Monday, January 5, 2009 | By: WR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

1. Hari Sabtu lepas hujan turun mencurah-curah lagi... Sesetengah tempat telah dinaiki air. Anak saya terpaksa membatalkan niatnya untuk mendaftar ke sekolah bimbang banjir berlaku.

2. Hari Ahad merupakan hari pertama persekolahan 2009. Mujurla hujan reda dan air yang melimpah telah surut. Pelajar tingkatan satu dan empat mengikuti program orientasi masing-masing. Pelajar kelas lain telah pun memulakan P&P. Tahniah kepada semua guru.

3. Hari ini cuaca masih tidak menentu. Minggu ini sibuk dengan mesyuarat panitia. Panitia di bawah bidang saya (Teknik & Vokasional), tarikhnya seprti berikut :

a. Mesyuarat Panitia Teknik & Vokasional ( Prinsip Akaun, Perdagangan, ERT, SPN ) ialah pada 5 Jan 2009.
b. Mesyuarat Panitia MPV ( Landskap & Katering ) pada 7 Jan 2009
c. Mesyuarat panitia LK pada 8 Jan 2009
d. Mesyuarat Panitia KHB pada 11 Jan 2009

Memulakan tugas bagi 2009 nampak lebih tersusun, pengalaman mematangkan kita.
Selamat Bertugas kepada semua pendidik...

SEKOLAH ITU MULIA
Ilmu itu mulia
Proses menitis ilmu itu mulia
Menuntut ilmu itu mulia
Mendidik dan mengajar itu mulia
Menyebar ilmu itu mulia

1 Dari Kacamata Orang lain:

Anonymous said...

Selamat bertugas cikgu waruna!

Related Posts with Thumbnails