Hiburan orang zaman ini macam-macam. Kalau dulu zaman TV masih belum ada, orang Kelantan berhibur dengan dikir barat dan makyong. Lepas menuai padi, sawah padi dijadikan tapak tempat berlangsungnya dikir barat, wayang kulit dan makyong. Saya pernah jugakla pergi terutama wayang kulit. Saya suka wayang kulit. Dikir barat saya tak suka sebab ada yang mengarut-ngarut tu..
Kini Dikir barat dihidupkan dengan versi baru.... yang bagi saya entah apa-apa.... ada la jugak yang baiknya.. tetapi melihat di satu web (di.sini) Dapat dari blog anak sedara....saya terasa JIJIK ! maafla bukan saya jadi emosi tetapi banyak perkara dalam dikir barat tuh telah tercemar... Wanita telah dieksploitasi sedemikian rupa untuk melariskan album dikir barat itu. Dengan pakaian seksinya, geleknya.... senikata lagunya juga berbaur lucah!
Inikah yang hendak diwariskan kepada generasi akan datang? Berdosa pulak rasanya saya pamirkan url web dikir moden nih... mana tahu orang yang tak pernah tengok jadi tertengok gara-gara saya yang memaparkan url nya...
Circle pada 2025
-
Ini penulisan menjelang tahun 2024. Menjelang 2025 ini pun mungkin masih
relevan :
*Memang benar. 2024 ini merupakan tahun yang sangat penting untuk ki...
8 Dari Kacamata Orang lain:
saya baca teks entri jer, tak klik lagi kat url web dikir moden yg cikgu pamerkan tuh, hehehe
atas tujuan komersial la tuh tanpa memikirkan soal2 adab, tatasusila dan akhlak Islam!
Jauh
kini semua dah semakin jauh..terlalu banyak keaslian budaya kita telah lari semakin jauh. susah nak cerita bab ni waruna..anyway jengahlah blog saya http://diarikembarakelana.blogspot.com/
kalau ada kesempatan
Waruna,
Segalanya sudah jadi komersil.
Budaya warisan sudah dikacaubilau dengan "seniwang" atau "budayawang".
Tidak ramai yang sudi lagi dengan paparan seni yang original. Ke mana hilangnya dikir barat?. Dah jadi "dikir carut". Tukang karut dah jadi tukang carut. Dikir barat dah tidak boleh dijadikan ibarat/nasihat/panduan/contoh/teladan.
Lagipun, untuk menghasilkan wang, perlu bersaing dengan seni kontemporari. Perlu diubahsuai. Ikut kehendak apa yang orang minat. Akhirnya hancur berkecai.
Wanita jadi objek dagangan. Tak bekene sungguh.
Demikian persepsi generasi kini...
hehheeh kalo nk tgk, klik je cikguyusof! kalo org tua pakat hentam dikir moden jgn ah tgk! tutup mata. kite nk tgk! makcik2 n pakcik2 hentam dikir moden nih pesal? ini kreativiti org muda.. heheheh
nilai-nilai keaslian dan kesenian tradisional kian tipis bukan aspek kebudayaan sahaja
malah bahasa (PPSMI),jatidiri, ketuanan, adat sopan, akhlak,nilai murni...jauh..jaauuuuuuuuhh..
melayu kian dimalukan satu persatu....ramai yang mungkin tidak sedar..lebih menyedihkan apabila berada di kompleks-kompleks di kota, ramai kelihatan anak melayu yang tindik pusat, tindik lidah,hidung, bibir... yang tak sepatutnya ditindik. Kita dulu tindik di telinga jer kan kak waruna....
oh anak-anak bangsa....sedih melihat senario begini.cukup sedih.
Waruna,
Orang muda mcm Juita memang kreatif. Pakcik2 dan Makcik2 cuma menilai aje. Penilaian pun bersifat subektif.
Juita pun akan jadi makcik jugak satu hari nanti. Masa tu penilaian dan pandangan Juita dah xsama dgn orang muda zmn tu.
Saya tak hentampun dikir moden. Kalu dikir moden tu dibuat dengan molek, sema org suka, trmsuk org tua jugak. Juita, apa2 pun,sesustu kreativiti tu sebaik2nya jurus pd hak molek pd pandangan msyrakat.
Dikir moden tetap beri sumbangan utk hiburan generasi muda mcm Juita.
Hak saya tak bekene sungguh bila pompuan dijadikan objek untuk, apa-ape lah hak xmolek tu...
Suatu masa dulu berkumandang orang-orang kita pasang dikir barat melalui kaset yang dibeli (masa tu CD tak famous lagi)di hari raya aidil fitri yang mulia. Mula-mula seronok juga dengar, tapi bila dengar berkali-kali terfikir pula bahawa wujud unsur-unsur kelucahan dan tidak wajar sama sekali didendangkan dengan dikir seperti itu. Sepatutnya didengari dengan takbir hari raya.
Satu situasi lain, saya buat penggambaran video di satu daerah di Kuala Terengganu dalam satu program anak angkat. Terdapat satu persembahan wayang kulit. Jadi, saya buat view di bahagian dalam persembahan wayang kulit berkenaan. Terkejut saya melihat Tok Dalang menjilat wayang kulit berkenaan sebelum persembahan. Entah apa yang dihajatkan. Apa yang saya fikirkan ialah tentang kebimbangan kita terhadap budaya asli yang telah disyirikkan.
Kalau ada tok-tok guru kita tak nak teruskan budaya-budaya sebegini mungkin ada sebab-sebab yang munasabah, cuma kita saja tak faham-faham.
Kesilapan-demi kesilapan itu marilah kita sama-sama bendung dan mainkan peranan kita, bukan sahaja sebagai "opinion leader" tetapi juga sebagai "Action Learder".
Juita:
dengar tuh apa kata simantanguru. Bila umor dah mencapai sama dgn pakcik2 & makcik2 nih.... alamila apa yg kami alami sekarang. Saat itu akan tiba jua. Waspada lah.
Ayahku:
terima kasih atas pandangan dan kesudian bertandang.
Post a Comment