Wednesday, January 28, 2009 | By: WR

PEPERIKSAAN TOV PMR & SPM 2009

Mulai ahad 2 Feb hingga 10 Feb, Peperiksaan TOV bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 akan diadakan... belum sempat pun nak habiskan satu BAB sukatan pelajaran.

Pengalaman tahun-tahun lepas, soalan akan mengambil kira sukatan tingkatan 4 bagi SPM dan tingkatan 1 & 2bagi calon PMR. Malah terdapat juga soalan yang keluar belum diajar...biasa la guru-guru akan mengeluh. Ini kerana soalan adalah selaras seluruh negeri Terengganu.

4 Dari Kacamata Orang lain:

Anonymous said...

selamat melaksanakan 'head-count'!

Anonymous said...

salam pg... bkn ke skrg kita dah bertukar ke Q-Net

mantan said...

Cikgu Waruna,
Kadang-kadang saya tak dapat menerima rasionaliti kaedah penetapan "Take-Off Value" (TOV
)dengan cara seperti yang dilaksanakan oleh sesetengah sekolah/daerah/negeri.

Bagi saya kalau setakat menggunakan soalan objektif (pun belum tentu keesahan dan kebolehpercayaannya itu),
belum boleh menentukan ketepatan TOV nya.[Mungkin itu cara paling mudah]

Apabila TOV tidak tepat, starting point untuk pelaksanaan menjadi tidak betul. Apabila mulanya sudah tidak betul, masalahnya nanti akan berterusan dan kian bertambah. Kalaupun nanti TARGETnya tercapai, bukanlah kerana TOVnya itu.
Mungkin sebab-sebab lain.

Seringkali data-data TOV hanya tersimpan dalam 'arkib perancangan' sekolah sahaja. Dan akan 'timbul' apabila PPD dan JPN minta laporannya.

TOV bagi guru yang mengajar, pernah buat tak?

WR said...

Cikgu Wahab,
TOV pelajar SPM sekolah saya mengambil kira:
1. markah akhir tahun tkn 4
2. Markah ujian TOV yg sedang berlangsung sekarang.
3. Jangkaan guru terhadap pelajar ( pemerhatian guru )

Dari situ kita dapat mengenalpasti tahap pencapaian pelajar samada CEMERLANG, SEDERHANA atau LEMAH.

Bila dah dikenalpasti cemerlang, ade la program tertentu untuk mereka. Yang lemah, bolehla diambil tindakan susulan. Begitu jugak yang sederhana.

TOV diri sendiri? bagi saya yang sudah lama mengajar kelas peperiksaan ( 3 & 5 ) sentiasa inginkan yang terbaik. Kejayaan pelajar memberikan kepuasan.

Related Posts with Thumbnails