Monday, March 30, 2009 | By: WR

MESYUARAT PIBG KALI KE 17

Sebaik sahaja minggu pertama selepas cuti bermula, sekolah agak sibuk. Selepas Majlis Maulidurrasul, kami warga SMK Pelagat menjalani Kurus LDPpada sabtu lepas. Dan, hari ini satu lagi majlis diadakan iaitu Mesyuarat Agong PIBG. Majlis turut diserikan persembahan pelajar iaitu Nasyid.....dan.. Persembahan Dikir Barat
Kemudian, mesyuarat dijalankan. Seperti biasa kehadiran adalah agak baik walaupun tiada tokok besar yang dijemput kali ini. PPD yang hadir merasmikannya. Pada kebiasaannya sekolah menjemput Yang Berhormat Dato Idris Jusoh ( telah 3 tahun beliau datang ).
Pengetua pula agak sibuk kerana esok beliau akan berangkat mengerjakan umrah.

Tuesday, March 24, 2009 | By: WR

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

Tarikh : 24 Mac 2009 ( Selasa )
Tempat : Dewan Besar SMK Sultan Omar, Dungun.
Masa : 9.30 am - 2.00 pm
Pengerusi : Dr. Haji Ab. Rahman bin Mat

Saya bersama-sama 3 lagi rakan GKMP Votek dari SMK Bukit Payung, SMKPNZ dan SMK Jabi bertolak ke Dungun seawal 6.40 pagi. Maklumla Dungun memakan masa 3 jam dari Besut. Kami sampai lebih kurang pukul 9.15am.Selepas mendaftar kami mengambil sarapan yang telah disediakan.

Agenda :

  1. Amalan P&P berkesan mata pelajaran Bidang Votek - oleh Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti.
  2. Peranan Ketua Bidang VOTEK
  3. Hal-hal lain.

Selesai mesyuarat, kami makan tengahari. Singgah solat di masjid Dungun dan bertolak pulang. Sampai ke rumah dalam pukul 5.30 pm. Anak menegur, jauhnya emak bermesyuarat..
Sunday, March 22, 2009 | By: WR

PERHIMPUNAN AHAD

Semalam hujan lebat lagi, pagi ini berhenti dan perhimpunan pertama selepas cuti diadakan. saya ke sekolah dengan kepala masih berkecamuk dengan hal2 keluarga di kampung. Ada sedikit yang belum beres. Perhimpunan pagi ini agak TEGANG bila Pengetua tiba-tiba naik angin gara-gara segelintir pelajar yang biadap semasa perhimpunan.

Selepas pelajar beredar dari tempat perhimpunan, pengetua memberi taklimat kepada semua guru:

  1. pelajar datang ke kelas tambahan masa cuti berpakaian tidak sesuai ( pakai pakaian macam nak pergi kenduri ) - sepatutnyapakai baju sekolah.
  2. terdapat segelintir guru yang belum membereskan BUKU RINGKASAN MNGAJAR - maklumat diri dan senarai nama pelajar tidak ditulis
  3. Segelintir guru belum menghantar buku nota pelajar untuk disemak oleh ketua bidang.
  4. peranan guru dalam menegur salah laku pelajar
  5. guru sebagai model kepada pelajar
Friday, March 20, 2009 | By: WR

DEMAM..

Mungkin kerana terlalu sibuk dan tidak henti ke sana kemari.. badan jadi lemah dan entah mengapa selepas majlis menghantar menantu kakak saya pada selasa lepas menyebabkan badan sakit-sakit dan demam. Demam berlanjutan hingga semalam. namun selepas makan ubat dan rehat semalaman saya gagahkan diri juga ke rumah kakak sulong saya di Machang pula kerana beliau mengadakan majlis maulidurrasul. Apa nak buat kakak yang buat, kalau orang lain dah lama saya tak layan. Kalau ikutkan hati memang la badan masih lemah. Tetapi kalau tak hadir, apa pula kata beliau. Kenduri rumah kakak di Tanah Merah dapat pergi, ini di Machang kalau tak hadir tak kena rasanya. maklumla dua-dua kakak saya ini cukup rapat dengan saya berbanding aidk beradik lain ( kami 9 beradik)..... Tapi kalau dah berada di tempat kenduri faham-faham saja lah...tak ada masa rehat nya.. bimbang pula takut-takut demam datang kembali.

Malam tadi saya pulang dari rumah kakak jam 11.30pm dan sampai ke Jerteh dalam pukul 12.00pm. Saya rehat puas-puas. Tidur dengan lena dan pagi ini saya bangun dengan lebih segar. Alhamdulillah.. harap sebelum sekolah dibuka semula ahad ini, saya dapat ke sekolah dengan penuh bertenaga. Bila fikir sekolah, teringatla pula keputusan peperiksaan SPM yang tidak menggembirakan hati saya. Baru2 ini semasa keputusan keluar saya tak sempat nak mencacatnya kerana kesibukan lain. Keputusan mata pelajaran Sains Pertanian yang saya ajar tidak membanggakan.... malas nak komen... Karang demam lagi...
Monday, March 16, 2009 | By: WR

CUTI YANG SIBUK

Sebelum cuti lagi dah sibuk...
  1. KHAMIS 12 mac2009 -Hari terakhir sekolah- semasa dalam perjalanan ke PPD untuk mengambil keputusan SPM kerani sekolah menelefon yang wakil JPN ( UNit Votek) akan melawat sekolah. Lepas hantar seorang lagi kawan ke PPD, saya terus balik ke sekolah. Sebelum tu dah telefon anak-anak buah untuk memaklumkan kedatangan wakil JPN. Sesampai di sekolah, mereka dah tiba ( En. Sharudin dan En Zafridin) Mereka dilayan oleh GPK Pentadbiran. Semua di periksa termasuk semua buku persediaan mengajar guru, nota pelajar, fail panitia, fail kerja kursus dan tidak ketinggalan "observe" seorang guru... Pukul 1.30 baru selesai. Saya tinggal kan mereka sekejap untuk melihat keputusan SPM.... tak ada yg dapat straight A. pelajar terbaik Hafizudin (8A)
  2. JUMAAT 13 mac 2009 - Awal pagi lagi terus ke rumah kakak di Tanah Merah Kelantan kerana anak sulongnya akan berkahwin. Banyak perkara kena buat........ malamnye tidur lewat.
  3. SABTU 14 mac 2009 - Bangun seawal 5 am. hari ini la jemputan kawin sampai. Tak menang tangan buat itu ini... bereskan hantaran, lauk pengantin, dsb.... kepenatan..
  4. AHAD15 mac 2009 - Ke HUSM untuk temu janji klinik O&G. Alamak... jalan jam teruk. Dah la hujan! sampai lewat dalam pukul 2.30pm. ramai nye orang kat HUSM. Pukul 5.00pm baru nama saya dipanggil..... pukul 5.30 baru selesai tapi farmasi sudah ditutup, jadi saya naik ke tingkat 3 untuk ambil ubat di farmasi wad. Penat sungguh... Pukul 7.45pm baru sampai dirumah.... keletihan..
Monday, March 9, 2009 | By: WR

AIR KELAPA ASLI

SALAM MAAL HIJRAH....
Semalam saya lewat pulang ke rumah kerana mencetak jadual baru yang diedarkan kepada guru-guru. Ini dah kali ke 4 tukar jadual kerana sekolah mendapat 2 orang lagi GSTT menjadikan 4 orang semuanya. Terpaksa lah dibuat jadual baru. Anak saya merungut kerana lama menunggu di garaj kereta. Dia bersungut nak berbasikal ke sekolah. Saya memujuknya supaya tidak berbasikal ke sekolah. Bimbang juga dalam perjalanan terjadi apa2. banyak perkara yg tidak enak didengar sekarang ini, takut pula terjadi BULI atau dicederakan. Saya menjadi takut.. kalau2 terjadi pada anak saya... anak saya pun masih kecil ( tingkatan 1 )

Dalam usaha memujuknya ke sekolah bersama saya.. saya memikatnya dengan membeli air kelapa muda yang tersohor di Padang Luas.. air kelapa asli yang tidak dicampur gula..Dibuat depan mata pelanggan dan bukan disimpan dalam bekas seperti yang dijual oleh kebanyakan peniaga... Manisnya asli! tambah pulatidak ditambah ais! ( saya sudah lama tidak menghirup minuman berais) Anak saya memang suka sangat air kelapa muda.. apa lagi saya cakap kalau ke sekolah dengan mak, hari-hari boleh minum air kelapa muda.. dia pun sengeh. Dia tahu mak dah rasuah dia....

Hari ini, semasa makan tengahari, dia mintak belikan lagi air kelapa muda. Saya ikutkan saja..
Sunday, March 8, 2009 | By: WR

LAWATAN OLEH PDRM & PROGRAM "DEAR"

Perhimpunan hari ini :


  1. Sekolah dikunjungi oleh wakil PDRM. Ucapan oleh wakil PDRM untuk memaklumkan kepada murid tentang pemantauan polis ke atas SMK Pelagat berikutan rekod polis berkaitan salah laku pelajar seperti ponteng, bergaduh, penyalahgunaan dadah, buli dan sbgnya. Mulai hari ini SMKP akan selalu dipantau oleh polis yang bertugas.
  2. Program DEAR diterangkan oleh Penyelaras Pusat Sumber : En.Azmi Muhammad.
  3. Hari ini juga pelajar tingkatan 4 akan menghadapi Ujian TOV

* Surat dari PPD memaklumkan tentang keputusan SPM yang akan dikeluarkan pada 12 mac 2009 (khamis)

*Sijil MPV 2009 telah diambil dari PPD

Friday, March 6, 2009 | By: WR

GOTONG ROYONG KEBERSIHAN SELURUH NEGERI TERENGGANU

Hari ini semua penduduk Terengganu diarahkan membuat gotong royong. Tak kira la sekolah, kampung, atau apa saja institusi digalkkan keluar untuk membersihkan kawasan masing2. Tak terkecuali la sekolah saya.... Sebelum gotong royong diadakan murid-muris diberi taklimat..
Wah! ni nak keje ke nak posing...... Cikgu Jee dan anak buah nya.
Pelajar 4EP rajin membersihkan kelas..... sampaikan kipas siling pun dilap hingga bersinar-sinar
membuang rumpai dalam pasu bunga...
Amboi, Cikgu Nazifah rajin nya...
Selepas selesai.. semua yang hadir dijamu dengan mihun goreng dan air sirap....
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT



Wednesday, March 4, 2009 | By: WR

CUTI HARI PERTABALAN SULTAN TERENGGANU

Gembira bila hari cuti. Dapatla melakukan tugas2 sebagai seorang isteri dan ibu. Rumah dikemaskan dan kain2 kotor dibasuh awal pagi. Sarapan pagi pun dibuat sendiri.
Esok sekolah satu hari lagi kemudian jumaat dan sabtu cuti hujung minggu. Tapi, hari Jumaat ni ada program la....... "Cleanup Day 2009" untuk seluruh negeri Terengganu.
Tuesday, March 3, 2009 | By: WR

HADIAH HARI JADI DARIPADA HONDA

KAD hari jadi.....

Sarung telefon





HUJAN OH HUJAN

Pagi ini ke sekolah meredah hujan. Sejak 2 hari lepas hujan tak henti-henti seolah-olah dalam musim banjir... kawasan hadapan pejabat sekolah bertakung air. Cuaca gelap gelita macam waktu subuh. terpaksala pasang lampu kereta. Minggu lepas panas terik semasa temasya olahraga diadakan, tetiba minggu ini hujan...

Sampai saat ini, hujan reda cuma turun rintik2. Guru-guru sibuk pula menyediakan soalan TOV untuk tingkatan 1,2 dan 4. Ketua2 panitia pula bersiap sedia dengan bilik khas mereka dan fail panitia dikemaskinikan.. maklumla ada siaran lawatan nazir / JPNT / PPD Besut bermula mac..
Sunday, March 1, 2009 | By: WR

PERHIMPUNAN YANG SYAHDU...

Ada beberapa sebab mengapa saya menulis tentang perhimpunan yang syahdu..

1. Semasa perhimpunan minggu ini, hujan turun rintik-rintik.. seolah-olah "SALJI" turun. Walaupun sekumpulan pelajar bising, namun setelah GPK Pentadbiran masuk bersama barisan pelajar, suasana terkawal.. Betullah... dengan susuk tubuh GPK yang tinggi besar.. pelajar tidak berani buat hal... keistimewaan dia... Dengan hanya turut serta berbaris bersama pelajar, dia dapat mengawal keadaan.. Namun hujan tidak berpanjangan. Romantis dan syahdu gerimis ini rupanya... Kemudian rintik-rintik hujan mulai berkurangan dan suasana kembali normal.

2. Tambah syahdu bila acara perasmian Program NILAM dilancarkan oleh pengetua. BIla saja pengetua selesai merasmikannya, kilauan kertas2 kecil warna warni turun bertaburan ke pentas guru.. macam pelangi... Kemudian diikuti tepukan pelajar yang kagum dengan kreativiti guru yang mencipta suasana itu..

3. Lebih bertambah manis, perhimpunan pagi ini diserikan lagi dengan penyampaian semula medal kepada olahragawan sekolah yang telah mencapai kejayaan dalam MSSDB minggu lepas. Tedpukan gemuruh buat Khairul Azhar pemenang 4 pingat emas untuk dirinya bagi membantu sekolah mencapai kejayaan. Dia kini bergelar Olahragawan Daerah Besut! Namun.. tahu-tahu sajalah.. bagi sekolah kampung yang tidak sehebat mana seperti sekolah kami... pelajar yang cemerlang dalam SUKAN adalah pelajar yang sedikit bermasalah dan kurang bagus dalam pencapaian akademiknya.....
Related Posts with Thumbnails