Selepas pelajar beredar dari tempat perhimpunan, pengetua memberi taklimat kepada semua guru:
- pelajar datang ke kelas tambahan masa cuti berpakaian tidak sesuai ( pakai pakaian macam nak pergi kenduri ) - sepatutnyapakai baju sekolah.
- terdapat segelintir guru yang belum membereskan BUKU RINGKASAN MNGAJAR - maklumat diri dan senarai nama pelajar tidak ditulis
- Segelintir guru belum menghantar buku nota pelajar untuk disemak oleh ketua bidang.
- peranan guru dalam menegur salah laku pelajar
- guru sebagai model kepada pelajar
5 Dari Kacamata Orang lain:
Cuba Wan duduk di tempat pengetua tu. Saya sebagai pemimpin sekolah, inilah perkara yang selalu bermain di fikiran; sejauh mana guru-guru bertindak mengikut keperluan dan kapasiti tanggungjawabnya. Pada pendapat saya, guru-guru harus sentiasa berfikiran positif mendahului pemikiran pengetua. Sentiasa ada rasa tanggungjawab untuk bertindak secara proaktif. Perkara2 remeh jangan beri ruang dan peluang untuk ditegur pengetua. Selalunya, sebahagian besar guru hanya 'melihat apa akan berlaku' bukan 'bertindak supaya ianya berlaku'. Saya juga naik angin, jika perkara yang remeh temeh cikgu2 tidak bertindak, hanya tunggu dan lihat, walhal kita adalah orang yang terlatih dan bertanggungjawab di sekolah itu. Sebagai pemimpin, mereka sangat berpuas hati dan bangga jika ada guru-guru yang sentiasa bertindak proaktif ke arah penambahbaikan dan perubahan di sekolah. Harap pendapat saya ini dikongsi dengan rakan2 guru yang lain. Jadilah yang terbaik di kalangan yang terbaik.
chehassan
Tak usahlah cakap 'saya sebagai pemimpin sekolah' dan memberi nasihat yang keluar dari buku UPSI. Pemimpin sekolah sayapun bukanlah sangat berkebolehan tapi pandai juga memberi teguran dan nasihat. Keputusan sekolah masih juga tidak memuaskan.
Guru Pasir Mas
Saya berterus-terang dari sudut padangan pengurus sekolah. Sekolah atau organisasi sukar berubah jika ahli2nya hanya melihat apa akan berlaku bukan bertindak supaya ia berlaku. Sekolah, tak ada GB dan pengetua pun tetap akan berjalan 190 hari setahun. Soal dari buku UPSI atau dari mana, saya berkongsi pandangan dengan waruna yang saya anggap seorang 'guru' yang baik dan berpotensi besar. Pasir Mas juga tidak asing kepada saya, wpun saya tidak pernah bertugas di kelantan. Dan masih segar dalam ingatan saya nama2 besar guru yang hebat yang pernah membimbing saya di SMK Lemal sekitar lewat 70an. Dan saya mendapat banyak maklumat drp guru2 yang berpindah masuk dari luar ke kelantan (anak kelantan)menyatakan banyak bezanya cara bekerja di sek luar dengan sek2 di kelantan. Tapi kelantan masih antara negari yang mempunyai keputusan yang baik dlm peperiksaan (wpun sek takda GB atau pengetua). Dari pemerhatian saya, mungkin anak2 kelantan lebih sedar diri betapa belajar itu penting, wpun takda cikgu dalam kelas atau cikgu tidak mengajar. Mendiskusikan isu2 di sekolah, kita perlu melihat dari banyak sudut kerana di sekolah itu sendiri begitu rencam sifatnya. Jika kita guru Bahasa Melayu, kita bukan saja wajib pakar dalam bahasa Melayu, bahkan kita juga kena pakar dalam semua aspek di sekolah. Dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Saya ingin menarik perhatian Guru Pasir Mas, berapa orang di antara kita yang mengaku guru yang tahu bagaimana teknik sebenar memegang kayu hoki, melepaskan baton antara pelari acara lari berganti-ganti, (ini perkara2 kecil), dan berapa orang guru yang kenal siapa Roger Federer, Tiger Wood dan orang-orang yang tercicir dari sekolah (yang kita biarkan)mencipta kejayaan yang lebih hebat daripada kita yang mengaku gurunya. Perkara-perkara begini seharusnya diberi perhatian oleh guru bukan saja untuk merangsang diri tetapi juga kanak-kanak yang kita didik untuk menjadi insan terbaik. Sekolah kita hari ini hanya semata-mata berorientasikan peperiksaan, berapa A harus murid capai. Sedangkan peluang dan ruang membina kejayaan diri begitu luas sekali di dunia ini. Jadi, sebagai guru, kitalah penggerak kepada semuanya ini wpun kita bukanlah terlalu arif.
sama apa yg dikata oleh che hassan dan apa yg dirungut oleh pengetua saya. memangla bende remeh patut cikgu bertindak segera. macam pelajar yg pakai baju jarang tuh.. kenapa guru yg mengajar tuh tak tegur... nak tunggu pengetua yang tegur. Terima kasih che atas pandangan.
Banyak sanget cikgu pande cakep jele jele. Tak boleh hendah rengkeh !!
Guru Pasir Mas
Post a Comment