Saya berkira-kira samada untuk menulis tentang tajuk ini atau tidak. Ianya sangat melucukan bagi saya, namun saya takut guru yang "terlibat" membacanya dan berkecik hati. Dia saya anggap adik dan rakan sejawatan.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh beliau semasa kami menghadiri kursus ikan keli tempoh hari. baru hari ini saya tergerak untuk menulisnya... sebelum menulis pun saya sudah tersenyum simpul dan gelihati...
Cikgu H, masih muda, ceria dan berkebolehan. Dia baru berpindah ke daerah Besut ini. tapi saya sudah lama mengenalinya melalui kursus dan mesyuarat mata pelajaran di peringkat JPNT. Dia memulakan cerita..
"kak, saya kena ngajar sains la kat sekolah baru ni" Dia memulakan cerita dengan penuh mesra.
" Saya tak tahu apa pun mata pelajaran ni, tak pernah mengajar sains sejak bertugas sebagai guru" Saya diam je mendengar penuh minat. Saya pernah mengajar sains dan menghadiri kursus eTeMs.
"pulak tu saya kena mengajar sains ting 1 kelas yang cerdik" sambung beliau lagi.
"nak jadikan cerita GPK jumpa saya dan beritahu ada pemantauan untuk guru yg mengajar sains dari JPN "
"GPK kata pegawai dari JPNT nak observe saya. Dia suruh saya mengajar kaedah Osme"
" Saya tidak berapa jelas tentang kaedah tu.. tapi buat2 tahu la...., dalam diam saya tertanya2 apa kaedah osme tuh yang nak ditengok oleh JPN"
"saya dapat satu akal, tanpa buang masa saya pergi jumpa Cikgu Osman ( sebutan Besut Osme) dan bertanya kepada beliau apa kaedah yang beliau gunakan sehingga GPK suruh saya ajar murid2 menggunakan kaedah beliau"
" Cikgu Osman(Osme) tuh ngejar seni.... dia pun tercengang.... kenapa la GPK suruh Cikhu H ni guna kaedah mengajar cara dia....."
" Ada guru yang mendengar perbualan saya dengan Osman, dia faham apa yang GPK maksudkan iaitu OpsMe dan bukannya Osme."
"Berderaila gelak mereka...... malunya saya...... "
Saya pun turut ketawa mendengar ceritanya..... dia silap faham.....
Tidak Belajar, Memang Akan Terasa Sudah Ok
-
Tidak berguru, tidak belajar, tidak mengamal dan tidak mendalami keempat2
tiang agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah) atau mana2 satu tiang,
m...
0 Dari Kacamata Orang lain:
Post a Comment