Monday, December 29, 2008 | By: WR

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1430



Seronok bersama keluarga menyambut Tahun baru Hijrah 1430. Saya ajak anak-anak bersama-sama membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Harapan agar anak-anak tidak lupa amalan ini. Ayahnya ke mesjid untuk sama-sama menyambutnya bersama jemaah mesjid Kg Padang Luas.

Hijriah ertinya berpindah, meninggalkan, berpaling dan tidak mempedulikan lagi. Ada beberapa pengertian hijriah, iaitu:

1.kaum muslimin meninggalkan negerinya karena berada di bawah pemerintahan yang kafir

2.Menjauhkan diri dari dosa

3.Permulaan tarikh Islam.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya

4 Dari Kacamata Orang lain:

kembara kelana said...

waruna
saya bisanya tak kemasjid, saya berjemaah dengan isteri dan anak anak dirumah..mereka meng amin kan dan saya men doa kan. Semua anak sudah faham kecuali si kecil yayah yang baru berusia 5 tahun. Sebelum Magrib doa akhir tahun, selepas magrib doa awal tahun. Kemudian saya terangkan kenapa perbuatan itu dan apa konsep yang ada di dalam Maal Hijarah. Kenapa Nabi berhijarah..apa implikasinya dan apa pada kita...SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH...waruna dan keluarga

Anonymous said...

Selamat tahun baru hijriah 1430! Moga tahun ini lebih membahagiakan waruna sekeluarga dan bertambah lagi iman dan amal, amin.

WR said...

terima kasih kembara kelana dan cikgu yusof. Saya juga turut mendoakan kesejahteraan kalian dan semua umat Islam

yusofsipan said...

maaf cikgu waruna, saya telah ambil widget ulasan terkini tu (tanpa dimaklumkan dulu) dan telah add dlm blog saya, anyway thanks a lot.

Related Posts with Thumbnails