Sunday, November 9, 2008 | By: WR

PERHIMPUNAN AHAD YANG TERAKHIR TAHUN INI

Minggu akhir persekolahan. Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 1,2 dan 4 pun sudah berlalu. Perhimpunan hari ini tidak ramai murid yang hadir. Pun begitu, perhimpunan hari ini tetap meriah kerana majlis penyampaian hadiah untuk anugerah NILAM dan pertandingan membuat BANNER untuk pelajar PMR dan SPM.

Perhimpunan tanpa pengetua hari ini kerana pengetua menghadiri majlis bersama Pengarah di JPN Terengganu. Banyak perkara yang dipesan oleh GPK kepada murid dan perhimpunan berakhir agak lewat sehingga ke pukul 9.00 pagi.

Antara pesan GPK :

1. Kemaskan bilik darjah pada hari akhir nanti.
2. Persiapan banjir sekiranya berlaku terutama pelajar SPM.
3. Bahan untuk Cuti terancang

1 Dari Kacamata Orang lain:

yusofsipan said...

Perhimpunan terakhir saya diadakan pagi tadi, pun ramai yang tidak hadir, kebetulan pulak hujan lebat.... Pesanan utama ialah meminta murid-murid baca dan baca dan baca buku masa cuti, jgn asyik menonton tv jer.... dan jaga keselamatan!!! Apabila ditanya siapa yg nak baca buku masa cuti nanti? Sebahagian jer yg angkat tangan, yg lain tu tak faham ler tu apa yg kita tanyakan....setelah diulang soalan beberapa kali baru ler semua angkat tangan.... mak ai, maklum ler budak-budak!!!

Related Posts with Thumbnails