Friday, January 30, 2009 | By: WR

CERMIN MATA KU...



Petang semalam pergi ambik cermin mata di kedai LITA, Jerteh. Sudah siap. Sungguh janggal dan menyusahkan memakai cermin mata. Sekarang ni pulak fesyen cermin mata empat segi yang kecik saja.. lain sungguh dengan cermin mata dulu2. Bingkainya pula macam bingkai orang muda warna-warni.

Saya haya memakai cermin mata apabila berkursus atau pergi taklimat di mana-mana. Saya RABUN JAUH. Kalau duduk jauh dari skrin memang pandangan kabur, tetapi kalau membaca buku atau menaip komputer saya tidak perlu cermin mata kerana saya boleh melihat dengan baik. Ramai kawan-kawan sebaya sudah mula memakai cermin mata dan merungut mata mereka dah tak nampak dengan jelas. Semasa memandupun saya tidak perlukan cermin mata.Walau bagaiman pun saya tetap membawa cermin mata ke mana saya pergi.

7 Dari Kacamata Orang lain:

Puteri Azizul said...

W, saya pun ada cermin mata juga tapi jarang pakai rasa tak selesa je... marah suami yang tolong bayar, buat mahal-mahal tapi tak pakai. saya pun macam u juga pakai jarang2 bila rasa tak nampak baru pakai.

mantan said...

Wan,
orang dulu-dulu tak ramai yang pakai cermin mata. Mereka tu tak rabun, atau tak mampu nak beli cermin mata atau tak perlu cermin mata ke ?

yusofsipan said...

saya juga memakai cermin mata sejak di sekolah menengah. Lapan drp sebelas orang adik beradik saya memakai cermin mata!

chehassan said...

Seronok jugak cerita pasal cermin mata ni. Saya pakai cermin mata sejak 5 th lalu, rabun dekat. Takda cermin mata, tak boleh baca dan buat kerja. Cerita pasal cermin mata ni, wpun baru pakai tapi ada banyak pengalaman yang boleh saya kongsi. Macam waruna ni, cdgan saya, buat yang special (macam saya) boleh pakai sentiasa dan bila-bila masa, sebab rasa sangat selesa (mcm tak pakai cermin mata). Saya pernah buat yang biasa2, akhirnya antara pakai tak pakai terlupa entah di mana (hilang). jadi satu hari saya ke kedai cermin mata, saya terpandang cermin mata seorang jurujual di kedai tu dan lantas ambil mencuba. Terkejut besar saya apabila rasanya sangat selesa. Bila ditanya harga, sekali lagi terkejut sebab harganya mencecah, RM1500. Tapi dek kerana nak selesa dan werenti sepanjang hayat, saya buat juga. Ternyata hari ini, saya sangat selesa berkaca mata. Jadi moral storynya, betullah, alah membeli, menang memakai. Sehingga kini saya dah ada dua cermin mata yang sama jenis dan harga, tapi servis after sale nya sangat baik. Panjang pula citanya ye..

WR said...

cermin yg mcm mn tu chehasaan? saya nak cuba laa

chehassan said...

Bingkainya jenis SILHOUETTE, Made in Austria. Setengah kedai cermin mata tak ada jenis ni. Boleh tengok di website www.silhouette.com tentang cermin mata ni. Kualitinya sangat baik pada saya tiada tandingan. Mengikut ceritanya ia dicipta untuk kegunaan angkasawan. Yang baiknya, saya ada pengalaman bingkai ni pernah patah, tapi diganti secara percuma oleh pengeluar kerana werenty seumur hidup. Satu lagi, saya pernah mencari di mata cermin mata saya tatkala ianya sedang saya pakai. Hebatkan. Bukan iklan sekadar berkongsi yang baik.

WR said...

terima kasih chehassan. saya cuba cari la kat kedai mana ada di jerteh ni atau di KB

Related Posts with Thumbnails