Setakat ini ada 5 orang guru baru masuk ke sekolah saya. Satu dari luar negeri (Johor), 2(luar daerah) dan 2 lagi dalam daerah. Yang keluar ke sekolah lain belum ada maklumat. yang memohon pun belum dapat surat. Masalah la juga nak dibuat jadual mengajar untuk mereka, bimbang pulak mereka akan dikeluarkan.
Yang saya hairan bin ajaib, kenapa guru option yang mencukupi masuk lagi? guru option berkenaan dah cukup! datang lagi sorang option yang sama? Ramai yang mengatakan dia ada KABEL BESAR! Rela naik turun ke sana sini hendak juga datang ke sekolah saya. Pernah dikatakan dia sanggup buat orang lain menderita jika perlu. WAH! Hebat tu.
Semasa mula2 saya dapat posting di Terengganu, hampir 90% kawan saya kena mengajar di Sabah dan Serawak. Lalu mereka bertanya saya " Ko ada KEBEL BESAR ke? Saya jawab " Saya jangankan KEBEL BESAR, kebel pun tak ada!!! langsung tak ada kebel , tapi alhamdulillah dapat di Terengganu dekatla juga dengan kelantan (negeri asal saya)
Circle pada 2025
-
Ini penulisan menjelang tahun 2024. Menjelang 2025 ini pun mungkin masih
relevan :
*Memang benar. 2024 ini merupakan tahun yang sangat penting untuk ki...
9 Dari Kacamata Orang lain:
saya pun tak pernah gunakan apa2 kabel, cuma saya sanggup jumpa sesapa jer, timbalan pengarah ke atau pengarah sendiri ke, habis saya jumpa. Kalau dia marah pun marah la, sehelai rambut saya pun tak akan gugur kerana marah mereka tu... Daripada usaha yg sungguh2 dan tak lupa utk berdoa, akhirnya dapat jugak bertukar.... alhamdulillah. Ini cerita lama, tahun 1995 dulu....
labu
dalam bab ni kau sama dgn aku, bab jumpa pengarah..apa nak takut, dia manusia macam kita jugak, makan nasi juga..aku kalau perlu aku jumpa jer labu.
cikgu waruna
cuma nak tanya, kenapalah orang kelantan ni, mesti nak balik kelantan atau duduk dekat dekat dengan kelantan..[ boleh balik ujung minggu] sampai ada kawan kawan usik..ahh..orang kelantan ni, kucing beranak pun dia nak balik, tengok..]
bab kabel ni, memang dah jadi lumrah sekarang ni, macam trendler pulak..aku kalau dia nak guna kabel sebab nak pindah, lantaklah dia, punya pasal..tetapi kalau guna kuasa sumber dia untuk menjejaskan orang lain...sorri beb, wa lawan balik..jangan bagi dia menongkat bumi secara busuk begitu..
waruna
sorry yer..lama tak nyakat..jangan marah.
yer la tu labi..... nyakat la takpe... saya declare awak la RAJA PENYAKAT 2008.
Kita orang nak juga balik Kelantan pasal kat kelantan je ada BUDU. Rindu sangat kat BUDU. lain2 tempat mana ade budu. Satu masa dulu orang kata Kelantan memang tak boleh masuk langsung guru-guru luar. Nak kena ada keahlian UMNO baru boleh masuk.... maka ramai la anak2 Kelantan yang mengajar di luar Kelantan berrebut2 jadi ahli UMNO.
Waruna,
Masa saya masih bekerja dulu, saya memang tidak selesa kalau ada guru yang kata dia nak gunakan kabel kalau nak tukar ke atau nak minta apa-apa ke. Sepanjang perkhidmatan saya, tak pernah gunakan kabel walaupun Pengarah Pelajaran Negeri tu bekas pengetua saya.
Sampai sekarang pun tak mahu gunakan kabel. Sebab itu, selepas bersara, kononnya nak jadi kontraktor bekalan makanan dan peralatan. Banyak juga dahn belanja beli borang tender. tapi sampai sekarang belum ada rezeki. Sebabnya saya tak guna kabel. Guna kabel ni macam menyekat rezeki orang lain je.
Waruna,
Kat sini pun banyak budu Kelantan. Budu cap ketere tu sedap.
simantanguru, sekarang org kelantan makan budu istana RM5.oo sebotol! Hak permaisuri kelantan makan.. resepi dia la kabarnye...cubala try
saya suka makan budu tapi kenapa ya kalau saya makan budu hidung saya gatal mengerenyam....itu tandanya ada resdung ke...
budu campur hirisan cili api dan perahan limau nipis/kasturi memang sedap.
nobita,
maklum saja la budu tuh dibuat daripada ikan yang di "jeruk". Silap-silap ikan tu dibuat dari yang telah busuk.. ( tidak semua)Budu Permaisuri kelantan tu kabarnya dibuat dgn resipi istimewa
I was never a teacher. That is my regret as I love education. What baffles me though is the fear among of being posted away from home. During the first ten years of my working life I was transferred 13 times, here and there, to and fro, except any where near my beloved home. I was in Telok Intan, Penang,Johor, Batu Pahat, Singapore, Sabah and KL(repeatedly). our first was conceived in KL, a few months in Kota Kinabalu and delivered in P Jaya wiyhout me around to hear the first cry of my first baby. Today I am no worse for the near nomad life. If at all this moving about makes us love our home town even more and love to be there on every available oppotunity. Distance makes hearts grow fonder!
Do think about it.
Ayah Ngah
Post a Comment