Monday, July 13, 2009 | By: WR

HUSM

Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian nampaknya dah semakin sesak.. Semalam saya ada temujanji di klinik O&G pukul 2pm. Berputar2 di tempat letak kereta mencari parking. Penuh sesak...

Masuk klinik pula, pesakit yg menunggu penuh di kerusi. Apakah penduduk Malaysia semakin berpenyakit ataukah penduduk yg bertambah ramai perlu hospital yg lebih byk? Di HUSM pesakit diseluruh negara datang mendapatkan rawatan kerana kepakaran dan alat yg canggih dlm bidang berubatan tak ada di sesetengah negeri. Saya tercengang juga bila ada pesakit yg datang dari Kedah mendapat rawatan di sini. Yg dari Terengganu dan biasa la.. Kedengaran juga jururawat merungut sesetengah hospital daerah menghantar pesakit ke HUSM. Padahal hospital daerah juga telag dilengkapi alatan moden dan dewan bedah pun telah diadakan. Tapi mungkinla doktor pakar yg tak ada..

Selepas temujanji terpaksa pula lepak di farmasi. Mak ai... ramai nya manusia menunggu giliran mengambil ubat. Saya selesai mengambil ubat pada pukul 4.45 petang. Itu pun dah kira cepat. Pernah saya di klinik o&G pukul 5.15 dan terpaksa mengambil; ubat di farmasi wad. Sampai ke rumah dalam pukul 6.30 petang...

8 Dari Kacamata Orang lain:

IMANSHAH said...

Salam kak..saya kalau ke HUSM yang paling saya risaukan adalah soal parking..kadang2 pusing 10 kali pun belum tentu dapat lagi..HUSM perlu memikirkan bagaimana cara mengatasi masalah tersebut..

kembara kelana said...

manusia dah makin ramai wan..nak buat macamana, zaman kita dulu boleh tidur tengah jalan

Cikgu Chun said...

Sakit apa kak wan sampai kena g HUSM? Bab parking tu memang dah x leh buat apa dah, kat Hospital KB lagi teruk, langsung x ada parking....HUSM kira dah ok tu.

WR said...

imanshah dan chun : bandar KB perlu berubah la.. kena cari jalan atasi jalan yg sesak bukan saja di HUSM atau Hospital KB. Bandar KB sendiri pun kalau cuti sekolah amatla sesak..

Kembara: :) pernah ke tido tengah jalan? hehehe

WR said...

Chun : kak wan tiga2 anak lahir melalui pembedahan. Kemudian pembedahan ke 4 ialah membuang ketumbuhan di ovari. Jadi sekarang kena selalu temujanji. scan tgk kalau2 ada lagi ketumbuhan tu.

CIKGU NAMAN said...

sy selalu gak bwk mak ke sana..mmg nk dpt parking tu ssh sgt2...parkin seberang jalan hospital..malas duk pusing2 dlm tu...nama akak ada wan jgk ke?

WR said...

n@m@n : nama akak Wan Rusnah W A rahman

CIKGU NAMAN said...

Owh...Kira kerabat la kita ni..hehe

Related Posts with Thumbnails