baru lepas mesyuarat pengurusan KOkurikulum. Bersama itu di bincangkan juga tentang pelaksanaan program merentas Desa 2009 yang akan dijalankan pada khamis ini. Latihan rumah untuk merentas desa telah dijalankan sejak isnin lepas, namum sambutan pelajar kurang memuaskan. Ini kerana hujan telah mulai turun dengan lebat sejak 2 hari yang lepas.
Rumah Mat Kilau nampak "bersungguh" menggempur ahlinya. Hebat betul Guru Ketua Rumah sendiri turun padang bertemu ahli dari kelas ke kelas. Kempen Mat Kilau Juara!
Mesyuarat penuh lucu.... Kertas kerja ahli jawatan kuasa program Merentas Desa kelam kabut sungguh!! Apa tidaknya S/U main cedok dari tahun lepas sehinggakan guru yang sudah bertukar pun masih ada namanya dalam jawatan kuasa itu... Lepas tuh nama guru pun bertindih2 tugasnya... seorang guru menjalankan 2 tugas pada satu masa. Ada pula guru yang tidak ada nama langsung! Nampak sangat dibuat dengan ala kadar... sekadar meleps batuk ditangga!
Tambah pula.... nama guru banyak silap. Yang belum pergi Mekah dah dapat title hajjah! hehhehhe yang belum kawin dapat gelaran Puan. Yang lebih malang guru lelaki jadi BINTI..... Nampak kecil je kesilapan.... Ketelitian takada...
Tidak Belajar, Memang Akan Terasa Sudah Ok
-
Tidak berguru, tidak belajar, tidak mengamal dan tidak mendalami keempat2
tiang agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah) atau mana2 satu tiang,
m...
6 Dari Kacamata Orang lain:
Tahniah kerana bergerak pantas. Cut & paste tu kira ok juga. Ada yg buat alasan koputer dijangkiti virus.
bila kelamkabut, maka akan reflek balik pada tuan yang buat kerja tu, pada aku simple jer
kurikulum:
perlu pasti kan dua perkara, yang berupaya dicemerlangkan, yang kurang berupaya...back to basic.
HEM
Merapatkan jurang
KOKO
mengembangkan potensi pelajar.
mesyuarat kucar lanar macam tu, mengambarkan sikap pk koko yang tidak pro, kalau aku ada, memang kena belasah punya...hendak orang buat kerja elok elok, tapi tokey..mabuk darat.
maaf, sakat lagi
salam
Sebenarnya yang buat tuh S/U sukan bukan PKKO. Tapi PkKo pun kenapa la tak semak dulu...
wahai labi@kembara kelana, kau ni nak main belasah jer ye, mesra alam ler sikit, beri ler nasihat baik2, jgn marah2....buat keje bior ler dlm keadaan yg gembira dan rela bukan sediah dan terpaksa.....
Waruna,
Kalau kerja "ambil mudah" sahaja, begitulah jadinya.
Semua guru sepatutnya bekerja secara profesional.
Profesional = Berilmu, Terlatih, Ada 'alatan'nya. Ada matlamat.
Sekurang-kurangnya, ini sudah memadai untuk menghasilkan kerja yang diharapkan!
Biasalah tu. Pokok pangkalnya pemimpin no 1. Depa ni kena hantar p Kursus Kepengetuaan lepas tu sambung buat Master Pengurusan Sekolah, macam......siKembara kelana ni....
Post a Comment