Hari ini Hari Raya Ke Lima. Juga hari persekolahan pertama selepas cuti raya. nampaknya pelajar masih dalam mood raya. Masih ramai yang beraya.. sehinggakan semasa perhimpunan jelas kelihatan bilangan pelajar yang hadir merosot. Walau bagaimanapun muridku pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR minggu depan amat bersemangat dan patut dipuji... masih memberikan tumpuan terhadap kertas ulangkaji yang diberikan.
Hari ini juga Cikgu Ghani mengadakan kenduri kawin anak sulungnya. Semasa menghadiri kenduri rumah cikgu Ghani jalan raya utama masih sesak terutama di simpang tiga lampu isyarat. Teringat kesesakan jalan raya pada hari raya Kedua sehinggakan terpaksa membatalkan beberapa ziarah...... Semasa menghantar anak-anak ke asrama semalam pun jalan tetap sesak dengan pengguna jalan raya terutama yaNg berkereta. Mereka ini anak Kelantan yang bekerja di Johor dan Kuala LUmpur.
Imam al-Ghazali in Khutbah - 16 May 2025
-
IMAM AL-GHAZALI, ETC. IN TODAY'S FRIDAY SERMON 16 May 2025
“Teachers are likened to the CONTINUERS of the MESSIAH OF THE PROPHET SAW,
a person who is...
2 Dari Kacamata Orang lain:
Anak murid saya pun ada jugak yg tak hadir, sambung cuti raya ler gamaknya. Yang datang pulak macam takde mood jer nak belajar.... Cuma cikgu2 saya kelihatan masih dpt bertahan dan boleh 'tune' semula kembali ke mood mengajar....
Saya lom bercucu tapi insyaAllah coming soon, tahun depan.... Anak perempuan saya yg sulong telah berkahwin pada bulan Mei lepas dan sekarang ni dah disahkan mengandung. Mudah2an dapat 'datuk' ler saya tahun depan.
Post a Comment