh yang nak ditengok oleh JPN"

"saya dapat satu akal, tanpa buang masa saya pergi jumpa Cikgu Osman ( sebutan Besut Osme) dan bertanya kepada beliau apa kaedah yang beliau gunakan sehingga GPK suruh saya ajar murid2 menggunakan kaedah beliau"

" Cikgu Osman(Osme) tuh ngejar seni.... dia pun tercengang.... kenapa la GPK suruh Cikhu H ni guna kaedah mengajar cara dia....."
" Ada guru yang mendengar perbualan saya dengan Osman, dia faham apa yang GPK maksudkan iaitu OpsMe dan bukannya Osme."

"Berderaila gelak mereka...... malunya saya...... "

Saya pun turut ketawa mendengar ceritanya..... dia silap faham.....
Friday, February 13, 2009 | By: WR

KURSUS PEMBIAKAN IKAN KELI EKSOTIK

Ini adalah kursus pertama pada tahun 2009. Seramai 28 guru sains pertanian seluruh Terengganu menghadirinya selepas mesyuarat Perubahan Konstruk. Ia bertempat di SMK Wakaf Tapai, Terengganu. SMK Wakaf Tapai mempunyai mata pelajaran MPV ( Akuakultur).
Antara takung ikan di bengkel.

Ikan betina dipilih untuk ditimbang dan disuntik hormon. ( Suntikan dilakukan waktu malam-10pm)
Ikan ditimbang beratnya


menyuntik hormon ovaprim


Keesokan harinya, di awal pagi (7.00am) Induk jantan di bedah untuk dikeluarkan telurnya- untuk mendapatkan sperma.




telur yang disenyawakan diletakkan dalam takung penetasan.






video menyntik hormon ovaprim


Kursus ini tidaklah sehebat kursus di Perlok yang lalu.

Tuesday, February 10, 2009 | By: WR

Mesyuarat Perubahan Konstruk kerja Kursus Sains Pertanian

TARIKH : 11, 12 & 13 FEBRUARI
TEMPAT : BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Seramai 28 orang guru seluruh Terengganu terlibat.
Sunday, February 8, 2009 | By: WR

PERHIMPUNAN MINGGUAN

1. memaklumkan kepada murid tentang kematian bekas pengetua Tn Hj Ab Sattar Khan. Pengetua SMK Pelagat ( 1997 - 2003 ) Menghadiahkan fatihah kepada arwah.

2. memaklumkan kepada pelajar prestasi memberangsangkan atlet sekolah dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah dan negeri. 3 orangpelajar SMK Pelagat terpilih mewakili daerah dan membawa pulang medal. Dalam peringkat daerah sekolah telah mencapai kedudukan naib johan keseluruhan. Kategori 18L menjadi Johan, 15P naib Johan. Peserta lelaki 18 menggongdol tempat kedua. Penyampaian pingat diadakan.

3. Merakamkan ucapan terima kasih kepada warga sekolah yang telah menjayakan program Bubur Asyura.

4. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan bubur asyura:

Johan : Unit Pandu Puteri & JPAM
N/Johan : PBSM
Ketiga : Puteri Islam

5. Memaklumkan kepada pelajar kejohanan Olahraga akan diadakan pada 17 - 18 Februari
Saturday, February 7, 2009 | By: WR

AL-FATIHAH....

Pagi ini saya terima satu lagi berita kematian. Kali ini bekas pengetua sekolah saya Tuan Hj. Ab. Aziz Sattar Khan. Beliau merupakan satu2nya pengetua LELAKI sekolah saya kerana yang lain2 semuanya perempuan. Beliau ketika menjawat jawatan pengetua seorang yang tidak banyak cakap dan suka membuat kerja tanpa menyuruh sesiapa. Malah surat menyurat pun dia taip sendiri. Beliau lebih mementingkan hal akedemik berbanding sesetengah pengetua yang suka nama sekolah disebut2...Beliau lebih suka nama sekolah dijulang kerana akademik dan bukan kerana perkara remeh. beliau paling tidak suka majlis-majlis atau aktiviti yang membuatkan murid menjadi tidak terurus.

Sebelum beliau bersara, beliau diserang penyakit beguk dan mendapat rawatan di HUSM. Selepas bersara, beliau sakit yang mana beliau kadang2 semasa membawa kereta sering lupa jalan pulang. pernah juga kemalangan. Tetapi beberapa bulan yang lepas, dia dilaporkan sudah sehat dan boleh memandu semula.
Tuesday, February 3, 2009 | By: WR

MENANTI BANGUNAN BARU SIAP

Sekolah saya akan menikmati pelbagai kemudahan selepas bangunan baru siap. Kami akan mendapat bangunan pentadbiran yang baru, juga makmal dan 12 bilik darjah. Dengan ini tiada lagi bilik darjah yang menumpang di bilik2 khas seperti bilik tayangan.


Malangnya... bangunan ini sepatutnya siap bulan JULAI 2008. Setelah itu perjanjian dibuat semula dan tarikh siap baru disasarkan pada bulan DESEMBER 2008 pula.. Sekali lagi kontraktor tidak menepati masa dan kini menghadapi denda ( dengarnya RM1000 lebih sebulan ) kerana gagal menyiapkannya pada masa yhang dijanjikan.
Pengetua berangan=angan dapat menggunakan bangunan itu selewat2nya bulan JUN selepas cuti pertengahan tahun.
Saya sempat melihat bangunan itu dari bahagian hadapan dan memang amat cantik sekali. Buat masa ini jalan masuk ke sekolah menggunakan jalan belakang. Sekolah kami merupakan sekolah yang paling akhir mendapat bangunan "feshen lama". kini walaupun belum siap , dari hadapan ia tersergam indah...
Monday, February 2, 2009 | By: WR

MESYUARAT LAGI...

1. Hari ini pukul 2.30 pm akan diadakan mesyuarat Pasukan PMR kali pertama/JKS kali ke 3. Tahun ini penyelaras PMR adalah muka baru. Orang yang masih muda dan bertenaga. Biasanya kalau KEPALA baru tentu bawa perubahan. Jangan takut kepada bayangan penyelaras yang lepas dan jangan terikut2 gaya penyelaras yang lepas walaupun kita tahu penyelaras lepas sangan HEBAT. Ikut gaya sendiri.

2. Esok mesyuarat dengan kakitangan sokongan. Banyak benda yang nak dibincangkan. Semenjak pekerja swasta datang tidak nampak keberkesanan kerja. Sebab : bekerja dengan "berkira". Telah lama perkara ini diperhatikan. Dari pekerja di pejabat, makmal hingga la ke tukang kebun. Tiap2 tahun ada-ada saja masalah. Pernah sehingga nak jadi "perang dunia" gara-gara tidak puas hati dalam tugas masing-masing. Kerja berasaskan dengki bukan kerja sebagai amanah yang perlu diselesaikan.

* Esok guna jadual baru ( Perubahan kali kedua )
Sunday, February 1, 2009 | By: WR

BUBUR ASYURA DI BULAN SAFAR

Setelah dua kali tertunda, akhirnya majlis bubur asyura dijalankan juga walaupun sekarang dah masuk bulan Safar. Oleh kerana perancangan telah dibuat, walaupun lewat, pengetua nak juga adakan majlis itu.
Pagi2 lagi seawal 7.00am, pelajar sudah menghidupkan api. Kayu api yang dibeli khas untuk memasak. Gas tidak digunakan.




Pelajar sibuk menguruskan bahan-bahan untuk pasukan masing-masing. Setiap kawah bubur asyura diwakili oleh badan beruniform.

Pelajar begitu seronok mengutip pengamalan membuat bubur asyura.


Akhirnya bubur asyura dipersembahkan dalam pelbagai bentuk untuk pengadilan oleh barisan pengurusan sekolah.






Bubur asyura yang siap dibungkus dan sedia diagihkan kepada semua pelajar yang hadir..

Related Posts with Thumbnails