Sunday, October 12, 2008 | By: WR

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

Esok merupakan hari pertama murid-murid saya menghadapi peperiksaan PMR. Hari ini semasa perhimpunan mingguan, saya lihat masih ramai murid tingkatan 3 yang hadir. Mereka diarahkan masuk ke Surau sekolah kerana kelas mereka telah disediakan sebagai bilik peperiksaan esok.

Saya masih sempat berjumpa murid 3S1 untuk memberi tip-tip kali terakhir.... Dikesempatan itu pelajar-pelajar perempuan bersalaman memohon restu guru...

Anak-anak didikku... Cikgu doakan kamu semua berjaya.. Kepada Siti Khatijah dan Tn. Amira : Kamu adalah harapan untuk 8A...

Selamat Berjaya..

Jangan lupa.... bawa kad pengenalan dan slip peperiksaan..

3 Dari Kacamata Orang lain:

yusofsipan said...

Cikgu berada di sekolah semasa update blog ini kan.... ada wireless network connection di sekolah cikgu ye?

WR said...

yea... dibilik guru ada, pejabat, makmal sains semua ada.. tapi buat masa free la kan...

yusofsipan said...

saya pun baru pasang router wireless ogos lepas, tapi signal tak sampai ke ofis, kat bilik guru okay ler, perlu di 'upgrade' kan lagi tu...

Related Posts with Thumbnails