Saturday, January 31, 2009 | By: WR

TAKZIAH UNTUK HAJAH ROZITAH

Petang semalam selepas solat asar, kawan baik saya menelefon memberitahu ibu hajah Rozitah (GKMP Bahasa ) meninggal dunia. Arwah telah hampir 3 minggu di hospital.Bermula dengan demam, kemudaian beliau tidak dapat bangun dan terlantar di katil. 4 hari di Hospital Jerteh dengan hanya dimasukkan air, Hjh Rozitah membuat keputusan menghantarnya ke Hospital Perdana Kota Bharu( Swasta ). Di sana dia dapat membuka mata dan bertanyakan anak-anak dan cucu. 7 hari di Hospital Perdana dengan bayaran ( RM15,000) tidak menampkkan perubahan. Kemudian anak-anak membuat keputusan membawa balik ke rumah. namun suaminya berazam untuk terus berubat. Akhirnya dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Zainab KB. Dan semalam... dia telah menghembuskan nafas yang terakhir...

Umor arwah tidak la tua sangat dalam 60 han. Suaminya pula masih gagah. Rumahnya besar. Tapi bila anak-anak dah besar dan berada jauh, bagaimanalah dia hendak meneruskan hidup sendirian.Nampaknya Hjh Rozitah la terpaksa menemani ayahnya buat ketika ini kerana anak2 yang lain berada jauh di Kuala Lumpur dan Kedah sana.

7 Dari Kacamata Orang lain:

chehassan said...

Takziah buat ibu Hjh Rozita.
Hukum ada mengatakan anak-anak perlu mencari jodoh (pasangan) untuk orang tua demi kesejahteraan hidupnya. Tapi hal ini jarang berlaku dan sebaliknya bila orang tua berhajat kahwin lagi, dikatakan gatal dan macm2.

Juita said...

dah pi melawat ke hjh rozitah. bunyik ape kat blog makngah nih.. cam gesekan biola jek

IMANSHAH said...

begitulah hukum dunia, yang hidup akan mati..bila menyentuh soal anak2 jauh ni terkenang ayah bonda di kampung.anak2 ramai, tapi semuanya tinggal jauh.terpaksalah mereka hidup berdua sunyi dari telatah anak dan cucu..moga Allah membuka jalan untuk saya dan adik beradik lain untuk berkhidmat di negeri sendiri.

WR said...

chehassan: saya kalau mati saya siang2 dah suruh suami kawin lain. memang la seorang suami perlukan belaian seorang isteri dan anak tak mungkin dapat menjaga ayahnya sebagaimana seorang isteri menjaga.namun bagi seorang isteri , kalu suami meninggal tak mungkin dah kawin lagi...

Juita : muzik tuh diamik dr blog imanshah.

Imanshah: ramai rakanguru di Besut dapat balik kelantan. nampak macam senang je dapat masuk kelate. kalau dulu payah. macam kak wan nih nak balik Kelantan dah serba salah, takut kena gua musang. Dok besut ni macam dok kg kite gak la. sama je.
( maaf ambil muzin tanpa kebenaran)

Amiene Rev said...

Al-Fatehah. Takziah buat keluarga Hajah Rozita.

chehassan said...

Betul, jodoh pertemuan dan hidup mati di tangan tuhan. Kalau Wan suruh suami kawin lain pun, kalau takda jodoh, tak jadi dia. Tapi kalau ada jodoh, tak bagi kawinpun jadi dia.

Jangan takut, nak gi Gua Musang, tempat saya tu. La ni bukan macam dulu, tak percaya, tanya rakan2 yang mgajar di GM, semua taknak balik.

Semalam saya singgah servis cermin mata di kedai saya tu, saya tengok ada banyak model baru jenis yang saya pakai ni, Wan cubalah buat satu.

WR said...

kedai tu di gua musang ke? ke kat mana? saya keliru nih.. kedai tu chehasaan punya ke? Saya mmg cadang nak buat lagi satu cerminmata khas untuk rabun jauh saja

Related Posts with Thumbnails