Saturday, October 25, 2008 | By: WR

SABTU YANG MELETIHKAN

Semalam ibu yang tinggal di Machang mengadakan solat hajat kerana dia akan menunaikan haji buat kali kedua bersama kakak dan abang ipar. Saya terpaksa bergegas pulang ke Jerteh selepas selesai majlis dan tidak sempat bersama-sama adik beradik yang lain untuk mengemas apa yang patut. Ini kerana saya terpaksa ke Kuala Terengganu awal pagi ini.( Sabtu ) untuk satu mesyuarat di Jabatan Pelajaran Terengganu (JPN )

Saya bertolak seawal 7.30am selepas mengisi minyak di stesen petronas. Memandu berseorangan dengan jarak 115km dengan mengambil masa hampir 2 jam memang memenatkan bagi saya. Jalan raya memang sentiasa sibuk pada hari sabtu. Kuala Terengganu bagi saya agak asing. Saya tidak berapa mahir memandu dan tidak berapa tahu selok belok jalan rayanya. Saya lebih mahir memandu di Kota Bharu. Bila memandu berseorangan saya lebih suka mengambil jalan utama dan tidak melalui jalan pantai. Walau pun kenderaan agak banyak saya lebih rasa selamat. Jalan pantai agak sunyi dan menakutkan. Apatah lagi sejak membaca berita sepsang suami isteri dari Jerteh yang ditembak sekumpulan "perompak" agaknya. Suamim isteri itu berada di jalan raya dan dikepung penyerang yang akhirnya menembak kearah kereta mereka. Akibatnya si isteri terbunuh. Saya jadi fobia.

Saya berhenti di stesen minyak Tok Jiring untuk ke tandas dan meneruskan perjalanan ke destinasi. namun saya terlepas jalan masuk ke JPN. Dah banyak kali datang ke JPN, namun saya masih tidak masak jalan di KT.

Mesyuarat bermula jam 9. Kebetulan selepas mesyuarat dan bengkel, kami menjamu selera sempena Hari Raya. Mesyuarat tamat jam 2.30 pm. Saya dan seorang teman solat zohor di JPN sebelum pulang. Dalam perjalan pulang sahabat saya Cikgu Ramlah menemankan saya singgah di MYdin MALL. Saya membeli beg pakaian untuk anak yang tinggal di asrama. Begnya telah rosak. Sebagaimana susahnya hendak parking begitulah juga sukarnya hendak keluar dari parking di MYDIN MALL.... terkial2... akhirnya dapat jugak keluar ke jalan besar. Jam sudah pukul 4.45pm. Nasib baik dah solat jamak tadi.

Meneruskan perjalanan pulang, hujan turun pula...Begitula keadaan akhir2 ini. HUjan selalu turun waktu petang. Jalan agak sesak. Saya terpaksa memandu agak laju untuk cepat sampai... Takut juga kalau lewat petang.. saya PENAKUT.... Suami pula menelefon bertanyakan perjalanan saya. Dia pun bimbang saya memandu sendiri.. Dalam leka memecut, adus.. semasa memotong sebuah kenderaan.... saya ditahan polis trafik. Dalam hati saya mengagak yang saya akan disaman.Saya membuka cermin kereta.
" Laju kak memandu..... memotong lagi.. nak kemana ni" Tegur seorang anggota trafik.
" Saya dari Kuala Terengganu, ni hujan2 saya nak terkencing, sebab tu laju....." Spontan saya menjawab...hehehhe nak tergelak pun ada...
" MIntak lesen kak" Polis itu masih berbudi bahasa..Tanpa berlengah saya menghulurkan lesen.
"NI Ops Sikap kak.., ......" Belum sempat dia meneruskan kata-kata... saya memotong.
" Saya mintak maaf encik.. saya tak tahan nak ke tandas.. Saya dah memandu hampir 2 jam dalam hujan..." Dia tersenyum..
" Tak apa la kak... lain kali jgn laju ye.. bahaya"
Leganya........Setelah mengucapkan terima kasih, saya memulakan perjalanan saya dengan agak "sopan".. Dah terkena baru nak hati2...

Saya sampai ke rumah jam 6.20pm... Mak ai.. penatnya... kesian anak2 menunggu....Esok dah sekolah lagi....

5 Dari Kacamata Orang lain:

Anonymous said...

alhamdulillah, telah selamat pergi dan selamat kembali. Moga lebih berhati2 di lain kali dan cubalah cari kawan kalau berpergian jauh.

CikguSepajo said...

Apabila ada ambulan dipandu laju, dengan lampu merah lip-lap dan siren mengaum, anak saya selalu kata "agaknya driver ambulan tu dah tak tahan nak buang air" ... :)

WR said...

:)

Cikgu Yusof, masalahnya, hanya saya seorang je wakil di Besut nih. Dulu ada seorang guru lelaki yang selalu saya tumpang tapi kali ini dia ada hal lain.

Cikgusepajo... komen anda buat saya tergelak sendirian.

yusofsipan said...

Adalah diberitakan bahawa Nabi SAW suka melakukan 3 perkara secara berjemaah, pertama solat, kedua makan dan ketiga safar (berpergian). Mudah2an kita sama2 dapat mengamalkannya, amin.

Harimau-Menaip said...

Ingatkan, dia nak duit kopi tadi...hehehehe..

Related Posts with Thumbnails