Mungkin kerana terlalu sibuk dan tidak henti ke sana kemari.. badan jadi lemah dan entah mengapa selepas majlis menghantar menantu kakak saya pada selasa lepas menyebabkan badan sakit-sakit dan demam. Demam berlanjutan hingga semalam. namun selepas makan ubat dan rehat semalaman saya gagahkan diri juga ke rumah kakak sulong saya di Machang pula kerana beliau mengadakan majlis maulidurrasul. Apa nak buat kakak yang buat, kalau orang lain dah lama saya tak layan. Kalau ikutkan hati memang la badan masih lemah. Tetapi kalau tak hadir, apa pula kata beliau. Kenduri rumah kakak di Tanah Merah dapat pergi, ini di Machang kalau tak hadir tak kena rasanya. maklumla dua-dua kakak saya ini cukup rapat dengan saya berbanding aidk beradik lain ( kami 9 beradik)..... Tapi kalau dah berada di tempat kenduri faham-faham saja lah...tak ada masa rehat nya.. bimbang pula takut-takut demam datang kembali.
Malam tadi saya pulang dari rumah kakak jam 11.30pm dan sampai ke Jerteh dalam pukul 12.00pm. Saya rehat puas-puas. Tidur dengan lena dan pagi ini saya bangun dengan lebih segar. Alhamdulillah.. harap sebelum sekolah dibuka semula ahad ini, saya dapat ke sekolah dengan penuh bertenaga. Bila fikir sekolah, teringatla pula keputusan peperiksaan SPM yang tidak menggembirakan hati saya. Baru2 ini semasa keputusan keluar saya tak sempat nak mencacatnya kerana kesibukan lain. Keputusan mata pelajaran Sains Pertanian yang saya ajar tidak membanggakan.... malas nak komen... Karang demam lagi...
Tidak Belajar, Memang Akan Terasa Sudah Ok
-
Tidak berguru, tidak belajar, tidak mengamal dan tidak mendalami keempat2
tiang agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah) atau mana2 satu tiang,
m...
7 Dari Kacamata Orang lain:
Salam pg, thanks singgah ke blog td... hrp2 waruna segera pulih dr demam, rajin2 mkn ubat n take care.
jaga diri dan kesihatan....
Pasal result SP tu, student saya pun sama gak, result jatuh teruk-15%!. Tapi apakan daya, itu je lah yg termampu... tapi ada gak pengetua2 sek yg tak paham, letak bebudak kelas paling hujung untuk ambik subjek SP sedangkan mereka tak tahu macam mana susahnya blajar SP ni.
REHATLAH WARUNA...JANGAN KERJA KUAT SANGAT...SAYA PUN LETIH JUGA DENGAN BEBANAN TUGAS.....TAPI APAKAN DAYA...
Kita cikgu ni, selalunya macam tu. Cuti sekolah lebih memenatkan drp hari persekolahan biasa. Masa cutilah, fikir, pelan dan buat macam-macam untuk diri dan keluarga. Jadi tak heranlah kalau Wan sampai demam. Terima kasih wan, kerana sudi jengok blog saya.
mak ngah demam ape tu?
terima kasih semuanya Tera, cikgu Yusof, Seri,CheHasssan. doakan saya sehat selalu.
CIkgu Wahab, saya demam biasa je tetapi badan semua sakit2.
Cikgu Chun, pelajar SP saya tak la teruk sangat sederhana je tapi budak2 tu memangla tak berminat untuk belajar.kalau mereka rajin saya yakin mereka boleh dapat yang lebih baik. Saya kecewa.
Post a Comment