Saturday, November 1, 2008 | By: WR

KEM SPM LAGI.....

Jumaat sepatutnya hari untuk rehat bagi negeri2 sebelah pantai timur. Tapi saya terpaksa menguruskan satu lagi KEM SPM. Kali ini 13 orang pelajar terpilih untuk menghadiri kem bersama-sama sekolah SMK Tg. IBrahim Setiu. Tak la jauh sangat. Memakan masa satu jam sahaja dari sekolah saya. Saya menyewa sebuah Van dan menggunakan kereta saya sendiri untuk mengangkut pelajar. Kali ini melibatkan mata pelajaran saya sendiri, jadi saya memang kenal sangat pelajar2 ni... Kalau yang terdahulu saya menguruskan kem untuk pelajar kelas sains, memangla senang kerana pelajar itu berdisiplin, cerdik dan tahu mengurus diri. Tapi yang kali ini pelajar sederhana dari kelas aliran sastera...mereka kurang serius terhadap pelajaran, sedikit nakal. Pelajar lelakinya seramai 9 orang (seorang tak hadir kerana kakaknya kawin]

Yang perempuan 4 orang je...


Sejak umor saya dah masuk 40han... saya kurang mengamok pada pelajar. Pendekatan saya berlainan dari mula2 mengajar dulu yang GARANG. Berjanji untuk bertolak jam 7.00am. kerana perjalanan mengambil masa satu jam. Kem bermula 8.30am. Namun bila saya tiba di sekolah seorang pun tak ada. yang ada hanyalah pemandu van yang tiba 5 minit sebelum jam 7.00am.

Saya menelefon mereka seorang demi seorang. Ada yang sedang bersiap, sedang mandi, basikal rosak, ayah ada hal dan macam2 alasan yang mereka beri. Peningla jugak dibuatnya.. Jam 7.30am baru semuanya berkumpul. Itu pun seorang terpaksa diambil ditengah jalan.....

Kem berakhir jam 6.00pm. Oleh kerana beberapa urusan, bertolak pulang jam 6.30pm. Sampai di sekolah lebih kurang jam 7.30pm. Itu pun saya bawa kereta perlahan kerana peristiwa ditahan polis trafik minggu lepas masih dalam ingatan. Bila sampai mereka ni pulak buat hal. Yang lelaki tidak mahu terus pulang tapi solat magrib di surau sekolah . Yang perempuan saya hantar ke rumah masing2. Walau penat tapi lega kerana mereka sampai kerumah masing2.

Pelajar lelaki siap suruh saya balik kerana mereka masih nak bersama...Sampai di rumah saya selepas solat isya, saya telefon mereka. Rupanya mereka belum pulang dan berhenti makan di restoran.... Adus....geram betul.. Dalam keadaan guru sedang memikirkan keselamatan mereka, mereka masih seronok makan2 ..Dalam nada tegas saya mengarahkan mereka pulang segera. Akhirnya mereka akur....Jam 9.00pm saya hubungi mereka lagi dan mereka telah berada di rumah masing2...barula saya dapat berehat dengan tenang....SPM 10 HARI LAGI........

5 Dari Kacamata Orang lain:

CikguSepajo said...

Pendekatan garang sesekali memang diperlukan bagi melayani kerenah budak-budak. Kalaulah semua ibu bapa risaukan anak-anak mereka seperti cikgu, alangkah baiknya ...

WR said...

Semasa pelajar di sekolah rendah ibubapa begitu prihatin terhadap anak2 mereka. kalau UPSR mereka sanggup menghantar dan mengambil anak balik dari kelas tambahan petang dan malam. Tapi bila mereka di alam sekolah menengah, seolah2 ibubapa tidak begitu mengambil berat hal anak2 lagi.....mereka membiarkan anak2 ke kelas malam sendiri. Hal ini amatla BAHAYA.... selepas kelas malam, mereka ini LEPAK sana sini dan balik lewat malam...sedangkan SPM adalah peperiksaan yang penting untuk masa depan berbanding UPSR.

Anonymous said...

Kekadang anak2 tak mahu dihantar, takut dikata anak manja.... nak pergi dan balik sendiri.... ingat diri dah besar panjang, boleh jadi diri sendiri tapi tu ler masalahnya, lepas kelas melencong ler pulak ke tempat lain. Ibu bapa memang kena ambil berat tentang keselamatan anak2 mereka.

Anonymous said...

Guru yang sedar akan tanggungjawabnya akan pastikan semua pelajarnya selamat pulang ke rumah masing-masing selepas program yang diadakan.

Itulah pengorbanan guru, kadang-kadang melebihi pengorbanan ibu-bapa.

Itulah kepuasannya, sehingga lilin yang menerangi mencair dan kepudaran cahaya. Tetapi cikgu, sinarnya menerangi alam semesta!

Anonymous said...

Guru yang sedar akan tanggungjawabnya akan pastikan semua pelajarnya selamat pulang ke rumah masing-masing selepas program yang diadakan.

Itulah pengorbanan guru, kadang-kadang melebihi pengorbanan ibu-bapa.

Itulah kepuasannya, sehingga lilin yang menerangi mencair dan kepudaran cahaya. Tetapi cikgu, sinarnya menerangi alam semesta!

Related Posts with Thumbnails