1. Bidang Teknik & Vokasional memang "KAYA". Peruntukan PCG banyak. Kalau KHB mencecah RM25,000. Mata Pelajaran Vokasional seperti katering & penyajian juga Landskap & Nurseri juga "KAYA". Peruntukan perkepala RM220. Kalau ada 40 pelajar dah berjumlah RM8800. Mengurusnya menjadi satu masalah sekiranya guru yang dipertanggungjawabkan tidak memberi komitmen yang tinggi. Bengang juga bila dah masuk 2009, stok 2008 belum dibereskan.
2. Lagi satu keistimewaan bidang ini ialah diperuntukkan bilik khas. KHB dengan bengkel kayu, elektrik dan Paip. MPV dengan Bilik Katering dan Landskapnya.. Semua itu memerlukan penyeliaan. kalau guru berkaitan buat tidak kisah, alamatla bilik bersepah. Terutama bilik katering! Hari-hari memasak. Kalau tidak diajar pelajar mengemas, lintang pukang la bilik. Sekali lagi bengangla jugak kalau kalau awal-awal tahun guru berkenaan tidak mengemaskan bilik dan bilik nampak macam sarang tikus.
Wahai guru;
mari kita jadikan keistimewaan yang ada sebagai pendorong kecemerlangan
Jangan jadikan ia satu bebanan. jadikan tugas kita sebagai guru sesuatu yang SERONOK.
Tak Ada Ilmu tapi Mahu Berkata2
-
Ringkas kata, orang2 yang tidak ada ilmu tentang enjin kereta tetapi mahu
juga berkata-kata atau mengajar tentang enjin kereta, maka ilmunya itu atas
...
3 Dari Kacamata Orang lain:
Saya sangat setuju dengan pendapat cikgu waruna. Sekolah saya pun sama, dan saya sendiri pun bukannya jenis suka kemas bilik (ahakkss). Time kita kemas, org lain pulak sepahkan. Bila pemantau datang, bengkel KHB selalu je kena tegur kerana berhabuk dan bersepah... Tapi, bila namanya BENGKEL, mmg susah nak diuruskan...
Salam kenal, sy guru yg trlibat secara langsung dgn urusan teknik & vokasional... berat mata memandang berat lg bahu yg memikul
terima kasih cikgu Chun dan TERA... kita yang terlibat secara langsung inilah yang merasa...
Post a Comment