Sunday, October 19, 2008 | By: WR

KEM KECEMERLANGAN SPM

Sejak kebelakangan ini, Kem Kecemerlangan Pelajar peringkat negeri kerap diadakan. Murid yang disasarkan untuk mendapat straight A dikumpulkan diseluruh negeri untuk digilap bagi mencapai impian itu. Bagi sekolah saya, yang terbaru 10 orang pelajar SPM terpilih untuk menghadiri KEM "sedemikian" di Kolej Multimedia Telekom, Rusila, Marang.

Penganjur tidak menepati masa agaknya menyebabkan jadual pelajar pulang dari KEM tersasar dari jadual sebenar. Sepatutnya kem berakhir pada pukul 4 petang tadi. Apa yang terjadi ialah majlis penutup kem berlanjutan hingga pukul 6 petang. Jenuh guru-guru yang mengurus pelajar menunggu. Lebih-lebih lagi yang hendak pulang jauh seperti sekolah saya. Perjalanan mengambil masa 2jam lebih.

Pelajar tiba di perkarangan sekolah hampir pukul 9 malam.......Memangla "merisaukan" kerana ibubapa sudah lama menunggu.. Pihak penganjur patut memikirnya semua kemungkinan terutama aspek keselamatan pelajar lebih-lebih lagi pelajar perempuan yang tinggal jauh dari sekolah. Ibu bapa yang datang menjemput pula hanya dengan motosikal....

Syabas kepada pelajar yang terlibat. Kejayaan Anda Dalam SPM nanti menjadi kebanggaan sekolah...

2 Dari Kacamata Orang lain:

Anonymous said...

waruna,

Begitulah keadaannya. Tentu banyak alasan yang diberikan kerana tidak "menepati masa". Bersabar aje lah.

Semoga pelajar-pelajar cikgu lulus dengan cemerlang.

WR said...

Terima kasih cikgu Wahab, saya pun berdebar2 ... adakah tahun ini pencapaian SPM makin baik atau merosot....

Related Posts with Thumbnails