Saturday, December 27, 2008 | By: WR

RAHSIA YANG BUKAN LAGI RAHSIA

1.Saya terkejut dengan panggilan telefon seorang rakan guru yang tiba-tiba bertanya mengenai jawatan baru yang akan dipegangnya tahun 2009. Terdapat 40% perubahan dalam tugas guru tahun depan. Yang peliknya mengapa RAHSIA pertukaran tugas itu bocor? Dekat mana yang bocornya. Kalau rumah bocor biasanya di bumbungnya lah! Ini yang buat saya "menyampah". Ada jugak politik dalam sekolah rupanya. Sepatutnya esok semasa mesyaurat guru kali pertama, guru-guru akan dapat senarai tugas masing-masing.

2. Seorang saudara yang mengerjakan haji pulang dengan selamatnya dari Mekah. Namun, amat menyedihkan, RAHSIA keaiban beliau di sana terbongkar jua dan menjadi cakap-cakap yang tidak enak didengar. Kononya di Mekah sana beliau bertengkar hebat dengan rakan sebilik.

3. Anak saudara yang pendiam dan pemalu tiba-tiba memberitahu yang dia akan bertunang isnin ini. Wah, sekian lama berRAHSIA kononnya tak ada "gewe", tiba-tiba dah nak bertunang.

7 Dari Kacamata Orang lain:

kembara kelana said...

waruna
terima kasih sudi berkunjung ke DKK. Terima kasih kerana sokongan dan tentang bab rahsia ini...ada orang berlindung dari pandangan..itu rahsia, ada orang berlindung dari khabar telinga..rahsia jugak.. ada orang melindungkan dari pengetahuan..pun rahsia jugak..asal terlindung tu..rahsialah.. bila rela membuka perlindungan dan sudah tiada perlindungan atau tidak memerlukan perlindungan...maka rahsia bukan rahsia lagi. as long ada ' pelindung ' maka adalah rahsia. rahsia lelaki... duduk di dalam dunia tidak sedarnya dan separuh lagi dalam dunia separa sedarnya.. macammana nak korek? ahhh..itu rahsialah..

WR said...

macam2 kelana.... asal baca komen dia mesti nk tersengih

chehassan said...

Waruna, maaf jika saya sesekali menjengah blog anda ni. Syabas, penulisannya baik sekali.

Janganlah terlalu terkejut dengan rahsia yang tidak rahsia lagi. Yang pentingnya bersedia menghadapi yang rahsia dan yang tidak rahsia lagi itu. Kedua2nya ada kelebihan tersendiri. Dalam senarai tugas guru, sepatutnya tak perlu berahsia kerana apa jua tugas yang dipertanggungjawabkan adalah amanah. Amalan berahsia dan guru cuba mengelak drp sesuatu tugas sebenarnya tidak baik dan menggambarkan guru-guru kita sangat berkira untuk menghulurkan bakti.

WR said...

chehassan - terima kasih atas pandangan. memang tak sepatutnya guru berkira dengan tugas yang diberi. Sebab tugas yg diberi itu sebenarnya telah mengambil kira kebolehan guru tersebut sebelum pengurusan pertanggongjawabkan kepada beliau.

chehassan said...

Kepada pemimpin, sepatutnya tidak perlu bermain teka-teki dan berahsia. Guru-guru perlu diberi penghargaan dan dorongan dengan menyatakan dengan jelas secara bersemuka kelebihan mereka dan harapan sekolah kepadanya. Inilah yang dikatakan telus. Sepatutnya guru-guru berebut-rebut untuk mendapat tugas yang mencabar jika diberi merit dalam pengurusan prestasi. Tanyalah, semua guru nak mereka diberi penilaian yang baik, tapi biarlah bersepadan dengan kerja yang dilaksanakannya.

Anonymous said...


Waruna,

Mana ada rahsia!
Itu hanyalah maklumat yang tersimpan sementara.

WR said...

simantanguru, maksud saya jgn ada yang SEKAT ditengah jalan. Setelah siap cadangan biarlah diumum pada waktunya. Benda dah dibukukan kalau tahu awal, dia akan cuba ubah. susahlah kalau semua orang nak ubah. Kacau bilau lah. Yerla rahsia sementara.

Related Posts with Thumbnails