Wednesday, December 17, 2008 | By: WR

KEMBALI SIBUK MENJELANG 2009

Mesyuarat hari ini berlarutan hingga ke pukul 2.30 pm. Adus... masih banyak perkara yang perlu dibereskan sebagai persiapan sessi persekolahan 2009. Baru sahaja nak rehatkan minda dari urusan sekolah, kini terpaksa ke sekolah semula untuk menyiapkan senarai tugas guru 2009 dan jadual waktu 2009. buku Pelan Strategik pun dalam proses.

Satu perkara baru ialah Mesyuarat JKS kali pertama 2009 akan diadakan dalam tahun 2008. Biasanya mesyuarat pengurusaan dan mesyuarat guru saja yang diadakan dalam cuti sekolah!

80% tugas guru 2009 sudah siap. Cuma jadual waktu yang masih belum mantap. Hasrat pengetua nak serahkan jadual waktu guru pada mesyuarat kali pertama nanti pada 28 Dec 2008. P&P mesti diadakan pada Hari Pertama Persekolahan.

Esok sekali lagi mesyuarat. Minggu depan? Sibuk memanjang......Semasa sedang bermesyuarat, tetamu dari JPNT datang memeriksa keperluan kerusi meja 2009.

6 Dari Kacamata Orang lain:

mantan said...

Selamat bertugas.Biasalah tu, awal tahun kan. Senang nanti bila sekolah dibuka semula jika semuanya sudah sedia.

Kalau semua yang terlibat dapat menyiapkan keperluan dan tugas masing-masing,o k lah.

Biasanya pada msy pertama tu, semua perancangan kena beres. Hari pertama sekolah, banyak juga yang nak dibuat.

chehassan said...

Yang paling penting pada saya 'perubahan'. Walaupun sedikit, beranikan diri berubah. Sekolah sentiasa diharapkan berubah. Pemimpin dan guru adalah pemangkin perubahan.

WR said...

simantanguru,
betul la kalau ada benda yang tidak siap pada mesyuarat pertama orang bawah akan pandang "lekeh" pada pengurusan.

chehassan,
perubahan ke arah yang lebih baik. Saya setuju tuh, kita mesti sentiasa menerima perubahan. Jangan asyik ditakuk lama...

Harimau-Menaip said...

Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa-jasa guru seperti kalian.

Selamat Mengajar!

kembara kelana said...

waruna
lama tak masuk dan baca blog..
agak sibuk mengurus keperluan di sana sini..
selamat ke tahun baru..dan selamat blogging..

farahiyah said...

Tak disangka, saya pun kena gak gi sekolah waktu cuti sekolah. minggu lepas PK Hem telefon, mintak saya tolong dia aturkan pelajar tingkatan satu ikut kelas.

Related Posts with Thumbnails