lama betul tidak menulis. Sibuk selepas cuti pertengahan tahun. Sekarang dah bulan Julai sibuk lagi. Ada beberapa KEM matapelajarn yang terpaksa dikuti. Mengurus sendiri Kem Matapelajarn di luar sekolah memang agak leceh. Banyak prosedur dan byk menghubungi individu di luar sana.
Dikejutkan pula oleh berita rumah rakan guru SMK Pelagat yang dicerobohi "perompak" Tiga orang guru kami terlibat. Pertama selepas pulang bercuti di Eropah dalam cuti pertengahan tahun yg lepas, guru matematik En. Majid mendapati rumah beliau digeledah. Pada hal jeriji dipasang 2 jenis! Kemudian sahabat saya GKMP Bahasa Hjh Rozitah turut menerima nasib yg sama apabila rumah beliau dimasuki pencuri. Beliau sering meninggalkan rumahnya kerana menemani bapanya yg baru kematian isteri. Yang terbaru guru Pendidikan Seni kami Pn. Roshani yang paling menakutkan bila perompak merempuh masuk bilik tidur semasa beliau tidur. Beliau sekeluarga telah diikat dan diancam dicederakan jika tidak bekerja sama... Habis semua wang dan barang kemas lesap.....
Turut Perintah Jangan Sampai Tidak Jadi Manusia
-
Manusia berbeza dengan haiwan dan robot. Manusia ada akal dan hati (qalbu)
yang membolehkan manusia mempunyai pertimbangan, adab, agama dan iman.
Per...
1 Dari Kacamata Orang lain:
Bila berhadapan dengan pencuri2 ni memang menakutkan, lebih2 lg ketika kita ada di rumah. Memang bahaya jika kita tak turuti kehendak mereka. Hilang harta boleh dicari, tapi kalau hilang nyawa memang tiada ganti. Pasang grill banyak2 dan tebal2 pun x guna skrg ni coz mrk lg hebat, sekejap je dapat masuk.
Post a Comment