SALAM MAAL HIJRAH....
Semalam saya lewat pulang ke rumah kerana mencetak jadual baru yang diedarkan kepada guru-guru. Ini dah kali ke 4 tukar jadual kerana sekolah mendapat 2 orang lagi GSTT menjadikan 4 orang semuanya. Terpaksa lah dibuat jadual baru. Anak saya merungut kerana lama menunggu di garaj kereta. Dia bersungut nak berbasikal ke sekolah. Saya memujuknya supaya tidak berbasikal ke sekolah. Bimbang juga dalam perjalanan terjadi apa2. banyak perkara yg tidak enak didengar sekarang ini, takut pula terjadi BULI atau dicederakan. Saya menjadi takut.. kalau2 terjadi pada anak saya... anak saya pun masih kecil ( tingkatan 1 )
Dalam usaha memujuknya ke sekolah bersama saya.. saya memikatnya dengan membeli air kelapa muda yang tersohor di Padang Luas.. air kelapa asli yang tidak dicampur gula..Dibuat depan mata pelanggan dan bukan disimpan dalam bekas seperti yang dijual oleh kebanyakan peniaga... Manisnya asli! tambah pulatidak ditambah ais! ( saya sudah lama tidak menghirup minuman berais) Anak saya memang suka sangat air kelapa muda.. apa lagi saya cakap kalau ke sekolah dengan mak, hari-hari boleh minum air kelapa muda.. dia pun sengeh. Dia tahu mak dah rasuah dia....
Hari ini, semasa makan tengahari, dia mintak belikan lagi air kelapa muda. Saya ikutkan saja..
Tidak Belajar, Memang Akan Terasa Sudah Ok
-
Tidak berguru, tidak belajar, tidak mengamal dan tidak mendalami keempat2
tiang agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah) atau mana2 satu tiang,
m...
9 Dari Kacamata Orang lain:
ikutkanlah waruna setakat yang termampu kita lakukan sebagai ibu dan juga pendidik.
assalamualaikum cik gu... saya nak mencilok sikit kat blog cikgu ni... nak iklankan jual tanah...
ghoyak la ko saing2 hok berminat..
saya nak jual tanah di kg panchor, hulu besut seluas 6.4 ekar sesuai utk pertanian, harga rm95k.. kalu minat gak call la 0164563475... saya di alor setar... kalu nak tengok gi la kg panchor...jumpa pak sedara saya namanya mat husin... tq
insyaAllah PRZ
Teringat air kelapa muda bakar, dah lama tak minum...
org kata, air kelapa asli adalah ubat tradisi org melayu. kalau demam, elok minum air kelapa. Malah, air kelapa ni elok untuk cuci perut kita, boleh meneutralkan racun dan membuang cacing dalam perut.
Kelmarin ada orang mati kerana kepala ditimpa buah kelapa. Beruk dia tu la....
kalau nak memasak, carilah kelapa yg tua (yg banyak santan) dan pucuk yg muda dan segar....
labu, aku paham maksud kau labu, kepala tua banyak santan tu da makna, dan pucuk muda pun ada makna..aku boleh baca apa yang kau cuba beritau pada waruna...
jangan labu, jangan... [ syyy..labu, guru pra kau tu macamana? dah ada yang punya...? rekomenlah kat aku labu...hahahahahahhaa]
kureng asam kau labi, aku sumpah kau jadi kura2 baru tahu....
sori waruna, mohon laluan nak belasah KK yg tak sedar diri, ada hati nak mengurat guru prasekolah saya yg muda melecun tu, tak sedar diri dah tua (eh kelapa tua???, airnya tak sesuai utk diminum krn bergas!) Langkah mayat aku dulu KK!!!
Post a Comment