Saturday, February 5, 2011 | By: WR

Biar lah hanya Dia sebagai Teman

Tajuk entri saya kali ini nampak "jiwang". Sebenanrnya saya hanya teringatkan teman2 baik saya sepanjang saya bersekolah rendah hinggalah ke usia emas yg layak bergelar nenek. :D
Entah mengapa hari ini selepas solat subuh hati saya jadi sayu teringatkan teman2 baik yg selam ini mewarnai hidup saya dgn pelbagai warna kehidupan manis, masam, pahit dan masam...

sejak dibangku sekolah rendah saya berkawan rapat dengan Rosmawati Mahmud. Anak seorang guru yang tinggal di Bukit Tiu. Kami mula rapat apabila di darjah 2. Oleh kerana bapanya seorang guru, dia nampak lebih dari saya dlm semua segi. Namun keakraban kami tidak pernah dibatasi oleh perbezaan darjat itu. Lebih2 lagi bila saya muncul sbgai pelajar terbaik kelas, saya mula tidak rasa rendah diri. Saya selalu bertandang ke rumahnya walaupun agak jauh. Percaya atau tidak, padamasa itu saya hanya berjalan kaki ke rumahnya dlm 2km dari rumah saya. Ayahnya aktif bermain tenis di bandar Machang dan saya selalu jadi "budak pemungut bola" dengan upah 20 - 30 sen. Kami berkawan rapat hinggalah bila menjejakkan kaki ke sekolah menengah, dia memasuki SMK hamzah yg lebih dekat dgn rumahnya dan saya pulake SMK Machang. Walaupun berlainan sekolah tapi kami masih tetap berhubung cuma, apabila masing2 berjumpa kawan baru.... tumpuan hilang dan kami dgn haluan masing2. Walaupun begitu saya selalu terkenang peristiwa manis semasa berkawan. Susah sama susah senang sama senang. Pernah bila saya sakit sebulan tak ke sekolah dialah kawan yg menziarah saya dan kami sangat sedih berjumpa.. walau saya terlantar dan tidak kesekolah dlm jgka masa yg lama.. dia tidak lupa mengingatkan saya tentang pelajaran. Terakhir berita saya teriima darinya ialah dia melanjutkan pelajaran ke India dalam bidang perubatan. Maklumlah ayahnya berada dan boleh menanggung pelajarannya sebagai doktor.

semasa disekolah menengah saya berkawan dengan ramai kawan . namun, Utk pelajaran saya rapat dengan seorang anak ustaz yg sekarang juga bekerja sbg guru dan entah di mana bertugas. Ketika hamp;ir peperiksaan SRP saya dijemput belajar dirumahnya. Hampir setiap malam saya bermalam di rumahnya mengulangkaji pelajaran. Akhirnya dia juga meninggalkan saya apabila berjaya ke Sekolah berasrama penuh. Saya pula hanya ke SMK Teknik.

Di SMK teknik saya berjumpa pula seorang kawan rapat yang tidur sebantal dan makan sepinggan. Orang kelantan juga. Namanya Tuan Rohana. Tetapi kami berpisah jua bila habis SPM saya melanjutkan pelajaran ke UPM Serdang dan dia pula UPM Serawak.

Di UPM saya mendapat seorang kawan baik dari Negeri Sembilan. Maizura namanya, Saban hari ke kuliah bersama. Uniknya persahabtan kami, saya masa tu aktif dlm usrah dan kegiatan agama tapi dia seorang yg sosial . Saya bertudung dan dia lebih selesa berseluar jeans dan t shirt. Tiap2 hari kami ke kuliah bersama dan belajar bersama. Segala soal pelajaran kami buat bersama. Tetapi dlm pergaulan luar, saya tidak mencampuri urusannya.

Selepas majlis konvokesyen di UPM saya masih berhubung dgn maizura danterakhir saya mendapat berita tentang perkahwinannya dgn seorang course-mate yg selama ini saya tidak tahu perhubungan mereka.

Akhirnya dalam dunia kerjaya sebagai guru, saya juga mendapat kawan baik. Walaupun kawan baik yg sebenanr bg seorang isteri ialah suami sendiri saya masih mempunyai kawan rapat utk urusan2 kerja.

Walaupun semua kawan baik telah hilang entah ke mana, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat yg byk memberi pelbagai sumbangan.. Kini, hanya DIA ( ALLAH ) yg menjadi teman walau di mana kita berada dan dlm apa jua yg kita lakukan.. cukuplah ALLAH sebagai teman abadi tempat mengadu susah senang... Amat beruntungnya seorang insan mempunyai "TEMAN" yg kekal abadi yg Maha segala... Maha Pengasih, Penyayang,Pengampun .....

1 Dari Kacamata Orang lain:

IMANSHAH said...

Salam kak

Sepanjang jalan kenangan...pasti membekaskan kesan yang tak mungkin terpadam dalam lipatan sejarah hidup

Related Posts with Thumbnails