Malam tadi dalam pukul 7.30pm saya dikejutkan dengan sms dari rakan sejawatan tentang pemergian mengejut Timbalan menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail. Terkejut bukan sebab Allahyarham orang Terengganu, atau sebab sedara mara saya.
Tetapi, kejutan itu kerana surat di bawah ini....
Kami warga sekolah telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangannya ke sekolah kami untuk merasmikan program tersebut pada 6 Des nanti. Segala persiapan di atur teliti memandangkan Timbalan Menteri yang datang. Kelam kabut juga kerana sekolah dalam cuti. Surat kepada ibubapa telah diedarkan, tempahan makan minum telah dibuat. Rakan-rakan tertungu-tunggu samada program itu diteruskan ataupun tidak.
Al-fatihah........
4 Mata Angin Alam Saadah
-
Ada yang cara gerak solat, puasa dan haji umrah (al-islam) betul, tapi
tauhid (al-iman) bermasalah.
Ada yang politik pandai, tapi aqidah (al-iman) bermas...
5 Dari Kacamata Orang lain:
Dulu saya panggil Encik, kadang kala cikgu kalau tersasul, bila aruah ni jadi boss BPG saya panggil Datuk, bila jadi Timb Menteri saya panggil datuk. last jumpa aruah semasa perasmian Konv B Melayu di UPSI sekitar Julai 08 tempuhari. Kata kata akhir aruah yang saya ingat, ilmu sebesar kuku jika ditebarkan seluas alam..aruah adalah pensyarah saya di MPPKNP Pasir Panjang 1980-1981 dahulu, masa tu aruah muda dan selalu mementaskan teater. Masa tu teater wau bulan[1980] dan ngoyang[1981] karya beliau mendapat sambutan luar biasa di trengganu. pensyarah yang hebat, bahasa yang diucapkan amat menarik dan memukau.
Allah sayangkan beliau dan semoga aruah Datuk Hj Razali Ismail ditempatkan ke tempat orang yang beriman.
Al-Fatihah. Marilah kita berdoa agar roh allahyarham ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solehin. Semoga rohnya tenang dalam pengabdian. Amin
Takziah kepada seluruh ahli keluarganya dengan harapan agar tabah menjalani penghidupan setelah tonggak keluarga yang berjasa pada negara menghapap Tuhan.
Jangan risaukan dia. Dia telah melakukan yang terbaik untuk negaranya.
Takziah kepada keluarga allah yarham. Saya sangat menyanjung tinggi orang yg merendah diri sptnya. Walaupun sudah bertaraf menteri, tetapi masih mahu dipanggil cikgu. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yg beriman.
Ada orang ditempat saya, bila jadi pegawai di PPD dan JPN dah tak mau dipanggil cikgu lagi, nak dipanggil tuan.
Waruna,
Semalam blog saya sudah digodam. Hilang. Puas dicari. Akhirnya jumpa.Dulu dah kena sekali.Adalah yang baru belajar menggodam tu.
Saya terpaksa tukar domain name & url: (dah tak guna yang lama)
URL baru saya:
http://simantanguru.blogspot.com/
masih tak dapat juga tu cikgu wahab. Siapalah yang suka main "godam-menggodam" ni. Tak apa la kalau blog cikgu wahab dah ada nanti maklumkan ye..
Post a Comment