Monday, February 2, 2009 | By: WR

MESYUARAT LAGI...

1. Hari ini pukul 2.30 pm akan diadakan mesyuarat Pasukan PMR kali pertama/JKS kali ke 3. Tahun ini penyelaras PMR adalah muka baru. Orang yang masih muda dan bertenaga. Biasanya kalau KEPALA baru tentu bawa perubahan. Jangan takut kepada bayangan penyelaras yang lepas dan jangan terikut2 gaya penyelaras yang lepas walaupun kita tahu penyelaras lepas sangan HEBAT. Ikut gaya sendiri.

2. Esok mesyuarat dengan kakitangan sokongan. Banyak benda yang nak dibincangkan. Semenjak pekerja swasta datang tidak nampak keberkesanan kerja. Sebab : bekerja dengan "berkira". Telah lama perkara ini diperhatikan. Dari pekerja di pejabat, makmal hingga la ke tukang kebun. Tiap2 tahun ada-ada saja masalah. Pernah sehingga nak jadi "perang dunia" gara-gara tidak puas hati dalam tugas masing-masing. Kerja berasaskan dengki bukan kerja sebagai amanah yang perlu diselesaikan.

* Esok guna jadual baru ( Perubahan kali kedua )

6 Dari Kacamata Orang lain:

Anonymous said...

salam pekerja di sekolah kami pun sama..pagi log in masuk kerja sekejap, lepas tu hilang..bila dah dekat 4.30 petang baru nak tunjuk muka untuk log out..entahlah, dah selalu dipanggil, tapi pihak yang berautoriti (pentadbir) masih gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya.

CikguSepajo said...

Tahniah, Terengganu memang hebat, nampak gaya pecah rekod sendiri dlm PMR tahun ni.

mantan said...

1.Apa saja program yang dirancang perlu menepati kehendak semasa, bukan 'siaran ulangan'.

2.Kebanyakan pekerja swasta lebih komited kepada "towkey"/majikan yang membayar gaji kepadannya. Pentadbir perlu 'attack' towkeynya. Bukannkah ada syarat dan spesifikasi kerja seperti dalam "surat perjanjian"?.

Jika kerja tidak memuaskan, towkeynya boleh dikenakan 'denda'.

WR said...

terima kasih cikgu wahab,
1.Jemu juga ye kalau asyik nengok siaran ulangan je.

2. Pekerja swasta ni kalau kerja tidak siap selalu memberi alasan majikannya tak beri alatan yang cukup.Contoh kalau rumput dah panjang tak bermesin dia kata mesin rumput rosak tokeh tak baiki. Bila tanya majikan pula, dia kata pekerja tidak beritahu tentang mesin rosak. Saling menuding.

Cikgu Chun said...

Sebut mengenai staf sokongan ni, rasanya sek saya pun teruk! Time kerja dok lepak dalam bilik rezo je. Then, nak gunakan kemudahan pejabat pun susah, padahal bukan harta dia. Time berurusan dengan mereka macam nak berurusan dengan Datuk2, punyalah banyak songel. Semua cikgu bengang...Agaknya mereka ni tak cukup kursus kot? Kita yang jadi cikgu pun pandai hormat mereka walaupun pangkat kita lebih tinggi daripada mereka.

kembara kelana said...

mesyuarat terbaik ialah..mesyuarat yang dua orang dengan seorang daripadanya tak hadir...memang berjalan lancar punya

Related Posts with Thumbnails