Semalam suami menghantar anak lelaki saya ke stesen bas kerana dia akan menyambung latihan PLKN nya di kemaman. Dia dibenarkan bercuti sempena Raya Cina bermula sabtu hingga lah rabu. Kebetulan saya bersekolah jadi tidak sempat berjumpanya sebelum dia bertolak. Sebelum ke sekolah saya berpesan supaya menjaga kesihatan semasa di Kemaman.
Anak lelaki saya seorang pemalu. Bila kepalanya dibotakkan dia seboleh mungkin ingin menyorokkan kepalanya apabila pulang ke rumah. Kawan2nya datang menjenguk dan mereka sama-sama ketawa melihat wajah barunya. Adiknya ( bongsu ) puas memujuknya mengambil gambar tapi kena marah.
Semasa dalam latihan anak saya diberikan KAD MERAH kerana dia didapati mengalami darah rendah. Setiap kali kawad, dia rasa pening. yang mengherankan, dia adalah atlet sekolah. Pernah mewakili sekolah dalam badminton dan keluar Juara bawah 15 dulu. namun kerana masa itu dia mengambil PMR, dia tidak mewakili daerah ke peringkat negeri. Dia juag aktif dalam olahraga dan bola sepak. Entah macam mana dia dapat darah rendah.
Satu lagi dia juga mendapat kesan gatal2 pada badan. Alahan agaknya. Hingga terpaksa pula di bawa berjumpa doktor dan disuntik. Semasa banjir tempoh hari kem latihannya dinaiki air banjir dan terpaksa berpindah. masa tu air agak kotor. Kulitnya sensitif.
Dia anak yang manja juga.. entah kenapa hari ini saya sangat merinduinya.
4 Mata Angin Alam Saadah
-
Ada yang cara gerak solat, puasa dan haji umrah (al-islam) betul, tapi
tauhid (al-iman) bermasalah.
Ada yang politik pandai, tapi aqidah (al-iman) bermas...
4 Dari Kacamata Orang lain:
saya mempunyai pelajar2 yang datang dari Sabah dan Sarawak. Bagaimana mereka mendapat kekuatan meninggalkan kampung halaman sedari usia 13 tahun??
wp dikatakan pemalu dan manja tp saya rasa anak cikgu waruna ni ok, no problem, dia ada kekuatan mental utk terus bertahan di kem PLKN cuma emaknya ler pulak....jgn sampai dok berendam air amat merindui anak, udah ler!
imanshah : kuat sungguh semangat ibu2 mereka membenarkan anak di usia begitu berjauhan
cikgu yusof: anak saya itulah hanya 3 ..... kalau macam cikgu yusof takpe la ramai,, kalau sorang tak ada dirumah yang lain ada.. macam saya ni..sunyi la pulak dia tak ada. memandangkan dia ada masalah dan macam2 cerita kite dengar terjadi di PLKN.. bimnbang la juga..
Anak saya juga pernah ke PLKN tapi mujurla dekat je.. tapi dia juga mengalami gatal-gatal pada badan , agaknya air di PLKN tu tak sesuai kot dengan mereka. Apa pun kini semua dah selamat,dah tamat latihan PLKN.
Post a Comment