Tuesday, February 3, 2009 | By: WR

MENANTI BANGUNAN BARU SIAP

Sekolah saya akan menikmati pelbagai kemudahan selepas bangunan baru siap. Kami akan mendapat bangunan pentadbiran yang baru, juga makmal dan 12 bilik darjah. Dengan ini tiada lagi bilik darjah yang menumpang di bilik2 khas seperti bilik tayangan.


Malangnya... bangunan ini sepatutnya siap bulan JULAI 2008. Setelah itu perjanjian dibuat semula dan tarikh siap baru disasarkan pada bulan DESEMBER 2008 pula.. Sekali lagi kontraktor tidak menepati masa dan kini menghadapi denda ( dengarnya RM1000 lebih sebulan ) kerana gagal menyiapkannya pada masa yhang dijanjikan.
Pengetua berangan=angan dapat menggunakan bangunan itu selewat2nya bulan JUN selepas cuti pertengahan tahun.
Saya sempat melihat bangunan itu dari bahagian hadapan dan memang amat cantik sekali. Buat masa ini jalan masuk ke sekolah menggunakan jalan belakang. Sekolah kami merupakan sekolah yang paling akhir mendapat bangunan "feshen lama". kini walaupun belum siap , dari hadapan ia tersergam indah...

4 Dari Kacamata Orang lain:

chehassan said...

Tahniah dan syabas, rajin update blog. Bagus, satu perkongsian yang baik kepada orang2 yang ingin berkongsi. Biasalah tu, janji orang Melayu. Sabarlah, siap awal kalau takda kualiti apa maknanya. Terima kasih kerana sering berkunjung ke blog saya yang baru belajar jadi bloger.

Cikgu Chun said...

Sekolah saya pun tengah buat bangunan baru jugak skrg ni, dah sparuh siap dah. Kalau ikut jadual mereka, bulan 6 ni dah kena siap dah. Bangunan baru ini lebih kepada makmal sains je, selebihnya adalah kelas2, dan apa yang pastinya, tahun depan sekolah saya akan jadi 1 sesi dah. Masalahnya sekolah di FELDA ni ialah enrolmen pelajar semakin berkurangan setiap tahun...mana2 FELDA pun sama je saya rasa.

kembara kelana said...

ada banyak sangat sampah dalam projek kerajaan, termasuk penguatkuasaannya, sekolah felda semakin mengecil enrolmennya tapi bila minta laporan unjuran enrolmen gb dan pengetua duk hantar enrolmen menaik,,tak reti buat unjuran secara saintifik, guna kepala otak dan logik berkarat..dari data emis, unjuran dapat dibuat secara saintifik..tu sebab eprd mencadang suapya tambah bangunan, haii entahlah ..semua sektor menyumbang kepada nasib malang kita di malaysia..so far aku selalu posting sekolah premier.. sdad 1964 [ student] mmpknp bawah bukit besar trengganu, maktab tua, smaj hulu langat sekolah tahun 1960, skp 1917 dan sekarang skj 1957.. bab bangunan lusuh dan lama ni dah jadi sebahgian dari kehidupan aku wan...dah nasib badan nak buat camana..apapun sekolah umpama belon, angin didalamnya yang menentukan belon tu naik atau tidak..pengisian dalam sekolah tu..pengisian dalam hati dan jiwa anak didik kita tu..priority kita.

chehassan said...

Sakan hang Sop. Macam pegawai kementerian bagi komen. tapi aku tahu hang memang ada maklumat tu dan hang ada bakat. Tapi awas, mesti mengelak ke PPD atau JPN, selagi tak dapat 44. Kan gitu sop?

Related Posts with Thumbnails