Sunday, November 30, 2008 | By: WR

BANJIR OH BANJIR

Beberapa kawasan di Kelantan sudah dinaiki air terutama di Jelid.i.s.i.n.i, dan .(d.s.i.n.i.) Saya segera menelefon adik yang tinggal di Jeli, alhamdulillah rumahnya tidakla teruk terjejas. bahagian dapur rumahnya memang ditenggelami air jadi dia menumpang di rumah mertuanya. Pagi ini dia memaklumkan sudah pulang ke rumah dan air sudah surut sedikit namun masih berjaga-jaga. Semua barang-barang sudah dikemaskan ke tempat yang selamat.

Semalam hujan lebat turun tidak berhenti-henti hanya sesekali reda. Apa nak buat berkurung dalam rumah saja lah. Tetapi sebelah petang saya keluar rumah juga kerana memenuhi jemputan kahwin anak saudara pekerja swasta sekolah saya.Kata orang (Kelantan) kahwin dalam hujan disebabkan pengantin sebelum kawin suka makan BUDU. Dalam perjalanan ke rumah pengantin bersama teman baik, terdapat takungan air diatas jalan raya di Kg Pdang landak. Gusar juga dibuatnya kerana saya membawa kerata buruk. Maklumla kereta baru sayang pula nak guna musim hujan ni. Siap bungkus lagi dalam garaj. Kalau la kereta buruk ini rosak di tengah jalan...

Di bandar Jerteh pula, air sungai Jerteh melimpah dan jalan di bawah jambatan sudah di tutup. Jalan di hadapan Masjid Hadhari juga sudah ditenggelami air. Sekiranya paras air meningkat, terputusla hubungan antara Jerteh dan KG. Raja juga Kuala Terengganu.

6 Dari Kacamata Orang lain:

Anonymous said...

Musim banjir ni,jangan biarkan anak-anak berpesta air.Bahaya!

Waruna url TERBARU blog saya:

http://blogsimantanguru.blogspot.com/

kembara kelana said...

boss
apa jadi blog boss, klik tak masuk.
apa citer? tak kan nak mula semula, teruk macamtu boss [ cg wahab ]

CikguSepajo said...

Tak taulah macam mana rasa kena banjir, sebab tak pernah mengalami. Tapi tengok dlm tv macam seronok, macam pesta.

kembara kelana said...

waruna

ada banyak perkara banjir
banjir yang biasa dengar banjir bencana alam tulah..banjir yang dirahsiakan pun ada juga. banjir air mata kalau sedih dan pilu, banjir kad raya dan surat biasanya diterima oleh artis, banjir komplen kat sekolah kalau sekolah merundum akademiknya, banjir pendatang asing ke malaysia pun satu masalah jugak. kalau komentar di salahguna dan di sakat atau di P.O maka banjir komen pun sampai... waruna suka banjir mana?
janagn tanya seri atau cikgu usop, dia orang memang ada masalah dgn saya tu..

WR said...

CikguSepajo;
banjir tu kalau kita "melihat" memang seronok. Masa kecil saya selalu main banjir. Bila dah tua-tua ni dan rumah sendiri pernah dilanda banjir hilang terus seronoknya.
kelana,
kdg2 kita perasan orang ada masalah dengan kita, sebenarnya kita yang bermasalah! hahhaha muhasabah diri tu! Saya rasa kelana boleh terima keBANJIRan komen menyakat sebab dah terbiasa menyakat kan?

Unknown said...

Waruna,

Nak bagi tau kelana, blog saya kebanjiran virus, dikirim melalui posmaya.

Blog kita ni, menggunakan domain free. Domain free memang mudah diceroboh.

Ramai orang yang pandai hacking. Mungkin ada yang baru belajar.
Macam orang nak cuba ilmu hitam lah.

Tapi ramai juga orang yang pandai buat "pendindingnya".

Nasib baik saya autosave template BCW. Dapat recover balik. Tapi kena tukar bahagian-bahagian tertentu dalam HTML. Perpeluh juga nak buat recovery. Dah ok.

Related Posts with Thumbnails