Saya membeli sebuah laptop pada Mei 2005. Ianya ACER 2410 travelmate. Saya menggunakannya dirumah sahaja kerana di sekolah saya menggunakan laptop sekolah jenama SAMSUNG. Selama 2005 - 2008 ini laptop saya tidak pernah bermasalah sehinggalah selepas anak saya habis UPSR, dia kebosanan dan meminta untuk menggunakan laptop saya. Dan... akhirnya, dia mendownload pelbagai GAMES yang menyebabkan laptop saya teruk diserang virus!
Hari ini saya menggunakan laptop sekolah untuk menulis pada hari ini. Nampaknya laptop saya dah agak "TUA". Keyboard pun dah tak berapa elok. Lumrahla.... setiap yang buruk akan diganti.... bolehkah HAL ini disamakan dengan manusia? Jangan ada yang TERASA... Hehehhee
4 Mata Angin Alam Saadah
-
Ada yang cara gerak solat, puasa dan haji umrah (al-islam) betul, tapi
tauhid (al-iman) bermasalah.
Ada yang politik pandai, tapi aqidah (al-iman) bermas...
9 Dari Kacamata Orang lain:
Kira ok ler tu cikgu waruna... dah melebihi 3 tahun usia laptop itu! Pada tahun 2006 saya membeli sebuah laptop jenama Twinhead. Hayatnya berakhir pada bulan April lepas apabila motherboardnya rosak dan tak berbaloi nak ganti kerana harganya mahal. Olehkerana laptop sangat diperlukan maka saya beli lagi sebuah laptop, jenama ACER ASPIRE 4715Z seperti yg saya gunakan sekarang. Dah nak buat macam mana kan... komputer telah menjadi suatu keperluan!
Tentang "TUA" tu, bagi saya ia adalah sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia. Mahu atau tidak mahu, kita tetap akan melaluinya dan kematian pula nanti adalah permulaan kepada kehidupan di alam akhirat yg kekal abadi... Bukan setakat TERASA malah kita mesti SEDAR dan BERSEDIA untuk menghadapinya!
yer la cikgu Yusof, saya pun dah terasa sangat TUA bila melihat uban di kepala, kedut di tangan dan kudrat yang tidak lagi seperti muda-muda dulu...
Harga laptop sekarang ini tidaklah mahal sangat.
Minggu lepas saya bercadang hendak ganti laptop COMPAQ Presario yang saya pakai. Sudah "tua". Selalu buat hal. Keyboard pun sudah ada kekuncinya yang tidak berfungsi.
Tetapi rasa sayang juga sebab jarang- sangat timbul masalah yang berat-berat. Cuma sekali dulu diserang virus sehingga terpaksa diformat semula.
Laptop sekarang ni memang murah. Tetapi kapisiti tak begitu sepadan dengan harganya dan hardwarenya nampak tidak begitu kukuh.
Tangguhlah dulu sehingga yang tua ini dah betul-betul minta diganti...
maafkan saya waruna
selalu baca blog awak, tetapi tak komen apa apa, tengok, baca dan pindah ke tempat lain.
hari ini terasa nak memberi komen pulak...bukan kerana tajuknya tetapi kerana kegatalan tangan dan jari ini.
waruna
laptop[ atas peha ] note book [ buku kecil ] komputer riba ni, tempuh hayatnya 2 tahun saja, kalau digunakan dengan teliti..mungkin agak lanjut usianya namun teknologi peranti [ hardware ] akan ketinggalan dan tidak dikaluarkan lagi. ianya akan jadi sparepart saja selepas itu. Ini adalah satu cara perniagaan para pemain komputer dunia.
Tips nak beli murah:
beli kosong dan jangan install apa apa. Biasanya dapat kurang hingga Rm 400. Bawa balik, install sendiri. Jangan bimbang, ramai kwan kita di sekolah pandai installation ni.
kedua: Sila lihat properties dalam my computer dan apa ada dalam tu. ramai tertipu.
salam...sop jangan marah, aku beri komen pada waruna...hahahaha
Waruna
selamat bercuti
cikgu Waruna
Saya selalu jengah ke blog anda. Selamat berkenalan. Silalah berkunjung ke medan blog saya juga tapi baru nak mula.
Usia laptop Waruna sebaya dgn laptop saya. Saya beli pd Mei 2005 di PC Fair Kuantan jenis Acer TravelMate 3210. Sampai saat ini ok tiada masalah. Ank gadis dah jeling-jeling kat laptop ni.Dia suruh ibu beli yang baru.
gembira sungguh saya pagi ini melihat catatan rakan-rakan guru yang sangat berfaedah tentang laptop. Byk info baru. Sekolah saya pun ada seorang juruteknik komputer yang boleh install mcm usop ckp tuh. Jimat rupanya beli yg ksong gitu.
Dah terbiasa tiap2 hari melayan laptop bila dah dihantar kedai sunyi la pulak. Laptop dah jadi teman penting kerana rupanya dengan laptop inilah saya mengenali cikgu Yusof, cikgu Wahab, Usop[yang kuat menyakat..:)] dan Serisuriati. Selamat berkenalan...
usof rompin tu memang kuat menyakat dan provok jugak... Kami mempunyai nama yg sama, berasal dari tempat yg sama, belajar di sekolah yg sama dan melanjutkan pelajaran di universiti yg sama namun perwatakan dan perawakan kami tetap berbeza... walaupun sama2 dari MuoR tapi usof rompin ni agak 'brutal' sikit, hehehe (aku ngumpat kau ke sof???)
cikgu yusof,
perkataan brutal tu memang saya beri kepada usop kelana sebab dia kadang2 'heavy metal' dengan saya, kasor semacam, sabor je tapi dia suka nolong org.
kau orang cerita kisah aku dalam ruang komentar waruna...kurang asam betul kau orang...
maaf waruna ketidaksopanan kawan kawan saya tu...nanti kalau saya jumpa dia orang taulah saya nak buat macamana...
jangan kecik hati, waruna. maafkan mamat dan bedah dua orang tu.
Post a Comment