Thursday, January 22, 2009 | By: WR

SELAMAT TAHUN BARU CINA






Sempena cuti Tahun Baru Cina sekolah cuti sehingga selasa. Semasa GPK Pentadbiran mengumumkannya kepada pelajar melalui pembesar suara, ramai pelajar yang bersorak. Suka sangat la kalau cuti. Saya dah sediakan kerja sekolah masa cuti untuk pelajar tingkatan 5 kerana mulai 1 februari mereka akan menghadapi Ujian TOV.

Teringat pula seorang bekas rakan guru bangsa cina yang telah bertukar ke Kelantan.
Dia akan bawa limau mandarin untuk dibagi-bagikan. Dia fasih berbahasa melayu, maklumla orang Kelantan. Orang Cina di kelantan kebanyakannya fasih berbahasa Kelantan. Malah mereka secara "semulajadi" terbiasa menyebut perkataan" YA ALLAH". Ini pernah saya dengar sendiri semasa membeli barangan di kedai cina yang menjual rempah dalam market di kelantan. Tiba-tiba rempah tertumpah dan dengan cepat dia menyebut : "YA ALLAH! TUMPAH."

Kemudian, selepas membeli mereka melafazkan "jual beli" kadang-kadang nak tergelak dibuatnya. Mereka terikut-ikut orang-orang melayu Kelantan kerana hari-hari bergaul. kalau di kampung saya ( Machang) yang tua-tua memakai kain sarung dan baju kedah. Emak saya pernah rapat dengan seorang cina dan setiap kali Perayaan Tahun Baru selalu dapat limau mandarin. Dia tidak akan memberi kuih bakul kerana dia tahu orang melayu tidak makan makanan orang cina.

7 Dari Kacamata Orang lain:

yusofsipan said...

dua hari lepas, anak perempuan bongsu saya berpesan minta dibelikan sekotak buah limau mandarin. Raya cina ni, org melayu pun sibuk makan buah limau kan...

kembara kelana said...

bab buah ni...raya posa dan raya haji ta ada pulak orang islam beraya dengan buah tertentu..buah ciku ke, buah kelapa muda ke, buah manggis ke atau rambai. Jadi kat sini raya cina dah menang satu. kita? raya dengan buah sendiri ajerlah..selamat tahun baru cikgu

lama tak nyakat

Anonymous said...

kau masa nak raya jer ke ada buah ke kelana? isk isk, aku hari2 ada buah laa....kalau ko nak aku boleh bagi sebijik, nak???

kembara kelana said...

tukang sampok
buah kau yang dua bijik tu kaujagalah elok elok, kalau kau bagi aku sebijik, nanti kau akan kena berikan jawapan bertulis pada ..... kan susah kau nanti..
apalah kau, tapi kalau kau nak bagi jugak , aku terima, aku nak letak kat key chain aku, buat kenangan

mantan said...

Gi gaduh jauh-jauh kat luar sana. Hey korang berdua nak kena rotan ye...

WR said...

:) hehehhe, elok la ada buah , kalau kekurangan ongkos boleh dijual buah tu... Sesekali simantanguru kena pantau sek-sek nakal nih. PIAT( bahasa kelate) la..

Juita said...

hahhaha! ape le mkngah suh demo tuh jual buah. nati xleh berfungsi lak... eh ingat lelalki jek ke ade buah... hiihihi.. bleh tahan la cikgu2 nih

Related Posts with Thumbnails